Khamis, 29 April 2010

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un

Aku tidak tahu mengapa tetapi suasana sepi itu mengundang rasa sedih di dalam hatiku. Kulihat anak perempuanku menangis teresak-esak. Suami dan ibuku duduk menunduk wajah yang sugul. Di sekeliling mereka bertiga, rakan-rakanku dan jiran turut hadir. Semuanya mempunyai gaya masing-masing. Namun gaya mereka semua bersatu atas satu perkataan. Sedih.

Tiba-tiba aku rasa takut.


Seakan-akan suasana itu meragut jiwaku.


“Semoga ALLAH rahmati arwah” Kak Siah berkata dalam keadaan matanya yang kemerahan.

Arwah?

Ada orang meninggal kah?

Tiba-tiba aku nampak wajah Ayu, sahabat karibku. Wajahnya pucat lesu. Kenapa? Dia kaku sahaja tanpa suara. Matanya terpejam.

Adakah….

****
Aku memandang wajah Ayu. Wajah itu tidak sama seperti wajah yang kelihatan dalam mimpiku. Wajahnya kini hidup, ceria, penuh cahaya. Wajah yang aku tidak pernah rasa sugul bila memandangnya. Namun hari ini, keresahan aku tidak hilang dengan memandang wajah bersih itu. Malah, semakin bertambah gelisah.

“Ni kenapa gaya nak makan orang? Angin Timur Barat?” Ayu tersenyum-senyum.

“Jalan pandang depan la” Aku memuncungkan bibir ke hadapan, ke arah jalan raya. Kami kini sedang berada di hadapan sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan ramai. Ada jalan raya yang besar untuk kami lintasi.

Suamiku sentiasa berpesan agar berhati-hati kerana orang biasanya memandu dengan laju bila lampu isyarat bertukar kuning. Kadangkala, kita tidak dapat menjangka sikap tidak sabar pemandu bila berada di jalanraya. Menggerunkan.

“Uih, garangnya. Mood awak tak baik?” Ayu terus melangkah.

Tiba-tiba mataku terpandang sebuah kereta yang bergerak dalam keadaan laju mengejar lampu isyarat.

Pantas wajah pucat Ayu dalam mimpiku menjengah. Kata-kata suamiku mengetuk kepala.

Arwah…

“Ayu!” Aku terus mencapai lengannya, menarik Ayu ke belakang semula. Kereta tadi terus bergerak membelah jalan raya.

“Kau nak mati ke? Jalan tak pandang kiri kanan?” Aku meninggi suara. Dapat kurasa wajahku tegang. Dada berdegup kencang. Bukan marah, tapi…

Ayu angkat kening. “Kau ni kenapa? Siapa tak nampak kereta tadi? Aku bukan nak melintas jalan raya. Aku baru je nak melangkah nak berdiri tepi jalan raya. Macam tak biasa pulak.”

Aku diam. Tadi, dia bukan nak melintas ke?

“Kau ni, sayang aku terlebih ni” Ayu ketawa kecil.

Muka aku merah. Aku terasa macam aku ini orang bodoh pula.

“Aku risau” Aku menjawab tanpa memandang wajah Ayu. Jalan raya sedang dipenuhi kenderaan yang lalu lalang. Kami masih belum ada peluang untuk melintas.

“Risau? Terharu sih” Ayu memaut bahuku dengan lengannya. Dia masih ketawa.

Aku diam sahaja. Mana aku tak risau? Aku mimpi kau mati!

Tidak lama kemudian, kami mendapat peluang melintas jalan. Ayu melangkah dahulu. Aku pantas bergerak agar langkah kami seiring. Pantas tangan kananku memegang tangan Ayu, memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.

Sampai sahaja di pintu masuk pasaraya, aku perasan Ayu memandangku. Tapi aku senyap sahaja. Beberapa orang di tepi jalan tersenyum-senyum memandang kami. Nampak pelik kah perempuan baya aku berpimpin tangan dengan kawan perempuannya?

“Kau tak sihat?” Suara Ayu agak kerisauan dengarnya.

Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu masuk. Geleng kepala.

Aku perlu bagitahu kah mimpi aku?

“Kalau kau ada masalah, bagitahu aku”

Ayu, memang sahabat yang baik. Sahabat aku yang terbaik. Tapi sekarang, bukan aku yang bermasalah. Masalahnya adalah kau, Ayu. Aku rasa macam kau akan ditarik pergi. Aku tidak mahu kau pergi!

“Tiada apa-apa”

Ayu tersenyum semula. Wajah cerianya kembali bercahaya. “Kau tengah gaduh dengan suami ke?” Tangannya mencuit pinggangku.

“Banyak la kau”

****

Orang kata, kalau ada manusia nak dekat mati, biasanya dia akan ada tanda-tandanya. Tapi, selalunya tanda itu tidak akan kita perasan, melainkan selepas dia mati. Contoh yang biasa didengari adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tak habis. Contoh lain yang biasa aku dengar, arwah akan sering berkata berkenaan mati sebelum kematiannya.

“Agak-agak, umur kita ni berapa panjang lagi?”

Hampir tersembur air yang sedang kuteguk. Terkejut. Aku membesarkan mata, memandang Ayu.

“Mati-mati jangan sebut lah” Aku menegur.

Ayu tersengih. “Kenapa pulak? Mati tu bila-bila. Apa salahnya ingat mati. Mati selalu ingat kita”

Aku menghela nafas. Betul. Malah, mengingati mati adalah antara pencuci kekaratan di dalam hati.

Rasulullah SAW bersabda: “Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi” Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab: “Membaca Al-Quran dan mengingati mati”

“Tak ada la, hilang keindahan pagi ni” Aku memberikan alasan. Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.

“Kalau aku mati, macam mana agaknya kau?” Soalan itu, mengundang pusingan pantas dari kepalaku. Pantas aku mecubit lengannya.

“Aduh, kenapa?” Ayu menggosok-gosok lengannya. Memandang aku dengan kehairanan.

“Degil ya. Kan aku dah cakap jangan rosakkan mood pagi ni” Aku cuba bergaya selamba.

Ayu mencemikkan muka, kemudian terus menyambung minum paginya.

Suasana senyap sebentar. Aku terus menghabiskan air. Cawan kuletakkan. Ayu tekun dengan makanannya. Aku rasa bersalah pula.

“Kalau kau tak ada…” Perlahan-lahan aku bersuara.

Ayu mengangkat kepala. Mata kami bertentang. Suasana senyap kembali. Kemudian Ayu mengangkat kening, isyarat agar aku meneruskan kata-kata.

“Aku akan rasa amat amat amat sedih” Suaraku perlahan.

Perlahan-lahan senyuman Ayu terukir.

“Kenapa? Lawak ke?”

“Terharu lah”

“Banyak la kau punya terharu”

“Aku saje je nak tengok kau sayang aku tak” Ayu angkat kening dua kali. Kemudian dengan selamba meneruskan sarapan.

“Ceh” Buat aku risau aje. Aku memandang langit kembali.
Adakah hidup akan sentiasa cerah seperti keadaan sekarang?

****

Hah!

Aku terbangun lagi. Mimpi itu datang lagi. Wajah teman-teman yang sugul, ada yang menangis, ucapan suamiku dan berakhir dengan wajah Ayu yang terpejam kehilangan seri.

Aku beristighfar berulang kali. MasyaALLAH… Perasaan takut menyerang.

Tubuhku rasa hangat. Kusentuh dahi, terasa basah. Aku berpeluh.

Semakin lama, aku terasa seakan-akan mimpiku akan menjadi kenyataan.

Mimpi yang sama datang dan datang lagi.

Ya ALLAH…

Kulihat jam pada telefon bimbit. 2.45 pagi. Aku terus bangun dan menuju ke tandas. Gosok gigi, dan membasuh muka. Kemudiannya aku mengambil wudhu’. Aku hendak solat tahajjud.

Semalam, Ayu mengadu kepadaku bahawa dia sakit. Dia rasa lemah-lemah badan. Hidung pula sentiasa berdarah.

Aku amat risau. Dia telah berjumpa doktor pada waktu malam, tetapi doktor hanya berkata bahawa itu keadaan biasa apabila perubahan cuaca. Memang biasanya pada musim panas, badan akan terasa lebih lemah dan kadangkala untuk beberapa orang, darah akan keluar dari hidung.

Keterangan doktor tidak membuatkan aku lega. Mungkin aku juga akan menganggap ini biasa, kalau aku tidak didatangi mimpi aneh itu. Tapi, setelah berulang kali mimpi itu hadir, aku rasa teramat risau. Adakah pemergian Ayu memang tidak dapat dielakkan? Adakah mimpi aku itu, benar-benar satu kepastian?

Aku menangis dalam sujudku.

Ya ALLAH, sesungguhnya KAUlah yang menguasai nyawa, maka panjangkanlah nyawa sahabatku itu!

****

Aku, memang amat sayang dengan Ayu. Sayang kerana ALLAH. Ukhuwwahfillah. Seluruh kehidupan ini sebenarnya perlu berada di dalam ISLAM. Hal ini kerana, ISLAM itu syumul, meliputi segala perkara. Semua itu aku fahami dan begitu juga Ayu. Perlahan-lahan, dia menjadi kawan baikku kerana persefahaman tersebut.

“Ni kenapa tengok aku macam aku dah nak mati je ni?” Ayu memandang kepadaku.

Aku tersedar dari lamunan panjang. Perkataan ‘mati’ membuatkan aku sedikit rasa tidak senang.

“Kau sakit, aku tengok-tengokkan la” Aku menjawab selamba.

Ayu tersenyum. “Kut la nak ubatkan”

“Aku bukan doktor lah”

“kawan boleh jadi penawar pada kawannya”

Kata-kata Ayu mengoyak sengihku. “Masalahnya, kalau bab sakit macam kau ni, kawan tak boleh nak ubatkan. Doktor la kena bagi ubat”

Ayu menggeleng. “Kawan, boleh beri harapan kepada pesakit macam aku ni, untuk menjalani ujian sakit itu dengan penuh keimanan”

Aku tersenyum. Ada-ada sahaja. Tak mahu kalah juga.

“Jadi, bersabarlah kau dengan ujian ni. Ini baru sakit sikit. Kemungkinan, ALLAH akan uji dengan benda yang lebih besar”

“Apa agaknya benda yang lebih besar tu?”

“Aku kahwin dengan orang yang kau suka”

Terkeluar tawa kami berdua.

“Berani la” Ayu menunjuk penumbuk.

“Just a joke”

Ayu mengangguk. Aku tahu, dia faham. Kami bukan sekali dua bergurau. Entah, sudah kali ke berapa ribu kami bercanda. Kadang-kadang, tanpa bersuara pun, aku seakan dapat menjangka perasaannya, dan dia pula seakan dapat menjangka keadaan aku.

“Aku rasa, aku dah hampir sihat dah ni” Ayu memegang dahinya.

“Kau rehat cukup, okaylah kut”

“Darah pun dah tak keluar dah sehari dua ni”

“Esok boleh pergi kerja”

“Kau mesti sepi pergi kerja sorang-sorang”

“Bajet macam aku ni jiwang plak”

“Ha ha…”

Senyap sebentar selepas itu. Tiga hari ini, aku sering berlang alik ke rumahnya.

“Tapi, memang sepi pun tak ada kau”

“Ha… tau tak pa!”

“Banyak la” Aku menolak Ayu. Kami ketawa lagi. Nampaknya, Ayu memang benar-benar sihat.

Aku rasa lega.

Mungkin, mimpi aku itu hanya mainan sahaja.

Mungkin, aku ini terlalu banyak fikir.

“Hei Ayu” Aku memandang Ayu. Mata kami bertemu.

“Em?” Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan.

Aku cintakan kamu kerana ALLAH sangat-sangat.

Ayu senyap sebentar. Kemudian ketawa.

Aku hairan. Kenapa?

“Kau memang dah jadi kawan jiwang seh. Gaya macam nak tinggal aku jauh je”

Aku tersengih. Aku yang takut kau tinggal aku jauh. Aku yang tak mahu kau pergi jauh tinggalkan aku.

Kemudian tawa Ayu mengendur. Dia memandang aku.

Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.

Aku tersenyum.

Hati lapang.

****

Aku terbangun.

Aku tidak tahu sama ada aku patut tersenyum, atau terus bimbang.

Aku bermimpi mimpi yang sama. Tetapi, mimpiku bertambah. Semuanya sama, hingga ketika wajah pucat Ayu yang terpejam matanya. Namun, kali ini, sebelum berakhir, mata Ayu yang terpejam itu, terbuka, dengan mata yang bergenang.

Adakah ini tandanya, dia tidak akan mati?

Ataupun, adakah ini tandanya, Ayu hanya berada dalam kesedihan?

Aku tidak tahu.

Ya ALLAH, lapangkanlah kehidupan sahabatku Ayu, permudahkan segala urusannya, ampunkan segala dosa-dosanya….

Aku berdoa.

Semoga ALLAH pelihara sahabatku Ayu.

Sekurang-kurangnya, dalam diriku sekarang, ada perasaan bahawa, Ayu tidak akan pergi meninggalkan aku.

Tapi…

****

Kehidupanku seakan kembali seperti biasa. Pergi ke tempat kerja bersama sahabat tercinta, Ayu.

Pagi tadi, selepas bersarapan, aku teringat akan ibuku. Aku bersembang lama juga. Sempat berkirim salam kepada semua keluarga. Agak lama juga tidak menghubungi mereka.

“Ni kenapa muka macam orang baru kahwin ni?”

Aku tersengih. Sebab aku senang hati. Aku dapat telefon ibuku pada pagi hari, dan sahabatku kembali sihat. Malah, aku dapat rasa bahawa kerisauanku macam berterbangan hilang. Mungkin selepas aku kembalikan bahawa, hidup dan mati itu susunan ALLAH.

Semalam, sebelum tidur, aku bermuhasabah.

Mungkin, kalau benar mimpi-mimpi aku selama ini benar adalah tanda bahawa Ayu akan ditarik pergi, maka aku pun tidak akan mampu menghalang kehendak-Nya. Mati itu adalah urusan-Nya. Kita tidak boleh mengelak, jauh sekali hendak melarikan diri. Cuma, tugas kita adalah hidup dengan nyawa yang masih ada, dan cuba menjaga diri sebaik mungkin.

Setiap yang bernyawa akan mati. Tiada keraguan akan hal itu. Maka tidak perlu dipertikaikan. Pokok persoalan sekarang adalah, bagaimana kita menjalani kehidupan.

Dikejutkan mimpi semalam, aku solat tahajjud, solat taubat dan melakukan solat hajat. Aku mendoakan agar aku termasuk dari kalangan yang beriman dan diberi rezeki untuk masuk syurga. Aku berharap agar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat redha ALLAH. Aku juga mendoakan semua ahli keluargaku, dan rakan-rakanku. Semestinya, aku tidak lupa mendoakan sahabatku Ayu.

“Weh, jawab la. Mimpi jumpa bidadara syurga ke?” Ayu menolak bahuku.

Aku menggeleng. Aku mimpi kau hidup. “Mana ada apa-apa”

Aku terus berjalan. Ayu menepuk-nepuk belakang tubuhku. “Takpe…”

“Jangan ambil hati seh” Aku meniru ‘seh’ yang selalu diucapkannya.

“Aku ambil jantung je seh” Ayu membalas canda.

Kami ketawa.

Kami sampai di tepi jalan raya.

“Tak sibuk seh pagi ni”

Aku mengangguk. Walaupun ada kenderaan lalu lalang, tapi tidak sesibuk seperti biasa.

Ayu terus melintas. Aku mengikuti dari belakang.

Poooooooooonnnnn!!!!

Aku menoleh. Sebuah lori bergerak laju ke arah kami. Mataku membesar. Spontan aku menolak Ayu dengan kuat. Sahabatku itu terkeluar dari jalan raya.

Jarak lori denganku tidak lebih dari sedepa.

Ketika ini, keadaan sekeliling aku seakan menjadi perlahan. Aku sendiri jadi pelik. Aku sempat memandang Ayu yang hendak membuka mulut untuk menjerit.

Aku sempat pula teringat akan mimpiku.

Tangisan ahli rumah, kesugulan kenalan-kenalan, kata-kata suamiku, kemudian wajah pucat Ayu dengan mata terpejam yang akhirnya terbuka dalam keadaan mata bergenang.

Patutlah…

Aku tersenyum.

“Oh, rupanya bukan Ayu. Tetapi aku…”

Alhamdulillah. ALLAH Maha Besar. Ternyata ilmu berkenaan kematian ini tidak tersampai pada insan untuk menjangkanya.

BAM!

Seluruh alam macam berputar berulang kali.

Dan yang terakhir aku dengar adalah suara jeritan Ayu yang panjang, sebelum segalanya menjadi gelap, dan senyap.

ALLAH… Aku naik saksi bahawa tiada ILAH selainMU, dan Muhammad itu adalah RasulMU.

Ayu…

Aku yang pergi dahulu.

Rabu, 28 April 2010

Kuda laut, haiwan unik.

Kuda laut adalah jenis ikan yang hidup di laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae. Haiwan dengan ukuran yang bervariasi antara 16 mm (untuk spesies Hippocampus denise) sampai 35 cm ini dapat ditemukan di perairan tropika dan di seluruh dunia. Kuda laut merupakan satu-satunya ikan yang spesies jantannya boleh hamil.

Tetapi bukan bererti yang jantan mengeluarkan telur. Telur tersebut tetap dihasilkan oleh betina tetapi dibuahi dan dijaga antara 10 hari hingga 6 minggu hingga telur menetas. Kuda laut dilahirkan oleh si jantan, dalam erti lain telur-telur yg dihasilkan ibu kuda laut dipindahkan ke kantung sang jantan sekitar tiga minggu telur-telur kuda laut yg berjumlah ratusan akan tinggal dalam perut si jantan.

Pada Minggu ketiga, satu persatu anak kuda laut akan lahir dan tumbuh dewasa menjadi kuda laut yang cantik. kuda laut jantan memerlukan 30 untuk melahirkan anak2nya. Dalam sekali melahirkan, dapat mencapai jumlah 15 hingga seribu ekor, tergantung pada jenisnya.

Kuda laut adalah pasangan yang setia. Kebanyakan spesies dari Kuda Laut dikenal merupakan pasangan sehidup semati. Mereka hanya akan kawin dengan pasangannya. Hal ini merupakan sesuatu yang jarang terjadi di dalam dunia ikan.

Sirip dorsal pada kuda laut terletak pada bahagian bawah sedangkan sirip pektoralnya terletak pada bahagian kepala, hampir insang. Beberapa spesies kuda laut berwarna transparent sebahagian, sehingga tidak mudah terlihat.

video

video

video

Selasa, 27 April 2010

Ukhwah kita untuk selamanya



Jika hari ini diriku terlalu gembira dengan duniawi, sedarkanlah aku dengan amaran Allah. Jika aku bersedih, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta. Jika antara kita ada tembok memisahkan leraikan ia dengan ukhwah dan jika pernah hatimu terluka lantaran sikapku luahkanlah agar aku berubah. Namun satu pintaku, berjanjilah..ukhwah kita untuk selamanya.


p/s Acik dah buka semula blog lama http://lamanshaniza2u.blogspot.com/ tetapi dah diberi nafas baru dan dijadikan blog resepi dan pemakanan sahaja. Blog ini akan diteruskan utk bicara pelbagai isu... semoga ukhwah dpt diteruskan...

Ahad, 25 April 2010

Kawan Punca Remaja Terjun Bangunan?

Kes terjun lagi di Kangar, Perlis...kali ni cubaan saja. Hampir dua bulan lepas, sekolah antah berantah lebih gempar dengan kejadian terjun2 ni. Masuk berita utama...pemberita mcm paparazi je halakan kamera cari sudut yg menarik (sbb pagar ditutup). Pelajar tu terjun dan patah beberapa tempat tapi sekarang dah semakin sembuh. Pelajar ni pun tak punya ramai kawan.

Kes kali ni diulas sebagai kes putus cinta. Difahamkan remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek rakan2nya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya...baca di sini.

Tapi apa yg acik dengar, pelajar ni baru kematian ayahnya hampir sebulan lepas. Disebabkan tak tahan dengan tekanan perasaan dan ejekan, maka dia bertindak begitu.



Kawan ni banyak jenisnya. Ada yg suka memperkecil2kan kawan, mencari kesalahan dan kelemahan kawan, mengejek dan menyakiti hati kawan. Pada acik, orang sebegini tak layak dijadikan kawan. Kawan mcm ni banyak di pasar malam, gitulah kata hubby acik..

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Jumaat, 23 April 2010

Shisha, kegilaan remaja masa kini.

Kelmarin pelajar2 acik menceritakan perihal seorang kawan mereka yg mempunyai masalah disiplin kepada acik. Agak terkejut bila diberitakan yg kawan mereka (perempuan) menghisap shisha... apa kebendanya shisha tu? Ni la kali pertama acik dengar perkataan tu tapi bila pelajar tersebut terangkan yg shisha adalah sejenis alat menghisap asap berperisa buah-buahan, acik pun teringat akan rokok arab.



Inilah rupanya shisha tersebut.

Shisha atau dikenali dengan nama hookah menjadi antara pilihan masyarakat urban untuk melepaskan tekanan dan bersantai. Shisha yang kian menjadi kegilaan golongan muda merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa yang telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Baca lagi di sini


FAWAZ menghabiskan antara RM150 hingga RM200 setiap bulan semata-mata untuk menghisap shisha."

Shisha mudah didapati di Perlis? Terkejut juga dengan kenyataan ini malah kedai2 makan biasa yg menyediakan hookah ini utk penggunanya. Bayangkan pelajar acik tersebut baru berusia 15 tahun dah pandai menghisap benda2 sebegini malah perempuan pula tu.. Kenapa tak ada larangan had umur terhadap penggunanya?

Laporan daripada Agensi Anti tembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan Makmal d'Essais Kebangsaan (LNE) sebelum ini juga menyebut shisha membebaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok sehari.

Menghisap shisha juga dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok sementara asap yang dihasilkan menjadi antara sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.

Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti MBMB, Mohd. Derus Tompang berkata, pengharaman penggunaan shisha telah diputuskan kerajaan negeri Melaka dalam mesyuarat Exco pada Julai tahun lalu.

"Ini kerana shisha boleh disalahgunakan dengan meletakkan campuran dadah atau bahan lain yang boleh memabukkan. (laporan penuh baca di sini )

Alahai...kenapalah remaja kita mudah meniru budaya yg boleh merosakkan minda dan diri sendiri? Aduhhh... berat betul beban tugas guru kan? Lebih malang, ibubapa lepas tangan saja dalam soal sosial remaja...

Khamis, 22 April 2010

Rogol rakan sekelas..manusia @ binatang?

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah. Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.

“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya. Baca lagi di sini

Salah siapa perkara ni boleh berlaku? Masalah ni cuma akan selesai jika semua kembali kepada Allah dan mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Bermula drp pemerintah sehinggalah diri pelajar tersebut. Kenapa pemerintah? Sbb mereka yg buat dasar dan punya kuasa utk laksanakan. Kita ambil contoh di zaman khalifah Umar bin Abd Aziz, semua hidup dlm rukun mengikut lunas2 Islam sehinggakan kambing pun boleh lepas bebas tanpa perlu takut pd serigala...baca sini

Dorongan ingin hidup berpasangan sememangnya naluri semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada seluruh manusia. Namun, cara dan tindak tanduk yang tidak diiringi dengan akal dan iman boleh melunturkan pegangan apabila berdepan dengan ujian terbabit.

Individu lain pula tidak boleh mendabik dada jika mereka tidak pernah diuji sedemikian rupa. Jadi berhati-hatilah dengan percakapan serta tindak tanduk kita kerana tidak mustahil Allah akan memberikan pula dugaan itu kepada kita pada bila-bila masa. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun ayat 5 hingga 7).

Ada sesetengah mereka menerima hubungan seksual sebelum kahwin itu sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan. Maka amat beruntung dan bertuah sekali buat remaja yang tidak pernah terjebak atau jauh sekali mendekati zina. Semua tahu berzina adalah satu dosa besar yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan kelak. Mereka yang kini menjadi tunangan orang sekalipun bukan tiket bagi memadu kasih kerana syaitan sentiasa akan 'menyerang' mereka sehingga tertewas.

Kejahatan yang pernah dilakukan walaupun dengan 'ringan-ringan' ketika bercinta akan memberi kesan buruk selepas mereka mendirikan rumah tangga serta kepada zuriat yang bakal mereka lahirkan...fikir2kan lah.

Kenapa ada gambar beruk ni? Apabila nafsu haiwan diambil pakai oleh manusia, apa beza manusia dengan haiwan?

Selasa, 20 April 2010

Award untuk kawan-kawan.

Sewaktu melihat2 blog kemahiran hidup shaniza acik terkejut juga rupanya ada yg sudi beri award sunshine. Sebenarnya blog kemahiran hidup tu acik letak nota dan maklumat berkaitan pelajaran tersebut. Tak sangka pula nannie daripada blog My Passion nak bagi award sebab acik hanya letak link blog dia spy mudah pelajar2 buat rujukan tajuk jahitan. Terima kasih banyak le.



Bawah ni pula award yg kak Werdah bagi utk acik sebelum blog utama acik tutup. Jadi diruangan ni acik nk pass la dua2 award ni kpd kwn2. Sudi2kanlah mengambilnya....



And now I have to pass on this awards to 12 bloggers....Before that here are the rules:
1. Nominate 12 bloggers.
2. Put the logo onto your sidebar or within a post.
3. Link the nominees within your post.
4. Let the nominees know they’ve received this award by commenting on their blog.
5. Share the love and link the sidebar logo to the person from whom you’ve received this award

So , I'm giving this award to my creative friends :

1. Aidah

2. kakcikseroja

3. kak Werdah

4. Cikgu Normah / a kl citizen

5. maiyah

6. Arianni

7. Norullisza

8. hurun-ain / suterakasih

9. anismi

10. Abdul Razak

11. Lana Bulu

12. cemomoi

13. Nida

14. Izzati

15. nannie / my passion

Ahad, 18 April 2010

Letusan Gunung Berapi Iceland Kian Memburuk.

Semalam sepatutnya suami kepada kawan acik berlepas ke London daripada KLIA. Tetapi penerbangannya ditunda gara-gara debu. Rupanya akibat letusan gunung berapi di Iceland telah menyebabkan partikal-partikal debu berterbangan dan mencemarkan sebahagian besar negara Eropah. Lihat sini dan di sini


SATU imej radar menunjukkan gambar seperti muka hantu pada kawasan kawah di glasier Eyjafjallajokull yang mengeluarkan abu semalam.

Debu kawah gunung berapi yang dikeluarkan di bawah glasier Eyjafjallajokull telah menyelubungi kawasan luar bandar Iceland sekali gus menyebabkan hampir kebanyakan penerbangan di Eropah ditangguhkan sehingga hari ini. Baca lagi di kosmo.


Debu yang berwarna kemerahan masih menyelubungi ruang udara.


Debu gunung berapi di atas manakala ais glasier berada di bawah.




Kelmarin, seketul ais sebesar sebuah rumah runtuh dari kawah di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland.

Menurut seorang pegawai di Jabatan Perlindungan Sivil, Rognvaldur Olafsson, banjir dijangka berlaku ekoran kecairan ais.

Ruang udara Britain, Ireland, Perancis. Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium ditutup ekoran debu yang dikeluarkan oleh kawah gunung berapi itu.

Langit di Lapangan Terbang Heathrow dan beberapa kawasan di Britain turut menjadi jingga ekoran debu tersebut.

Bila lihat gambar2 bencana alam sebegini mengingatkan acik akan kiamat yg hampir tiba. Tanda2 kiamat dah banyak. Adakah bekalan kita telah mencukupi untuk kita ke sana?

Dan diriwayatkan dari Salamah bin Nufail As-Sukuni , Ia berkata : Kami sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu beliau menyebutkan suatu hadis yang antara lain isinya :
"Ertinya : Sebelum terjadinya hari Kiamat akan terdapat kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi"

Ibnu Hajar berkata, "Telah banyak terjadi gempa bumi di negara-negara bagian utara, timur dan barat, tetapi yang dimaksud oleh hadits ini ialah gempa bumi secara merata dan terus menerus" [Fathul Bari 13 : 87].

Sabtu, 17 April 2010

Rehatkan Minda..

Hari minggu ni perlukan masa rehat yg cukup sebelum memulakan kerja yg baru... beban kerja yg banyak kadangkala membuatkan minda kita terbeban dan mula terasa 'stress'. Apa kata kita layan gambar2 di bawah ni sebagai santai minda....


Cuti...Berehat2lah di tepian pantai, jemur panas ala-ala omputih.


musim panas, minum air banyak2...tapi jangan buang air merata-rata tau.


Ha..ni pun boleh hilangkan stress...bersukan dgn kawan2.


Tak cukup tinggi nak lepasi tembok...minta tolong kawan la.


Sukan mcm ni perlukan skill yg tinggi dan kalau badan dah mengembang, jgn cuba nak buat aksi ni. Takut papan anjal patah!


Aduh dah senak ni...nak masuk bilik kecik pun kena beratur...bayar pula tu!

Sumber diperoleh sini

Jumaat, 16 April 2010

PERBUALAN ANTARA RASULULLAH S.A.W DENGAN IBLIS

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Bertanya Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"

Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."

"Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"

Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku."

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"

Iblis menjawab, "Lima belas."

1. Engkau sendiri hai Muhammad.

2. Imam dan pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang merendah diri.

4. Pedagang yang jujur dan amanah.

5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk.

6. Orang Mukmin yang memberi nasihat.

7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang.

8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat.

9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram.

10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci.

11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma.

12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya.

13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang.

14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya.

15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang- orang lain semuanya tidur.

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku?"

Jawab iblis, "Sepuluh golongan :-

1. Hakim yang tidak adil.

2. Orang kaya yang sombong.

3. Pedagang yang khianat.

4. Orang pemabuk/peminum arak.

5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan.

6. Pemilik harta riba'.

7. Pemakan harta anak yatim.

8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat.

9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.

10. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah.

Khamis, 15 April 2010

Bolehkah berusaha tanpa doa?

Hati cikgu N amat geram kerana anak2 muridnya akan berdiri membacakan doa setiap kali bila dia masuk ke kelas. "Ketua kelas 4 Zuhal sengaja melambat2kan bacaan doa bagi melengah2kan masa belajar mereka, "getus hati cikgu N. Cikgu N tak akan menadahkan tangannya utk berdoa walaupun mengaku beragama Islam.

Selesai saja bacaan doa, cikgu N terus bertanyakan ketua kelas. " kenapa kamu baca doa setiap kali saya masuk?"
Jawab ketua kelas, " kami inginkan keberkatan Allah dan moga Allah permudahkan kami utk belajar."
"Kalau doa saja tanpa usaha tak akan berjaya," getus cikgu N.
"Kalau usaha saja tanpa doa, tak akan dapat keberkatan ilmu, " balas ketua kelas.
"Kalau tanpa usaha kita sendiri, kamu tak kan kemana," balas cikgu N dengan nada yg geram.
"Tapi cikgu, kalau mengharapkan usaha saja tanpa doa, sia-sia saja usaha tu. Allah tak memberkati," tingkah ketua kelas pula.
" Ah...sudahlah. Buka buku kamu. Cikgu nak lihat kerja rumah yg telah cikgu beri," kata cikgu N dgn nada marah.

Cerita di atas bukanlah rekaan semata-mata. Malah itulah yg terjadi di salah sebuah sekolah di negeri antah berantah... Pegangan guru tersebut berlainan drp yg lain kerana meletakkan usaha manusia semata-mata tanpa perlu berdoa. Malah dia tidak akan menadahkan tangan ketika doa dibaca. Tidakkah itu menunjukkan perlakuan sombong kepada Allah? Tidak ada sifat 'hamba' malah tawakal kepada Allah pun tidak ada dalam hatinya.

Doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”(Al-Ghafir 60).

Bahawa asal timbulnya doa itu bermula dari Nabi Adam a.s. Mengenai hal ini, telah disebutkan dalam kitab Khozinatul Asrar bahawa Nabi Adam a.s. diciptakan dan ditiupkan roh, kepadanya diajar cara berdoa sebagaimana yg tersebut dlm surah Al-Fatihah yg bermaksud;

" Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, iaitu jalan yang mereka pernah beroleh nikmat dariMu, bukan jalan mereka yang engkau murkai, dan bukan jalan mereka yang sesat".

Kemudian dilanjutkan pula oleh Nabi Adam a.s. dan Isterinya ketika mereka terkena pujuk rayu iblis melanggar larangan Allah sehingga mereka pun berdoa;

"Wahai Tuhan kami, kami telah mengaiaya diri kami sendiri, dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami tergolong dalam golongan yang rugi." Surah al-Araf ayat 22-23.

Sejak itu mula dikenali doa dan digunakan oleh anak cucu Nabi Adam as hingga kepada kita sekarang. Ibadat doa digunakan oleh hampir seluruh umat manusia...waulahualam.



Rabu, 14 April 2010

Petua...

Ada dua petua yang acik ingin kongsi dengan anda semua...

1. Bagi menghilangkan bau cat (jenis minyak).
- Jika kita hendak mengecat rumah kadangkala bau cat amat busuk dan memeningkan kepala. Ada satu petua yg boleh menghilangkan bau busuk cat tersebut. Ambil esen vanilla yg selalu diguna utk buat kek. Campurkan separuh daripada esen vanilla ke dalam tin cat (kalau byk, lebihkan esen vanilla tersebut) dan kacau sebati. Anda akan dapati bau cat tersebut akan hilang dan tidak meninggalkan kesan bau...macam cat nippon odor less gitu! InsyaAllah berkesan sbb acik dah guna banyak kali petua ni..




2. Bagaimana nak hilangkan kesan daki degil pada baju sekolah?


Ini petua daripada kawan acik.. dia kata letakkan sabun buku cap kapak (jenis panjang) tak byk buih. Letak pada kolar baju dan kawasan berdaki. Biar seketika dan kemudian cuci mcm biasa. Hasilnya, insyaAllah kotoran akan tanggal. Kalau tak berjaya juga....beli saja baju sekolah yg baru senang cerita!

Selasa, 13 April 2010

Aku Manusia Biasa...

Aku terpaksa menutup blog ku yg utama kerana ada manusia2 berhati busuk yg amat dengkikan aku dan hubungan baikku dengan kawan2. Aku telah minta maaf dan bos aku kata dia tak simpan dendam....tapi hati manusia Allah saja yg tahu.

Ada kalangan guru yg asyik mencari kesalahan aku dan kawan2ku semua jadi mangsa hinaan dan perli... teruk betul hati manusia bila busuk!

Aku punya pendirian dan sebab tu aku akan terus tegak memperkatakan perkara yg benar dan paling penting aku bukan jenis bodek dan tikam kawan untuk naik.. Biarlah mereka dengan 'keseronokan' mengata dan mencari kesalahan org utk tutup kelemahan mereka sendiri. Aku doakan agar mereka diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan mereka semua.