Selesai saja bacaan doa, cikgu N terus bertanyakan ketua kelas. " kenapa kamu baca doa setiap kali saya masuk?"
Jawab ketua kelas, " kami inginkan keberkatan Allah dan moga Allah permudahkan kami utk belajar."
"Kalau doa saja tanpa usaha tak akan berjaya," getus cikgu N.
"Kalau usaha saja tanpa doa, tak akan dapat keberkatan ilmu, " balas ketua kelas.
"Kalau tanpa usaha kita sendiri, kamu tak kan kemana," balas cikgu N dengan nada yg geram.
"Tapi cikgu, kalau mengharapkan usaha saja tanpa doa, sia-sia saja usaha tu. Allah tak memberkati," tingkah ketua kelas pula.
" Ah...sudahlah. Buka buku kamu. Cikgu nak lihat kerja rumah yg telah cikgu beri," kata cikgu N dgn nada marah.
Cerita di atas bukanlah rekaan semata-mata. Malah itulah yg terjadi di salah sebuah sekolah di negeri antah berantah... Pegangan guru tersebut berlainan drp yg lain kerana meletakkan usaha manusia semata-mata tanpa perlu berdoa. Malah dia tidak akan menadahkan tangan ketika doa dibaca. Tidakkah itu menunjukkan perlakuan sombong kepada Allah? Tidak ada sifat 'hamba' malah tawakal kepada Allah pun tidak ada dalam hatinya.
Doa merupakan satu ibadat yang amat dianjurkan dalam Islam. Allah berfirman yang bermaksud:
“Telah berkata Tuhan kamu agar kamu berdoa kepadaKu, nescaya Aku mengkabulkan doa kamu!”(Al-Ghafir 60).
Bahawa asal timbulnya doa itu bermula dari Nabi Adam a.s. Mengenai hal ini, telah disebutkan dalam kitab Khozinatul Asrar bahawa Nabi Adam a.s. diciptakan dan ditiupkan roh, kepadanya diajar cara berdoa sebagaimana yg tersebut dlm surah Al-Fatihah yg bermaksud;
" Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan yang lurus, iaitu jalan yang mereka pernah beroleh nikmat dariMu, bukan jalan mereka yang engkau murkai, dan bukan jalan mereka yang sesat".
Kemudian dilanjutkan pula oleh Nabi Adam a.s. dan Isterinya ketika mereka terkena pujuk rayu iblis melanggar larangan Allah sehingga mereka pun berdoa;
"Wahai Tuhan kami, kami telah mengaiaya diri kami sendiri, dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami tergolong dalam golongan yang rugi." Surah al-Araf ayat 22-23.
Sejak itu mula dikenali doa dan digunakan oleh anak cucu Nabi Adam as hingga kepada kita sekarang. Ibadat doa digunakan oleh hampir seluruh umat manusia...waulahualam.
4 ulasan:
Orang yang enggan berdoa (memohon) dari Allah, adalah orang yang sombong dengan Pencipta..
Salam..
Usaha dan ikhtiar menjadi syarat zahir yang membuktikan bahawa sesuatu doa yang di ucapkan itu benar2 di pohonkan kerana sungguh2 bukan sekadar pengucapan di bibir dan pertuturan lidah semata2.
Salam akak,
Sesungguhnya kita jangan terlalu takbur dan bongkak diri... Tetapi itulah yang terkadi pada manusia hari ini, bermegah dengan diri sendiri... semoga kita semua dijauhi daripada sifat2 tersebut..
To kakcikseroja..
Betul...kita hidup pun dgn izin Allah. Jadi tak patut ada sifat sombong.
To Abd Razak..
waalaikumusalam.
Doa, usaha dan tawakal..
To anismi..
Ya..semoga kita tidak tergolong dlm golongan org2 yg tidak bersyukur dan memohon pertolongan Allah.
Catat Ulasan