Khamis, 7 Oktober 2010

Bapa Tiri Sukakan Punggungnya!!!

Dah lama tak sempat nk update blog ni. Kesibukan kerja di hujung tahun makin terasa dan menyebabkan acik tak berkesempatan mencoret di blog ni. Bagi sesiapa yg pernah ikuti perkembangan Hidayah...boleh baca perkembangan terbarunya di blog Laman Shaniza.

Kali ni acik nk minta pendapat semua tentang masalah yg anak murid acik alami. Tengahari tadi sewaktu berjalan menuruni tangga (tamat persekolahan) seorang pelajar acik tiba2 minta izin utk bercerita kisahnya pd acik. Pada mula pelajar ni cakap, acik kurang faham dan menyebabkan dia ingin menceritakanya dilain masa.

Tapi acik minta dia ceritakan juga sebab takut acik terlupa atau tak berkesempatan berbula begitu lagi. Dia menceritakan yg bapa tirinya selalu menyebut " suka akan punggungnya", kerap memandangnya dengan pandangan yg pelik dan pernah meraba punggungnya. Apabila di ceritakan pd ibunya, ibunya hanya berkata," Jangan buat ibu bercerai buat kali kedua". Sebenarnya ibubapa pelajar ni dh bercerai dan dia tinggal dengan ibu dan bapa tirinya. Ibunya tidak bekerja...Mungkin sebab tu, ibunya lebih 'memilih' bapa tirinya dari dirinya.

Terkejut juga dengar cerita pelajar ni. Patutlah dalam kelas dia sering tak fokus dan kurang bercakap. Acik nasihatkan pelajar tu agar sentiasa berhati2 dgn bapa tirinya dan jika ada perlakuan melampau yg dilakukan oleh bapa tirinya itu, acik minta pelajar tu lari ke rumah jirannya bagi meminta bantuan. Acik juga minta pelajar tu buat solat sunat hajat agar Allah beri petunjuk kepada ibunya dan perlindungan kepadanya.

Apa pendapat anda? Nak serahkan kes pelajar ni kepada unit kaunseling, acik dan beberapa rakan tak berapa bersetuju kerana kaunselor di sekolah acik sendiri pun 'bermasalah'....

Rabu, 8 September 2010

Ucapan Ku..

KEPADA KAWAN-KAWAN SEMUA:




Akhir Kata.....

Sabtu, 7 Ogos 2010

Hujan, suatu anugerah..


Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)

Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menganggu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.

Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

Rabu, 4 Ogos 2010

Sekolah untuk Remaja Mengandung?

2010/08/04
MELAKA: Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membenarkan remaja lelaki termasuk pelajar, di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun bagi pelajar perempuan di negeri ini untuk bernikah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata keputusan itu diambil bertujuan mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri ini, sekali gus membendung kes zina, semakin menular kebelakangan ini.
Katanya, kelonggaran itu bagaimanapun hanya akan diberikan selepas mendapat keizinan daripada Mahkamah Syariah, selain restu keluarga.

"Keputusan ini dicapai hasil resolusi yang dihantar perwakilan pada persidangan menangani gejala sosial yang dilangsungkan, baru-baru ini. Kerajaan negeri berpendirian adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak remaja mereka berkahwin pada usia muda.

Sebelum ini, Mohd Ali berjanji memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga, disusuli dengan penubuhan sebuah sekolah khusus kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk menempatkan remaja hamil meneruskan persekolahan.
Baca lagi di sini..



Begini la kot gamaknya sekolah untuk remaja yang mengandung... aduhhh.. mesti penat cikgu2 di situ. Bayangkan tengah mengajar tiba2 anak murid nak bersalin. Boleh kelam kabut jadinya kelas..Dan bayangkan kalau si bapanya pula baru je nak ambil SPM...tengah nak jawab paper exam tiba2 ada call isteri nak bersalin....

Dan bayangkan juga, sapa nak tanggung semua perbelanjaan dan sara hidup suami isteri yg masih bersekolah ni? Mak bapak juga la yang nak kena tanggung. Bayangkan susu cucu, pampers cucu, sakit demam cucu semua 'tok dan tok wan' nak kena tanggung kesemuanya. Kesian tok dan tok wan.. Kalau anda, nak tak dapat menantu remaja sebegitu?

Ahad, 1 Ogos 2010

CUTI

Lama dah tak berkesempatan nak update blog ni.. sebenarnya acik sangat sibuk menyiapkan kajian dan tugasan kawan acik. Kawan acik tu sebenarnya tengah 'pening' dan 'tak boleh fikir' tentang benda lain... dia sibuk menyiapkan diri utk majlis akad nikahnya di kampungnya. Alhamdulillah segalanya dah selesai dan majlis berjalan lancar. Oleh sebab tu la acik tolong siapkan kerjanya.

Cuti ni dapat la rehatkan sikit minda dan badan. Boleh 'malas-malas' sikit sbb hubby acik pun keluar kawasan. Rupa-rupanya penyakit 'malas-malas' ni pun berjangkit pada anak2 sehinggakan nak mandi pun 'liat'..maklumlah hari cuti. Bab solat acik tak kasi muka pada anak2.

Tapi anak lelaki bongsu cuba protes bila disuruh solat. Katanya, "kenapa mak tak marah kak odah tak sembahyang? Yang lain mak marah?" Acik diamkan saja. Dia ulang lagi soalan tu dan dijawab oleh abangnya... "kak Odah, cuti." " Kenapa kak Odah boleh cuti...adik pun nak cutilah. Adik nak cuti sepuluh hari." Alahai...hi..hi..hi..acik pun jawab, " adik lelaki mana boleh cuti" Dia jawab, " "mana aci macam tu".

Teringat masa dulu2.....
Masa tu acik dalam tingkatan 3. Waktu pelajaran agama dan ustazah Kamaliah sedang mengajar ayat hafazan. Bila ustazah minta seorang kawan perempuan baca, kawan acik tu bagitau tak boleh dan geleng kepala. Ustazah pun suruh yg lain, pun begitu..geleng dan kata tak boleh.

Sebenarnya acik tak hafal lagi ayat tu dan tengah fikirkan apa alasan kalau ustazah panggil suruh baca. Tiba2 ustazah panggil nama acik dan acik panik, terus geleng dan kata tak boleh. Nasib baik ustazah tak kata apa2 dan minta seorang kawan lelaki pula yang baca. Dia pun geleng dan kata tak boleh. Muka ustazah dah merah padam dan terus berkata, tak kan lelaki pun 'tak boleh'. Tak kan kamu pun cuti juga!!

Begitulah istimewanya ciptaan Allah pada orang perempuan... boleh cuti solat dan tak payah ganti tapi orang lelaki, tak ada cuti2 tau...