Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu semasa. Papar semua catatan

Khamis, 15 Julai 2010

Rakyat didahulukan...

" Satu Malaysia : Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"..... memang rakyat didahulukan dlm segala hal termasuklah hal ini....

Kenaikan beberapa harga barangan pengguna diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
ini petikan daripada ucapan Pm..

"Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini...."

SYABAS!!!!!!!!!!!!!!

Rabu, 12 Mei 2010

Perlis, Wilayah Iskandar ke dua??


PUTRAJAYA, 13 Mei — Perlis juga mahu dimajukan seperti Wilayah Iskandar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa Perlis Datuk Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail.

Bercakap kepada Bernama di Birmingham baru-baru ini, Syed Razlan berkata satu kehendak politik yang sama kuat diperlukan bagi memajukan negeri Perlis, sama seperti yang dilakukan terhadap sebahagian wilayah Johor itu.

Syed Razlan ditemui di luar Seminar mengenai “Peluang Perdagangan dan Pelaburan dalam Kejuruteraan Maju dan Industri Sains Hayat di Malaysia”, yang diadakan di pinggir bandar London itu.

Walaupun keluasannya satu pertiga dari Wilayah Iskandar, katanya Perlis juga harus mendapat layanan seperti wilayah ekonomi itu kerana ia mempunyai semua kemudahan yang setanding.

Malah, Perlis juga berjiran dengan sebuah negara yang sedang berkembang pesat iaitu Thailand, seperti juga Johor dengan Singapura.

Katanya, Perlis lebih mudah dihubungkan ke negara jiran itu melalui jalan darat, malah boleh melepasi ke negara-negara Indochina yang lain yang bersempadan dengan Thailand, melalui laluan yang sama.

Perlis dihubungkan dengan laluan keretapi ke Singapura di selatan dan ke Bangkok, Thailand di sebelah utara.

Lebuhraya Utara-Selatan juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Padang Besar, Perlis di sempadan Thailand..baca lagi di sini.

Kalau Perlis dibangunkan seperti di Wilayah Iskandar, mungkin wajah Perlis akan berubah. Pembangunan akan jadi makin pesat dan memerlukan kawasan yg luas utk dibangunkan. Tanah sawah akan mengecil dan mungkin terpaksa dikorbankan utk beri laluan kpd pembangunan.


Gambaran Wilayah Iskandar di Johor


Cantikkan kawasan berhampiran Ocean Glow ni.. (sumber gambar2 di atas, drp pakcik google). Adakah akan wujud pembangunan seperti wilayah Iskandar di Perlis?

Perlis perlukan hubungan baik dengan Thailand kerana jalan darat, jalan air dan udara adalah bersambungan dengan Thailand. Tapi kalau kejadian bas pelancong Malaysia dihalang drp memasuki Thailand baru2 ni, sikit sebanyak boleh mencalar industri perlancongan negara. Para pengusaha van dari Thailand bertindak menyekat kira-kira 30 bas dari Malaysia memasuki negara itu sebagai bantahan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara ini terhadap mereka.

Mereka mendirikan khemah di atas jalan raya dan meletakkan puluhan van di sepanjang laluan masuk bagi menghalang bas yang membawa penumpang Malaysia memasuki Thailand...... sekatan berkenaan bukan dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand tetapi pengusaha van dan agensi pelancongannya...baca di sini.

Jumaat, 23 April 2010

Shisha, kegilaan remaja masa kini.

Kelmarin pelajar2 acik menceritakan perihal seorang kawan mereka yg mempunyai masalah disiplin kepada acik. Agak terkejut bila diberitakan yg kawan mereka (perempuan) menghisap shisha... apa kebendanya shisha tu? Ni la kali pertama acik dengar perkataan tu tapi bila pelajar tersebut terangkan yg shisha adalah sejenis alat menghisap asap berperisa buah-buahan, acik pun teringat akan rokok arab.



Inilah rupanya shisha tersebut.

Shisha atau dikenali dengan nama hookah menjadi antara pilihan masyarakat urban untuk melepaskan tekanan dan bersantai. Shisha yang kian menjadi kegilaan golongan muda merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa yang telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Baca lagi di sini


FAWAZ menghabiskan antara RM150 hingga RM200 setiap bulan semata-mata untuk menghisap shisha."

Shisha mudah didapati di Perlis? Terkejut juga dengan kenyataan ini malah kedai2 makan biasa yg menyediakan hookah ini utk penggunanya. Bayangkan pelajar acik tersebut baru berusia 15 tahun dah pandai menghisap benda2 sebegini malah perempuan pula tu.. Kenapa tak ada larangan had umur terhadap penggunanya?

Laporan daripada Agensi Anti tembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan Makmal d'Essais Kebangsaan (LNE) sebelum ini juga menyebut shisha membebaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok sehari.

Menghisap shisha juga dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok sementara asap yang dihasilkan menjadi antara sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.

Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti MBMB, Mohd. Derus Tompang berkata, pengharaman penggunaan shisha telah diputuskan kerajaan negeri Melaka dalam mesyuarat Exco pada Julai tahun lalu.

"Ini kerana shisha boleh disalahgunakan dengan meletakkan campuran dadah atau bahan lain yang boleh memabukkan. (laporan penuh baca di sini )

Alahai...kenapalah remaja kita mudah meniru budaya yg boleh merosakkan minda dan diri sendiri? Aduhhh... berat betul beban tugas guru kan? Lebih malang, ibubapa lepas tangan saja dalam soal sosial remaja...

Khamis, 22 April 2010

Rogol rakan sekelas..manusia @ binatang?

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah. Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.

“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya. Baca lagi di sini

Salah siapa perkara ni boleh berlaku? Masalah ni cuma akan selesai jika semua kembali kepada Allah dan mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Bermula drp pemerintah sehinggalah diri pelajar tersebut. Kenapa pemerintah? Sbb mereka yg buat dasar dan punya kuasa utk laksanakan. Kita ambil contoh di zaman khalifah Umar bin Abd Aziz, semua hidup dlm rukun mengikut lunas2 Islam sehinggakan kambing pun boleh lepas bebas tanpa perlu takut pd serigala...baca sini

Dorongan ingin hidup berpasangan sememangnya naluri semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada seluruh manusia. Namun, cara dan tindak tanduk yang tidak diiringi dengan akal dan iman boleh melunturkan pegangan apabila berdepan dengan ujian terbabit.

Individu lain pula tidak boleh mendabik dada jika mereka tidak pernah diuji sedemikian rupa. Jadi berhati-hatilah dengan percakapan serta tindak tanduk kita kerana tidak mustahil Allah akan memberikan pula dugaan itu kepada kita pada bila-bila masa. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun ayat 5 hingga 7).

Ada sesetengah mereka menerima hubungan seksual sebelum kahwin itu sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan. Maka amat beruntung dan bertuah sekali buat remaja yang tidak pernah terjebak atau jauh sekali mendekati zina. Semua tahu berzina adalah satu dosa besar yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan kelak. Mereka yang kini menjadi tunangan orang sekalipun bukan tiket bagi memadu kasih kerana syaitan sentiasa akan 'menyerang' mereka sehingga tertewas.

Kejahatan yang pernah dilakukan walaupun dengan 'ringan-ringan' ketika bercinta akan memberi kesan buruk selepas mereka mendirikan rumah tangga serta kepada zuriat yang bakal mereka lahirkan...fikir2kan lah.

Kenapa ada gambar beruk ni? Apabila nafsu haiwan diambil pakai oleh manusia, apa beza manusia dengan haiwan?