Khamis, 7 Oktober 2010

Bapa Tiri Sukakan Punggungnya!!!

Dah lama tak sempat nk update blog ni. Kesibukan kerja di hujung tahun makin terasa dan menyebabkan acik tak berkesempatan mencoret di blog ni. Bagi sesiapa yg pernah ikuti perkembangan Hidayah...boleh baca perkembangan terbarunya di blog Laman Shaniza.

Kali ni acik nk minta pendapat semua tentang masalah yg anak murid acik alami. Tengahari tadi sewaktu berjalan menuruni tangga (tamat persekolahan) seorang pelajar acik tiba2 minta izin utk bercerita kisahnya pd acik. Pada mula pelajar ni cakap, acik kurang faham dan menyebabkan dia ingin menceritakanya dilain masa.

Tapi acik minta dia ceritakan juga sebab takut acik terlupa atau tak berkesempatan berbula begitu lagi. Dia menceritakan yg bapa tirinya selalu menyebut " suka akan punggungnya", kerap memandangnya dengan pandangan yg pelik dan pernah meraba punggungnya. Apabila di ceritakan pd ibunya, ibunya hanya berkata," Jangan buat ibu bercerai buat kali kedua". Sebenarnya ibubapa pelajar ni dh bercerai dan dia tinggal dengan ibu dan bapa tirinya. Ibunya tidak bekerja...Mungkin sebab tu, ibunya lebih 'memilih' bapa tirinya dari dirinya.

Terkejut juga dengar cerita pelajar ni. Patutlah dalam kelas dia sering tak fokus dan kurang bercakap. Acik nasihatkan pelajar tu agar sentiasa berhati2 dgn bapa tirinya dan jika ada perlakuan melampau yg dilakukan oleh bapa tirinya itu, acik minta pelajar tu lari ke rumah jirannya bagi meminta bantuan. Acik juga minta pelajar tu buat solat sunat hajat agar Allah beri petunjuk kepada ibunya dan perlindungan kepadanya.

Apa pendapat anda? Nak serahkan kes pelajar ni kepada unit kaunseling, acik dan beberapa rakan tak berapa bersetuju kerana kaunselor di sekolah acik sendiri pun 'bermasalah'....

7 ulasan:

anyss berkata...

Salam,
Kalau kaunselor pun bermasalah, tak guna tambah masalah lagi kat dia. Apa kata kak cik je yang jadi kaunselor. Pelajar ni perlu tahu bagaimana untuk lindungi dirinya sendiri. Itulah kepentingan "pendidikan seks" yang sepatutnya dimasukkan dalam sistem pendidikan kita. Bukannya nak ajar student bagaimana untuk lakukan seks "selamat" tapi perlu tahu apa yang boleh dan tak boleh dilakukan.

Kalau dia tak faham apa yang patut dia pertahankan, tak mustahil dia akan jadi mangsa. Apa lagi kalau ada mak yang lebih sayangkan laki dari anak

maaf, teremo la pulak. Geram punya pasal...apa nama mak lah!

Lana~Bulu berkata...

BAHAYA..
Sayang dan malang sekali bila dia berada dibawah bumbung yg ketuanya bertubuh manusia tapi berhati setan (maaf sekiranya kasar bunyinya)..tak boleh ka dihubungi bapa kandungnya..?
ish..teman sendiri rasa rimas...mula raba..then? sangat tak mustahil..yg lanjut akan terjadi...
sekiranya berlaku sekali kes raba ..report saja pada polis..
orang macam tu tak layaklah jadi bapa tiri..
rezekituhan beri..jgn takut mengharungi badai..

cemomoi berkata...

panggil ibunya datang untuk kaunseling tentang sikap anaknya yang hilang tumpuan (jangan direct to d point). sikit demi sedikit korek le rahsia masalah pelajar dan hubungannya dengan ibu bapa, lepas tu baru le diterapkan supaya ibunya memberi perhatian kepada pelajar. sesi ni perlu dibuat tanpa disedari tujuan asal ibunya takut nanti anak akan menjadi mangsa bila dianggap mencerita sesuatu yang aib berkenaan keluarganya dengan orang luar

cegah le sebelum terlambat

ummu berkata...

Salam Achik,
Lama tak berkesempatan berblog walking sejak beberapa bulan ini atas sebab2 tak dapat dielakkan.

Merujuk kepada situasi ini, Dalam sesetengah keadaan, tidak dinafikan pelajar kadang kala selesa berbicara masalahnya dengan guru yang dipercayainya. Ada kalanya bukan dengan guru kaunselor.

Pada pandangan peribadi saya, perkara ini perlu tindakan pencegahan awal. Misalnya, dengan kebenaran pelajar itu, perkara ini nak dibincangkan dengan HEM.

Oleh sebab perkara ini melibatkan masalah keluarga, ia agak rumit sikit.

Berbincang dengan ibu pelajar tersebut juga adalah langkah yang baik.

Bagaimana dgn bapa kandung pelajar ini? Adakah bapa kandungnya masih menghubungi pelajar ini?

Maaf panjang pula komen saya ini

Kamsiah berkata...

salam
sbg mak,yg ada 3 org anak dara..saya boleh bayangkan bahayanya situasi yg dihadapi murid acik tu
nasib baik dia dah faham apa itu gangguan seksual..
-minta dia jgn bersendirian dirumah
jika ibunya jkeluar,dia boleh ajak rakan menemaninya atau kerumah jiran yg dipercayai
-kunci pintu bilik diwaktu malam,sediakan 'senjata' sbg langkah berjaga2
-minta org yg dipercayai/disegani ibunya,utk menceritakan kes tersebut kepada si ibu..

shameel berkata...

Salam acik. Sy setuju dgn cadangan kamsiah. si bapa titi yg gina tu akn ambil kesempatan kalo pelajar acik tu dok sendirian kat rumah. Dan elok juga sediakan senjata utk mempertahankan diri dri sebarang kemungkinan

a.samad jaafar berkata...

adeih.. bahaya tu.. perlu ada tindakan segera..mungkin boleh masukkan budak tu kat asrama atau apa2 yg patut..kalau dh sampai berani meraba punggung..memang ada niat tu.. iskkk..

ada jugak mak yg tak boleh diharap zaman ini..