Isnin, 31 Mei 2010

Israel Navy Massacres Freedom #Flotilla Passengers in International Waters

Yahudi Menyerang Konvoi Kemanusiaan, 16 terbunuh.


Gambar komando Yahudi Laknatullah sedang mendarat di atas kapal dan menembak dengan peluru hidup.. sumber

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah menyelamatkan sukarelawan yang berada di atas kapal tersebut dan semoga Allah swt memberikan keselamatan dan bantuan kepada mereka. Semoga mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt. (aljazeera/ihhtv)

Lihat aljazeraa di sini

Ahad, 30 Mei 2010

Remaja 19 tahun kalah judi 8 juta!!



Seorang remaja berusia 19 tahun terpaksa kerugian 8 juta akibat kalah judi yang menjadi hobinya sejak berusia 16 tahun.

Remaja itu yang merupakan anak jutawan, mengikut jejak langkah bapanya yang mempunyai hobi yang sama, menghabiskan wang kekayaan bapanya dengan bertaruh dalam perlawanan bolasepak luar negara melalui internet.

Disebabkan hobi berjudi itu, remaja itu terkenal dengan gelaran ‘Little Dragon’. Remaja tersebut membesar dalam keadaan melihat bapanya berjudi seawal usia 16 tahun. Suatu hari, beliau berjudi dengan had yang dikenakan oleh ejen perjudian sebanyak RM100,000. Setiap kali beliau kalah teruk, bapanya akan membayarnya. Selama tiga tahun beliau berjudi, sudah beberapa kali bapanya terpaksa menjamin beliau akibat ditimbus hutang judi yang melambung tinggi.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Klang, Datuk Teh Kim Poo. Teh berkata remaja terbabit sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya yang mengadakan program ijazah berkembar dengan Universiti di Australia.

Sudah beberapa kali remaja itu terpaksa menggunakan wang yuran kolej untuk bayar hutang judi. Beliau sanggup membohongi bapanya dengan mengatakan kolej minta wang yuran lagi untuk mendapatkan duit untuk bayar hutang judi.

Apabila remaja itu tidak mampu lagi bayar hutang, Ejensi perjudian akan hantar along meminta wang dari bapanya.

Sumber berita feryco.com

"Bahawa judi hukumnya haram ia adalah alat permainan syaitan yang kotor, ini disebut oleh Allah dalam al-Quranul Karim surah al-Maidah ayat 90 dan 91. Jadi orang Islam dilarang berjudi dan dengan itu dilarang juga apa yang dikaitkan dengan judi, seperti membeli, menjual, tuan punya kedai judi, pekerja kedai judi dan lain-lain. Pihak berkuasa telah faham benar-benar bahaya judi, untuk menyelamatkan orang-orang Islam khasnya, maka diadakan undang-undang keatas orang-orang Islam menjadi satu kesalahan jika berjudi dan lain-lain yang ada kaitan dengannya."...Pejabat Mufti Negeri Melaka.

Khamis, 27 Mei 2010

Peluk Islam Selepas Menyertai Misi Kemanusiaan Gaza.




Peter Veana (melihat ke arah kamera) kini Muhammad Fatih, beberapa saat sesudah bersyahadat di depan Markas IHH. Foto: Sahabatalaqsha.com & Hidayatullah.com

Seorang peserta konvoi kemanusiaan dua malam yang lalu memutuskan memeluk Islam. Peter Veana, 63 tahun, berasal dari the Isle of Wight, Inggeris, adalah alumnus konvoi kemanusiaan Viva Palestina yang berhasil masuk ke Gaza bulan Januari 2010 lalu, dan kini ikut lagi dalam konvoi “Armada Kemerdekaan” menuju Gaza.

Peter mengucapkan Syahadat Ahad malam (23/5) di depan markas IHH (Insani Yardim Vakfi) sesudah mengikut shalat maghrib berjamaah di Masjid Sultan Muhammad Al-Fatif. Karena itu, beberapa orang yang hadir langsung mengusulkan untuk memberi nama Islam kepadanya, Muhammad Fatih.

Menurut Peter… eh Fatih, sejak berkenalan serius dengan Islam dalam konvoi ke Gaza 4 bulan silam, pancainderanya seperti semakin sensitif merasakan perubahan-perubahan peradaban. “Saat ini di segala aspek kehidupan Barat, dari mana saya berasal, sedang menuju kerusakan dan kehancuran. Lihat saja bagaimana Barat mendiamkan pembantaian terhadap Gaza,” jelasnya Fatih. “Sedangkan Islam, di mata saya semakin terlihat keindahannya di segala aspek kehidupan.”

Fatih bukan cuma berpikir dan beretorika. Selama sebulan terakhir ia berkeliling di the Isle of Wight, menyampaikan kepada penduduk kota tempat tinggalnya itu, memutar film, berceramah, menyebar brosur dan mengumpulkan dana sebesar 20 ribu poundsterling untuk dibelikan semen ke Gaza.

Keesokan siangnya, sesudah ia bersyahadat, dan sesudah semalam suntuk di dalam bis dari Istanbul ke Antalya, Sahabat Al-Aqsha & Hidayatullah.com bertanya kepada Fatih, bagaimana rasanya bangun tadi pagi sebagai seorang Muslim? “Saya merasa sedang berjalan semakin dekat kepada Allah, kepada kebenaran. Semua sekarang terlihat jelas…”

Lalu seorang peserta kafilah dari Malaysia mendatangi Peter, memeluknya, seraya berkata, “Peter, kamu sekarang lebih mulia dari kami, karena kami berlumuran dosa, sedangkan kamu bersih seperti bayi… Selamat, dan jangan lupa doakan kami.” [Laporan Dzikrullah, Santi Soekanto, Surya Fachrizal/hidayatullah.com]

Isnin, 24 Mei 2010

Rasulullah SAW dihina, apa tindakan kita?


SEATTLE: Seorang kartunis Amerika Syarikat yang mencetuskan kempen melakar gambar Nabi Muhammad SAW di Facebook, meminta maaf kepada umat Islam atas peranannya dalam isu berkenaan.

Molly Norris memohon kemaafan orang Islam yang marah dengan kartun di blog miliknya meskipun karikatur itu berunsur satira, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.

Tindakannya menyebabkan orang lain membuka laman di Facebook sebagai menyokong kempen digelar ‘Everybody Draw Muhammad Day’ (Hari Melakar Nabi Muhammad SAW) hingga mencetuskan bantahan di Pakistan yang mengarahkan laman web itu disekat...baca lagi di sini

Di Pakistan rakyatnya bangkit berdemo menentang penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan kerajaan Pakistan telah menyekat halaman tersebut. Tapi di negara kita tak la sehebat begitu. Hanya terdapat segelintir blogger yg menyiarkan kisah ini dan meminta semua yg terbaca agar menghantar report ke facebook agar laman tu di sekat.

Masalah melakar dan menghina Rasulullah SAW sebenarnya akan terjadi secara berterusan jika umat Islam sendiri tidak mengambil tindakan tegas menanganinya. Org2 yg menghina Rasulullah SAW adalah org2 mencari-cari kesalahan, menganggap pd diri Rasulullah SAW ada kekurangan serta mencela nasab (keturunan), perlaksanaan agamanya dan sebagainya. Org sebegini adalah org yg telah menghujat Rasulullah SAW dan seharusnya dibunuh (Ibn Taimiyah, ash-Sharim al-Maslul ala Syatimi ar-Rasul, hlm 528)

Terdapat juga golongan khususnya di Iran yg mendakwa terdapatnya lukisan wajah Rasulullah SAW. Sebenarnya tidak terdapat satu pun lukisan yg boleh menggambarkan rupa Rasulullah SAW.

Gambar dilukis semula yg didakwa sebagai 'Nabi Muhammad SAW' dan banyak terdapat di Iran... sumber sini

Foto sebenar hasil karya Lehnert dan Landrock.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW sewajarnya bersatu dan berusaha mempertahankan agama kita sendiri dari segala anasir yg ingin merosakkan. Sesungguhnya musuh2 Islam termasuk syaitan tidak akan diam diri untuk melemahkan semangat dan perjuangan menegakkan Islam di seluruh dunia.

Firman Allah yang bererti:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (Q.S. Al-Ahzab 33:56)

Semoga dengan memperbanyakkan selawat akan menumbuhkan cinta kasih sayang kita terhadap Baginda SAW dan memohon agar mendapat syafaat Rasulullah SAW di Akhirat nanti.

Ahad, 23 Mei 2010

Riadah Di Denai Larian Sungai Perlis.

Hari cuti ni bolehlah kita melakukan aktiviti riadah bersama2 keluarga. Disamping mengeluarkan peluh dapat juga merapatkan hubungan kekeluargaan. Janganlah asyik menatap facebook dan lupa sekeliling kita. Jom kita ke Denai Larian Sungai Perlis yang terletak di Jalan Pengkalan Assam dan berada di kawasan Sungai Perlis.

Denai Larian Sungai Perlis sejauh 6 km ini merupakan denai larian yang sering digunakan oleh orang awam untuk aktiviti rekreasi seperti berjogging, bersenam, bersiar-siar, refleksologi dan lain-lain.

Kawasan rekreasi ini turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengujung seperti trek jogging, titi gantung, tempat refleksologi, taman permainan kanak-kanak, gazebo, wakaf, 'outdoor gym', chalet, surau, tandas awam dan sebagainya.


Laluan masuk dari sebelah kanan Denai.


Jumlah Chalet yang ada untuk sesiapa yang ingin menginap adalah 3 unit ( 1 unit banglow & 2 unit berkembar) dengan harga berpatutan.


Bahagian tepi sungai (boleh memancing) atau bersiar2.


Sungai Perlis yg bersambung hingga ke Kuala Perlis.


Titi gantung dibina merentasi sungai dan jika sesiapa yang ada penyakit lemah jantung atau masalah kesihatan, dinasihatkan tidak menaikinya.


Pemandangan sebelah kanan dari atas Titi Gantung.


Pemandangan sebelah kiri dari atas Titi Gantung.


Pandangan menunjukkan kawasan masuk dari sebelah kiri (ada papan iklan besar) dan Jalan Pengkalan Assam.

Sabtu, 22 Mei 2010

Baik Sangka Pada Jenazah

Tentu kita sering menziarahi orang yg meninggal dan mengucapkan takziah. Tapi kebanyakan orang yg bertakziah itu tertawa saja. Yang mereka perkatakan hanya soal warisan. Tidak ada yang memikirkan bahawa dirinya akan menjadi jenazah juga. Ini semua disebabkan kerasnya hati mereka, memperbanyakkan maksiat dan dosa sehingga melupakan Allah SWT dan hari akhir serta kepedihan yang akan dihadapi. Oleh kerana diri hanya sibuk dengan hal yg tidak boleh menolong walauppun sedikit. Semoga Allah menjauhkan kelalaian ini drp kita semua..



Adab orang bertakziah hendaklah mahu merenungkan dan bersiap-siap serta berjalan di depannya dengan tawaduk. Di samping itu hendaklah bersangka baik kepada mayat meskipun dia fasik serta menyangka dirinya tidak walaupun lahirnya nampak baik. Sebab kita tidak tahu akhirnya.

Pernah Umar Ibnu Dzar, ketika salah seorang tetangganya yg keterlaluan dan dibenci orang itu meninggal, dia mendatangi dan mensolatinya. Setelah sampai, dia berdiri di kuburannya dan berkata, " Semoga Allah mengampuni mu wahai si fulan! Sewaktu hidup kau telah bertauhid dan bersujud. Meskipun orang2 mengatakan kau banyak dosa. Siapakah orang yg tak ada salah dan dosa?"

Seorang lelaki yg keterlaluan fasiknya mati di Basrah. Isterinya tidak menemukan org yg mahu menguruskan jenazahnya. Lalu isterinya mengupah dua org utk membawanya ke mussola. Namun tidak ada yg mahu mensolatinya. Selanjutnya si isteri hendak membawa jenazah itu ke suatu padang utk dikuburkan. Dia melihat di gunung sebelahnya ada seorang zahid (org yg zuhud kpd Allah) telah menunggu jenazah. Org itu hendak mensolatinya. Segera khabar itu tersebar ke seluruh kampung.

Orang merasa hairan mengapa org zahid itu mahu mensolatinya. Setelah ditanyakan, dia menjawab," Dikatakan kepadaku dalam mimpi: "Turun lah ke tempat ini. Kau akan melihat jenazah yg dihantarkan oleh seorang perempuan. Solatilah jenazah itu! Dia telah diampuni." Orang2 bertambah kehairanan. Si zahid itu memanggil isterinya dan menanyakan keadaan suaminya. " Sepanjang hari dia minum arak," jawab isterinya. "Cubalah ingat2kan lagi," desak si zahid. " Barangkali sedikit amal baik diperbuatnya."

Isteri menjawab," Memang ada tiga hal. Bila dia sedar dari mabuknya di waktu subuh, segera ia salin baju, berwuduk dan solat subuh berjemaah, lalu kembali ke kedai araknya. Kedua, dirumahnya selalu ada satu atau dua anak yatim. Dia sangat mengasihinya melebihi anaknya sendiri. Ketiga, bila dia sedar dari mabuknya di tengah malam, dia menjerit; " Ya Tuhanku, ke jurang jahanam yg mana hendak Engkau lemparkan hamba-Mu yg busuk ini?" Kemudian zahid itu berlalu dan hilanglah kemusykilannya.

Rupanya amalan lelaki tersebut bersoalt jemaah, mengasihi anak2 yatim dan sentiasa menganggap dirinya termasuk ahli neraka telah menyebabkan dosa2nya diampun Allah...

Ad-Dahak berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: " Siapa manusia paling zuhud itu?" Baginda SAW menjawab: " Ialah orang yang tidak pernah melupakan kubur, meninggalkan kelebihan perhiasan dunia, serta mementingkan yang kekal fana, tidak pernah memimpikan hari esok dan menganggap dirinya termasuk ahli kubur."

Jumaat, 21 Mei 2010

Boleh Tak Lelaki Bermadu?

KULIM - Seorang pekerja swasta berumur lingkungan 30an membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, kelmarin kerana mendakwa seorang lelaki menghubunginya dan memintanya menyerahkan isterinya kepada lelaki yang tidak dikenali itu.

Jurucakap polis berkata, pengadu menerima panggilan telefon kira-kira jam 10 malam pada 18 Mei lalu.

“Dalam perbualan telefon, lelaki itu mempelawa pengadu untuk datang ke rumahnya di Taman Selasih untuk membincangkan beberapa permasalahan di antara mereka. Pengadu yang tidak mengesyaki apa-apa, mengambil keputusan pergi ke rumah lelaki itu.

“Dalam perbincangan mereka, lelaki itu memaklumkan kepada pengadu bahawa dia sangat menyukai isteri pengadu dan meminta dia menyerahkan isterinya. Sekiranya pengadu enggan berbuat demikian, lelaki itu sanggup bermadu semata-mata kerana menyukai dan mahu bersama isteri pengadu. Lelaki itu sanggup memberikan sejumlah imbuhan wang kepadanya sekiranya mangsa bersetuju menyerahkan isterinya, ”katanya.

Mangsa yang terkejut dengan pengakuan dibuat oleh lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini kepada keluarganya.

Ketua Unit Penguat Kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) Azmi Rejab berkata, ini merupakan antara kes ganjil dan beliau beranggapan lelaki sanggup bermadu itu merupakan seorang yang terlalu jahil terhadap hukum agama.

“Saya hairan mengapa kes seperti ini boleh berlaku sedangkan seluruh dunia dan semua agama tahu, lelaki tidak boleh bermadu. Apa yang lebih menyedihkan lelaki yang menyukai isteri pengadu itu beragama Islam. Dia sanggup mempelawa mangsa datang ke rumahnya semata-mata untuk menyatakan dia menyukai isterinya dan sanggup bermadu. Ini jelas menunjukkan lelaki itu tidak waras dan terlalu jahil tentang agama...baca lagi...

Aduhhh.. nak ketawa pun ada bila baca berita ni. Bayangkan kalau perempuan boleh memadukan suaminya... hancur generasi. Keturunan atau nasab tentu sukar ditentukan.. nak binkan kpd siapa?

Tapi terasa sedih juga sebab ada lelaki yg sebegitu. Agama Islam hanya agama warisan keturunan dan bukan agama yg menjadi ikutan dan amalan hidupnya. Terbayang anak2 didik di sekolah yg masih ramai tak melakukan solat baik lelaki mahu pun perempuan ..tidak terkecuali guru juga. Bila agama tiada di jiwa, hidup ibarat layang2 yg terputus talinya..tanpa arah dan tujuan.

Khamis, 20 Mei 2010

Merindukan Allah SWT

Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk Kekasihnya
pahit bala-Nya dirasa nikmat
diterima gembira apa pun yang Dia perbuat
Tidak diberi pun tidak mengapa
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanya mentaati Kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya Dia yang ada di hati
dia taat segala ucapan-Nya.


Rabu, 19 Mei 2010

Chicken Dance

Di Perlis Chicken Dance dah jadi satu 'tarian' yg kerap ditarikan dibeberapa majlis yg melibatkan pelajar. Sebelum ni tarian 'poco-poco' amat terkenal dan sering ditarikan sbg riadah atau senaman beramai2 bersama2 pemimpin. Sekarang ni chicken dance pula.. Mcmana gerakannya? Ikuti arahan di bawah...
  1. Anyone who's not chicken, stand in a circle facing each other.
  2. When the music starts, hold your hands out in front of you and open and close them like a chicken beak four times.
  3. Put your thumbs in your armpits and flap your wings four times.
  4. Place your arms and hands like the tail feathers of a chicken and wiggle down to the floor four times.
  5. Clap four times.
  6. Repeat steps 1-5 four times.
  7. After the fourth time take the hands of the people on either side of you and everyone move in a circle.
  8. When you get dizzy, switch directions.
  9. Repeat until the end of the music or until you fall on the floor.
If you look something like this you're doing it right!...
Chicken Dance

Kebetulan sambutan hari guru lepas, tarian ni ditarikan oleh kebanyakan yg hadir di dewan (acik dh keluar waktu tu). Kawan acik yg tak berapa 'berkenan' aktiviti menari sebegitu pun bertanya," Apa objektif tarian tu? Kenapa kena tepuk tangan dan petik jari? Apa maksud gerak tari tu? Mungkinkah orentalis barat sengaja mencipta tarian sebegitu utk melekakan remaja dan kanak2 kita atau mempengaruhi minda mereka ke arah 'pemujaan' (mcm black metal katanya muzik tu)..tu pendapat dia.

Acik pun tak ada jawapan utk semua tu tp terfikir juga jika benar itu salah satu taktik barat utk menyerapkan irama 'metal' atau 'ghotik' ke minda kanak2 dan remaja kita, maka kena berhati2. Lebih mudah tak payah menari... nak senaman byk cara lagi...

Selasa, 18 Mei 2010

Nak Ikut Siapa?

Kebanyakan sekolah di Perlis menyambut hari guru pada hari ini kerana 17hb merupakan cuti sempena hari keputeraan DYTMM Raja Perlis. Rasa bangga juga kerana menjadi seorang guru kerana sedikit sebanyak membantu membina generasi negara..

Tapi bila pulang tengahari ni dan memulakan jelajah blog utk melihat perkembangan semasa, hati terasa 'panas' membaca berita yg cukup memalukan kaum guru apabila tersiar di akhbar seorang 'ustazah' dan pasangannya melakukan hubungan terlarang di asrama sekolah. Sebelum cerita tu, ada juga kisah guru yg mencabul kehormatan 5 org pelajarnya di Sarawak dan mungkin ada lagi kes yg tel tersenarai di sini.

Bagaimana nak membentuk generasi jika seorang 'ustazah' atau guru juga melakukan perbuatan keji? Bagaimana generasi muda nak dididik dgn ajaran agama jika 'role model' sendiri terpesong drp landasan agama? Cabaran hebat buat guru2 disamping membetulkan generasi muda, kena juga betulkan rakan sekerja yg nampak menyeleweng drp landasan agama dan norma masyarakat...

Ada juga berita berkaitan artis yg mabuk di kelab gay...Benar ke cerita yang Mangga Muda dengar pasal seorang pelakon muda yang sedang meningkat naik ni? Ada kawan Mangga Muda nampak si pelakon wanita ini mabuk-mabuk pada malam minggu lalu...nak baca lagi? Di sini..

Dua berita yg agak kontra.. seorang 'ustazah' atau guru dikira 'beragama' atau terpelajar dan artis pula mungkin kurang sikit pegangan agamanya. Tapi kalau dua-dua tak boleh 'dipakai' nak ikut siapa?

Jawapannya... kembalilah kepada Allah. Iman tak boleh diwarisi dan iman akan berkurang jika tidak diamalkan dengan bersungguh-sungguh. Allah SWT telah berfirman :

Ertinya: "Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya." (Q.S An Nazi'at: 37-41)

Waktu terus berlalu
sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut datang bertamu
namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
adalah muhal dan batil.



Ku fikirkan hari perhimpunan dan akhirat
juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya.
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
kurenungkan panjang dan lebarnya hisab
juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai Tuhanku
Wahai penciptaku
Engkau ampuni kesalahanku.

Ahad, 16 Mei 2010

Gunung Berapi Eyjafjallajökull, Iceland meletus lagi..

Debu drp letusan gunung berapi Eyjafjallajökull, Iceland telah mencapai ketinggian sehingga 25,000 kaki pada minggu ini. Kejadian letusan ini mungkin menyebabkan sebahagian ruang udara British bakal ditutup lagi utk penerbangan.

Angin bertiup dari Utara Barat bererti ada risiko abu dari letusan gunung berapi Iceland, yang bertiup ke dalam wilayah Inggeris. Arah angin dijangka akan berubah di tengah minggu depan dan akan bertiup dari Barat Daya, membawa keluar abu dari wilayah Inggeris.



A car drives through ash from Icelands Eyjafjallajokull volcano in Eyjafjoll May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


Ash plumes rise from Icelands Eyjafjallajokull volcano May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


A man takes pictures as ash plumes from Icelands Eyjafjallajokull volcano cover the sky in Eyjafjoll May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


Ash plumes from Icelands Eyjafjallajokull volcano cover the sky in Eyjafjoll May 13, 2010. Europe has been dogged for weeks by repeated shutdowns of air traffic since an erupting volcano under the Eyjafjallajokull glacier in Iceland started spewing ash in April. Reuters


Ash plumes rise from Icelands Eyjafjallajokull volcano May 13, 2010


Steam rises as a result of hot volcanic lava melting the ice under. Baca lagi di sini.

Kalau anda hendak melihat secara live gambaran yg berlaku di sana klik di sini.

Sabtu, 15 Mei 2010

Badminton : Jom bertaruh!

Permainan kadangkala boleh dianggap satu perjudian. Esok akan berlangsung satu perjudian nasib bagi pasukan badminton Indonesia dan China. Mana satu yang akan menang? Siapa yg menang akan menjulang piala Thomas dan mengharumkan nama negara masing2.

Ramai yg akan bertaruh menyatakan China akan memenangi perlawanan esok. Persoalannya, adakah pertaruhan mereka telah mendapat restu dan diberi 'lesen' oleh kerajaan seperti lesen judi perlawanan bola sepak piala dunia nanti?

Sedarlah wahai para kaki judi haram.. janganlah berjudi jika tidak ada 'lesen'. Nanti kalau kena tangkap, siapa yg susah? Carilah tokeh2 judi halal yg diiktiraf kerajaan...selamat di dunia terutama di Malaysia (cuma tak selamat di Akhirat)...

Acik pun nak 'bertaruh' dalam perlawanan badminton di bawah ni...siapa boleh menang?

Gaya Saifuddin dengan kasut pinjamnya..(besar sbb kasut emaknya..)Pukulan kilas..


Bukhori sedang menunggu hantaran Saifuddin..nk tiru Lin Dan..hi..hi..hi


Akhirnya Saifuddin memenangi set tersebut dengan 'bantuan' angin...

Jumaat, 14 Mei 2010

Guru KBSM: Kerja Berat Sampai Mati??

Kuala Lumpur ; Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipetik sebagai berkata jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil NUTP akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya. Lok berkata, masalah berkenaan ialah antara beban kerja guru yang dibangkitkan dalam mesyuarat antara NUTP dan Muhyiddin yang berlangsung lebih sejam di Bangunan Parlimen.

Selain itu pada pertemuan berkenaan, katanya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dimaklumkan mengenai masalah kekurangan waktu untuk guru berehat apabila dipanggil menjalankan pelbagai aktiviti pada setiap Sabtu, justeru NUTP mencadangkan supaya kementerian menetapkan peraturan bahawa guru hanya dipanggil bertugas pada Sabtu kedua dan keempat dalam sebulan...sumber Berita Harian Online.

Kajian tentang beban kerja guru dah pun dilakukan oleh kumpulan sumber manusia beberapa tahun lalu, tetapi keputusan kajian tersebut tidak diketahui dan janji hanya tinggal janji. Sewaktu 'jalan2' ke blog kawan2 yg lain, acik terjumpa cerita ini...

Seorang rakan sejawat yang bertugas berlainan sekolah telah pergi menyahut panggilanNYA. Dari berita yang didengari guru berkenaan meninggal akibat tertekan dengan bebanan kerja yang melampau. Guru yang berusia dalah lingkungan 20an itu dikatakan tidak mampu lagi untuk memikul beban kerjanya yang semakin bertambah dari hari ke hari.
.. lagi cerita di sini

Bila terbaca artikel tersebut, acik teringat kata2 yg sering diucapkan dulu.. KBSM, kerja berat sampai mati.. KBSR, kerja berat sampai rebah.

Seorang guru bukan sahaja mendidik dan membimbing tapi harus berusaha membentuk peribadi pelajar itu. Hal ini merupakan cabaran emosi kepada guru kerana pelajar itu telah ada sikap sedia ada yang dibentuk sejak kecil dalam keluarga kemudian diadun dengan pengaruh luar...lalu guru pula yang dipertanggungjawabkan mengubah perangainya....

Tambahan kerja guru bukan hanya mengajar tetapi menjadi apa sahaja di sekolah termasuklah kerani, jururawat (bila pelajar sakit atau luka), tukang sapu, tukang kebun (esok semua guru kena bersihkan sekolah), tukang cat, tukang baiki kerosakan peralatan/elektrik/paip, jaga lalulintas, polis atau pencegah maksiat dan macam2 lagi... termasuk jadi ibubapa angkat!

Apapun cabaran dan tekanan yg dihadapi, kekuatan iman sajalah yg dapat mengawal dan menghadapi dengan sabar pelbagai dugaan tersebut. Kekuatan iman melahirkan kekuatan jiwa..

Jika kesyukuran ku adalah nikmat Allah jua
Wajiblah aku mengimbangi-Nya dengan syukur pula.
Bagaimana dapat bersyukur kecuali dengan fadhal-Nya
Meski hari demi hari dan sampai habis umurnya
Jika ditimpa kesulitan, diberi pahala sesudahnya
Dalam keduanya terdapat nikmat
Kadang dugaan menyempitkannya.


Sabar itu tali iman yang terkuat
Benteng pertahanan dari tipuan syaitan
sabar punya akibat terpuji
akibat tergesa-gesa adalah rugi
Jika kau bertemu saat menyedihkan
itu biasa tabiat zaman
kenakan baju kesabaran.



Khamis, 13 Mei 2010

Hadiah utk Saifuddin, Wasiat Lukman Al-Hakim.

Ini adalah entry yg tertangguh... Kelmarin adalah ulangtahun kelahiran anak bongsu acik Ahmad Saifuddin yg ke tujuh tahun. Terdapat satu kejadian lucu pada sebelah petang semasa dia menunggu kepulangan abahnya yg membeli kek. Semasa acik tengah sibuk mengangkut tanah utk projek laman, tiba2 datang seorang anak jiran (perempuan).

"Makcik..ada budak perempuan bagi kat Udin surat ni.." sambil menghulurkan 'surat' yg berlipat segitiga.
"Udin..ni ada awek bg surat..nak ucap 'Happy Birthday' kot.." kata acik sambil menahan ketawa.
Semua anak2 keluar dan ingin melihat siapa yg memberi surat tersebut.. Sebenarnya isi surat tu bukanlah ucapan tp kata2.."Saifudin, kami tak mau kawan dengan hampa".. dan ada lukisan org bertanduk.. (rupanya dia bergaduh dgn budak perempuan tu yg sebaya dan satu sekolah)
Saifuddin mengoyak2 surat tu dgn muka yg masam.. dia marah2 sbb semua yg ada di situ tertawakannya..kesian Udin.



Tiada hadiah yg istimewa melainkan sepotong doa agar Saifuddin menjadi anak yg soleh dan emak hadiahkan wasiat Lukman Al-Hakim ini agar menjadi panduan hidup...

Surat Luqman, ayat 13 : Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". (13 ; 31 )
  • Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
  • Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti pupuk untuk menyuburkan tanaman.
  • Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai tetangga yang jahat.
  • Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
  • Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
  • Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
  • Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.
  • Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
  • Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
  • Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.
  • Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.
  • Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
  • Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.
  • Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
  • Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.
  • Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
  • Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.
  • Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir.
  • Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.
  • Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu.
  • Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.
  • Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.
  • Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.
  • Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
    1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
    2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
    3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
    4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
    5. Ingatlah Allah selalu.
    6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu.
    7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
    8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Rabu, 12 Mei 2010

Perlis, Wilayah Iskandar ke dua??


PUTRAJAYA, 13 Mei — Perlis juga mahu dimajukan seperti Wilayah Iskandar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa Perlis Datuk Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail.

Bercakap kepada Bernama di Birmingham baru-baru ini, Syed Razlan berkata satu kehendak politik yang sama kuat diperlukan bagi memajukan negeri Perlis, sama seperti yang dilakukan terhadap sebahagian wilayah Johor itu.

Syed Razlan ditemui di luar Seminar mengenai “Peluang Perdagangan dan Pelaburan dalam Kejuruteraan Maju dan Industri Sains Hayat di Malaysia”, yang diadakan di pinggir bandar London itu.

Walaupun keluasannya satu pertiga dari Wilayah Iskandar, katanya Perlis juga harus mendapat layanan seperti wilayah ekonomi itu kerana ia mempunyai semua kemudahan yang setanding.

Malah, Perlis juga berjiran dengan sebuah negara yang sedang berkembang pesat iaitu Thailand, seperti juga Johor dengan Singapura.

Katanya, Perlis lebih mudah dihubungkan ke negara jiran itu melalui jalan darat, malah boleh melepasi ke negara-negara Indochina yang lain yang bersempadan dengan Thailand, melalui laluan yang sama.

Perlis dihubungkan dengan laluan keretapi ke Singapura di selatan dan ke Bangkok, Thailand di sebelah utara.

Lebuhraya Utara-Selatan juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Padang Besar, Perlis di sempadan Thailand..baca lagi di sini.

Kalau Perlis dibangunkan seperti di Wilayah Iskandar, mungkin wajah Perlis akan berubah. Pembangunan akan jadi makin pesat dan memerlukan kawasan yg luas utk dibangunkan. Tanah sawah akan mengecil dan mungkin terpaksa dikorbankan utk beri laluan kpd pembangunan.


Gambaran Wilayah Iskandar di Johor


Cantikkan kawasan berhampiran Ocean Glow ni.. (sumber gambar2 di atas, drp pakcik google). Adakah akan wujud pembangunan seperti wilayah Iskandar di Perlis?

Perlis perlukan hubungan baik dengan Thailand kerana jalan darat, jalan air dan udara adalah bersambungan dengan Thailand. Tapi kalau kejadian bas pelancong Malaysia dihalang drp memasuki Thailand baru2 ni, sikit sebanyak boleh mencalar industri perlancongan negara. Para pengusaha van dari Thailand bertindak menyekat kira-kira 30 bas dari Malaysia memasuki negara itu sebagai bantahan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara ini terhadap mereka.

Mereka mendirikan khemah di atas jalan raya dan meletakkan puluhan van di sepanjang laluan masuk bagi menghalang bas yang membawa penumpang Malaysia memasuki Thailand...... sekatan berkenaan bukan dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand tetapi pengusaha van dan agensi pelancongannya...baca di sini.

Selasa, 11 Mei 2010

Basikal: Produk kreatif @ sukan?


Minat Luqman-Nul Hakkim Misiri, 22 tahun, terhadap basikal benar-benar beliau manfaatkan sehingga menjadi sumber inspirasi bagi projek tahun akhirnya. Pelajar kursus reka bentuk dalaman, jurusan reka perabot, itu menggunakan beberapa bahagian basikal dalam projeknya - sebuah meja makan bernama 'Fixie Table'.

Kaki meja makan tersebut dibuat menggunakan rangka basikal. Apa yang membezakan meja 'Fixie Table' daripada meja makan yang lain ialah ia boleh diubah mengikut cita rasa pengguna - boleh dipanjang atau dipendekkan. Baca lagi di sini.

Jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Kadangkala apa yg kita minati boleh diubahsuai agar menjadi produk kreatif yg boleh dipasarkan. Terpulanglah kepada kemampuan,usaha dan juga kewangan.

Anda ada basikal? Nak jadikan produk kreatif atau nak melibatkan diri dengan sukan berbasikal? Ingat tak lagi nostalgia basikal tua? Pasti anda pernah naik keliling kampung kan? Masa tu dapat naik basikal mcm dpt lesen motorsikal je...



Tapi sekarang basikal dah berubah....


Fixie
Basikal jenis satu 'gear' yang dibina secara unik untuk setiap individu ini popular di kalangan pekerja penghantar pesanan di kota besar New York. Aura kepantasan dan budaya jalanan yang mengiringinya bermakna ia semakin menjadi pilihan anak-anak muda yang turut mengutamakan imej, selain daripada keselesaan menunggangnya.



Cruise (untuk bersiar2)
Ringan dan mudah dikayuh, basikal satu 'gear' ini adalah antara pilihan yang terbaik untuk kegunaan di kota.


Chopper
'Handle bar' basikal ala motosikal chopper ini mungkin kelihatan janggal pada mulanya, ia amat selesa digunakan dan tidak pernah gagal menarik perhatian orang.


Tour
Basikal jenis 'Tour' atau jelajah seperti ini berat tetapi selesa dikayuh untuk perjalanan jarak jauh. Ia juga boleh menanggung beban beg dan barangan anda yang biasanya disangkutkan di bahagian roda depan.

Acik pun suka berbasikal utk mengeluarkan peluh. Tapi basikal acik lebih kurang seperti di bawah ni je... (kadangkala kayuh, tapi kerap tak kayuh dah...)



Sumber gambar2, drp pakcik google...

Sabtu, 8 Mei 2010

Guru Bunuh Diri??



KUALA PERLIS - Seorang guru yang didakwa merajuk selepas kecewa kerana ditukarkan ke sekolah baru ditemui mati lemas apabila terjatuh ke dalam laut di Kuala Sungai Baru di sini semalam.

Mayat Zuki Ibrahim, (gambar) 40, ditemui pukul 1.20 petang, enam meter dari tebing pantai.

Sebelum kejadian, Zuki dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya, Noriza Kassim, 37, yang memberitahu dia mahu terjun ke laut pada pukul 9 pagi.

Zuki ditukarkan ke sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi sejak dua bulan lalu selepas dinaikkan pangkat menjadi guru kanan mata pelajaran Kemanusiaan.

Sebelum itu, dia mengajar mata pelajaran sama di SMK Padang Siding manakala Noriza pula guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah di sini.- kosmo lagi berita di sini

Benarkah guru tersebut membunuh diri seperti yg diheboh-hebohkan di sekitar Perlis? Pada acik, belum tentu guru tersebut membunuh diri sbb kita tak tahu niatnya dan apa yg menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Ada juga maklumat yg menyatakan guru tersebut sedang dalam rawatan psikiatri.. waulahualam.

Semoga guru tersebut meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah dan kejadian tersebut hanyalah kemalangan dan bukan membunuh diri. Semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah dan semoga segala tomahan yg diterima oleh isteri beliau dan keluarga dpt dihentikan...
-----------------------------------------------------------------------------------
Sekadar perkongsian maklumat, bahawa apapun alasan dan caranya membunuh diri hukumnya adalah syirik. Sedangkan pelakunya syirik tidak akan diampuni dosanya oleh Allah, bahkan kekal disiksa dalam api neraka. Bunuh diri dengan cara meminum racun, gantung diri, terjun bebas, melukai diri, atau dengan bom dan seterusnya adalah sama saja hukumnya. Islam tidak mengenal dan mengajarkan bunuh diri.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (Qs.an Nisa : 29)

"Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)." (QS. Al-Kahfi ; 6)

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.”

Adakah beban kerja guru yg terlalu berat ditambah dgn tekanan drp penguasa atau org yg berkuasa di sekolah menyebabkan bilangan guru yg 'sakit jiwa' bertambah dari hari ke hari. Satu saja jalan yg acik nampak iaitu kembali kepada Allah.

Perbanyakkan amalan berzikir, solat sunat dan membaca Al-Quran setiap hari agar ketenangan diri dapat diperoleh. Ingatlah bahawa kesibukan kerja yg dilakukan tak akan berakhir dan ada ketikanya boleh menjauhkan diri seseorang drp mengingati Allah.

"...Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
(QS. Ar Ra’d, 13:28). Alasan mengapa orang-orang yang beriman kepada Allah, yang berdoa dan berharap kepada-Nya, lebih sihat secara rohani dan jasmani adalah kerana mereka berperilaku sesuai dengan tujuan penciptaan mereka. Falsafah dan sistem yang tidak selaras dengan penciptaan manusia selalu mengarah pada penderitaan dan ketidakbahagiaan.

Khamis, 6 Mei 2010

Judi Halal?

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa... lagi berita baca di sini

Tiba-tiba teringat lagu Dato' M. Daud Kilau tentang orang yg gila berjudi.

"Banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi........."



Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, iaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain.

Tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu senggang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun.

Islam, di balik larangannya ini ada terkandung suatu hikmah dan tujuan yang tinggi sekali, iaitu:
1. Hendaknya seorang muslim mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dengan dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya; dan tunggulah hasil (musabbab) dari sebab-sebabnya.
Sedang judi --di dalamnya termasuk undian-- dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembahagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, berkerja dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah-perintahNya yang wajib diturut.
2. Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh kerana itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batil.
3. Tidak menghairankan, kalau perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, kendati nampak dari mulutnya bahwa mereka telah saling merelakan. Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan mendongkol. Dia marah kerana angan-angannya tidak dapat tercapai. Dia mendongkol kerana taruhannya itu sial. Kalau dia ngomel, maka ia ngomeli dirinya sendiri kerana derita yang dialami dan tangannya yang menaruhkan taruhannya dengan membabi-buta.( sumber di sini )

Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.
Firman Allah swt:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh kerana itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh kerana itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)

sekadar hiasan... (gambar dr pakcik google).

Rabu, 5 Mei 2010

Amar Makruf Nahi Mungkar.



Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Kamu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar, serta beriman kepada Allah..." (Q.S Imran:110)

Jika kita meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka hilanglah kebaikan kita. Namun jika kita beramar makruf dan nahi mungkar serta memerangi orang kafir agar masuk Islam, maka manfaat kita bagi manusia jua.

Rasulullah SAW bersabda;
" Sebaik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia dan seburuk-buruk manusia orang yang membahayakan manusia."

Sabda Baginda SAW yang lain:
" Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan secara hikmah iaitu dengan kuasanya, jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidak mampu lagi dengan hatinya. Yang demikian itu iman yang lemah."

Ulama mengatakan, " Mengubah dengan kekuasaan itu bagi penguasa. Adapun mengubah dengan lisan itu bagi ulama dan mengubah dengan hati itu bagi orang awam. Pendeknya barangsiapa mampu wajiblah bagi dia mengubahnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya (permusuhan)."

Tolong menolong yang diperintahkan adalah dalam hal menyediakan perkara kebaikan, menghindarkan kejahatan dan permusuhan sesuai dengan kemampuan. Malah dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda;
" Barangsiapa membetulkan orang bid'ah, Allah akan memenuhi hatinya rasa aman dan iman. Barangsiapa menghinakannya, Allah akan menyelamatkannya di hari Kiamat. Barangsiapa melakukan amar makruf nahi mungkar, dia khalifah Allah di muka bumi, malah khalifah kitab dan khalifah rasul-Nya."

Abu Zar al Ghifari ra berkata: Telah berkata Abu Bakar As Shiddiq ra:
" Ya Rasulullah, adakah jihad selain memerangi kaum musyrikin?" Rasulullah SAW menjawab, "Sesungguhnya Allah punya para pejuang di muka bumi lebih utama dari para syuhada. Mereka hidup diberi rezeki, dimuliakan Allah dan para malaikat langit menghias Syurga untuk mereka. Abu Bakar bertanya, "Siapa mereka?" Rasulullah SAW menjawab," Orang yang memerintahkan kebaikan melarang kemungkaran serta suka dan benci kerana Allah. Demi Zat yang diriku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya seorang hamba dalam bilik di atas bilik-bilik para syuhada. Tiap bilik ada tiga ratus pintu dari yakut dan zamrud hijau dan di atas tiap pintu ada nur. Tiap lelaki dari mereka dikahwinkan dengan tiga ratus bidadari bermata indah. Bila dia memandang salah seorang dari mereka, bidadari itu berkata, "Ingatkah di hari itu kamu memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran?" Jika dia menoleh kepada bidadari, yang lain pun berkata, "Ingatkah di tempat itu kamu amar makruf dan nahi mungkar?"

Sumber: Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub karya Imam Al-Ghazali.