Selasa, 13 Julai 2010

Betul ke Bahasa menunjukkan bangsa?

Di tempat kerja acik, ada seorang kawan berbangsa cina yg ada ijazah dlm bidang linguistik Bahasa Melayu dan mengajar 100 % pelajar Melayu tentang Bahasa Melayu ( ting. enam). Bila nak cakap dgn dia, terpaksa berhati2 takut salah ayat. Dia selalu kata Bahasa Melayu ni ada sistemnya dari segi sintaksis, morforlogi, simantik dan segala mcm yg acik sendiri pun tak tahu..

Bayangkan, kita orang Melayu sendiri kurang arif tentang bahasa sendiri...


Gamaknya orang di syarikat ni perlu pergi kursus bahasa tak? " Tidak hidup dan tidak kuat isap" ????


Papan tanda ni nk suruh dengar pada mee megi ke?

10 ulasan:

Werdah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Werdah berkata...

Salam Acik

Kalau diperhatikan memang banyak papan tanda yang salah.. siapa yang harus dipersalahkan.

Di tempat kak mengajar dulupun ada seorang guru India mengajar Bahasa Melayu, menjadi penulis ucapan bagi orang-orang atasan.

Mungkin ada persamaan dengan cikgu di tempat Acik ni..

Acik, nak tanya boleh.. ada tak perumpamaan saudara anjing .. kawan tanya tapi kak belum dapat tahu sama ada ada ke tak dan kkalau ada apakah maknanya.. (lari sikit dp tajuk)

Satu lagi kalau adik beradaik seibu lain bapa apakah nak digelar kpd mereka ya. maaflah bertanya luar tajuk.. tp mmg kak nak tau ..

aidah berkata...

Salam Acik,

memang betul, zaman sekarang ni Bahasa Melayu amat kurang diberi perhatian. Bercakap tentang guru bahasa ni teringat masa sy di sekolah rendah, guru berbangsa cina mengajar Jawi. Tulisan Jawi dia cantik betul. Kita org Islam pun ada yg tak pandai tulis Jawi.

Acik berkata...

To kak werdah.
Waalaikumusalam..
Acik tak brapa arif bab bahasa tp istilah saudara anjing tu sebenarnya simpulan bahasa yg bermaksud adik-beradik seibu tetapi berlainan bapa. Link simpulan bahasa http://seribahasa.blogspot.com/2009/12/simpulan-bahasa-s.html.
Harap dpt membantu..
Tp simpulan bahasa ni nampak buruk ye..dah satu mak, kira saudara sedarah daging juga la kan. Haram nikah...wallahualam..

To aidah..
waalaikumusalam..
Betul la. Pemimpin sendiri pun tak pentingkan bahasa dan ada juga beranggapan bahasa Melayu ni bahasa kelas kedua..lebih utama BI terutama sektor pekerjaan.

Guru berkata...

di sekolah saya juga sama, seorang guru Cina boleh mengajar sastera melayu dengan baik...

terbaru dari saya : makan pil

terokai seni berkata...

huuu resit tu mau senget kalu dapat kat orang yang kreatif... gambo kedua tu gelak sakan, best juga bahasa inggeris dia

Acik Erna berkata...

salam acik..akak baru je beli buku "mari berbahasa"..untuk anak yang sekolah lagi..terpikat pulak dengan cara penulis Lim tu bagi penerangan masa pameran buku tu..terus akak beli..akak juga nak baca sama..

Abd Razak berkata...

Salam...

Alahai...patutlah kita tak suka makan mee rupanya dia benci kita

hehehe...

Kakcik Seroja berkata...

Bahasa tidak lagi menunjukkan bangsa penuturnya...

Werdah berkata...

Salam Acik

terima kasih.. bolehlah bagi tahu kawan ni.. tinggal lagi nak isi borang macam tak kena pula nak isi saudara anjing.