Khamis, 7 Oktober 2010

Bapa Tiri Sukakan Punggungnya!!!

Dah lama tak sempat nk update blog ni. Kesibukan kerja di hujung tahun makin terasa dan menyebabkan acik tak berkesempatan mencoret di blog ni. Bagi sesiapa yg pernah ikuti perkembangan Hidayah...boleh baca perkembangan terbarunya di blog Laman Shaniza.

Kali ni acik nk minta pendapat semua tentang masalah yg anak murid acik alami. Tengahari tadi sewaktu berjalan menuruni tangga (tamat persekolahan) seorang pelajar acik tiba2 minta izin utk bercerita kisahnya pd acik. Pada mula pelajar ni cakap, acik kurang faham dan menyebabkan dia ingin menceritakanya dilain masa.

Tapi acik minta dia ceritakan juga sebab takut acik terlupa atau tak berkesempatan berbula begitu lagi. Dia menceritakan yg bapa tirinya selalu menyebut " suka akan punggungnya", kerap memandangnya dengan pandangan yg pelik dan pernah meraba punggungnya. Apabila di ceritakan pd ibunya, ibunya hanya berkata," Jangan buat ibu bercerai buat kali kedua". Sebenarnya ibubapa pelajar ni dh bercerai dan dia tinggal dengan ibu dan bapa tirinya. Ibunya tidak bekerja...Mungkin sebab tu, ibunya lebih 'memilih' bapa tirinya dari dirinya.

Terkejut juga dengar cerita pelajar ni. Patutlah dalam kelas dia sering tak fokus dan kurang bercakap. Acik nasihatkan pelajar tu agar sentiasa berhati2 dgn bapa tirinya dan jika ada perlakuan melampau yg dilakukan oleh bapa tirinya itu, acik minta pelajar tu lari ke rumah jirannya bagi meminta bantuan. Acik juga minta pelajar tu buat solat sunat hajat agar Allah beri petunjuk kepada ibunya dan perlindungan kepadanya.

Apa pendapat anda? Nak serahkan kes pelajar ni kepada unit kaunseling, acik dan beberapa rakan tak berapa bersetuju kerana kaunselor di sekolah acik sendiri pun 'bermasalah'....