Jumaat, 11 Jun 2010

Buat Suamiku

Aku hanya seorang isteri
yang menerima setulus hati
seorang suami.

Janji yang termeterai
di akad nikah kita lapan belas tahun yang lalu.
Salam kauhulur
buat menyapa hatiku dengan luhur.

Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu

sangat tinggi maharnya.

Suami…
tidak kutagih setia, sesetia Adam.
Atau kerinduan menggila Qais
yang sangat dalam.

Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.

Wahai Allah,
Engkau-lah saksi ikatan hati ini...

Aku telah jatuh cinta kepada lelaki
pasangan hidup ku,
jadikanlah cinta ku pada suamiku ini
sebagai penambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu. Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu, hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang semu,
jagalah hatiku padanya agar tidak

berpaling pada hati-Mu. Jika ia rindu,
jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu
lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku,
jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap surga-Mu. Bila cintaku padanya telah mengalahkan
cintaku kepada-Mu, ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku
tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.



Amin ya rabbal alamin.

8 ulasan:

Guru berkata...

selamat menyambut ulang tahun perkahwinan
moga sentiasa dalam rahmat Allah sekeluarga

Acik Erna berkata...

Selamat ulang tahun perkahwinan..semoga diberkati dan dalam perlindongan allah sentiasa..

Abd Razak berkata...

Salam..

Selamat hari ulang tahun perkahwinan, semoga dilimpahkan kebahagiaan buat kamu berdua hingga ke akhir hayat

terokai seni berkata...

ups, baru sebahagian dilalui berbanding asam garam yang akak tempuhi, hepi wedding anv. moga kita semua dirahmati Allah dan dianugerahi kebahagiaan sejati dunia dan akhirat

nz berkata...

jeles la..

x sabar nak kawin gak.

huahuhahahauhua~

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah jika perkahwinan seseorang itu asasnya dari ikatan Islam, ikatan itu sangat teguh dan tidak akan putus2! Surah AlBaqarah:256 فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ
Mudah2an sampai ke akhir hayat, InsyaAllah

Idalara berkata...

Assalamualikum wbt
akak doakan mudah2an ikatan suci ini tetap teguh hinggah akhir hayat..bertemu di dunia dn akhirat jua..insyaallah..

Acik berkata...

Terima kasih utk semua yg mendoakan acik...
Untuk Inas, jgn cemburu2 ada pemuda yg sedang mencari2 pasangan hidup (entry baru)