Khamis, 15 Julai 2010

Rakyat didahulukan...

" Satu Malaysia : Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"..... memang rakyat didahulukan dlm segala hal termasuklah hal ini....

Kenaikan beberapa harga barangan pengguna diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Berikut adalah harga baru:

  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
ini petikan daripada ucapan Pm..

"Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. [tm1] Penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini...."

SYABAS!!!!!!!!!!!!!!

6 ulasan:

Acik Erna berkata...

Acik sha..
nak komen ape ye..tak terkata..bayangkan..bulan puasa nanti..bayangkan..

Kakcik Seroja berkata...

Aduhai.... :(

Abd Razak berkata...

Salam...

Semua kita kena rasakan dahulu kan!

terokai seni berkata...

memang rakyta didahulukan 'merasa azab sengsaranya'

pencapaian diutamakan 'dah tercapai hasrat penuhkan kantung mereka'

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Sebagai pemerintah (ra`ie) mesti memikirkan cara supaya membela nasib rakyat dgn mengadakan keperluan2 asas yg menjadi hakmilik mrk selain mentadbir dgn amanah. Yalah, apa nak diceritakan dlm senario hidup masakini, setiap musibah dan penderitaan, rakyat marhaen yg didahulukan menanggung kesannya. Wallahualam

Thumbelina berkata...

setuju dgn Tajnur..ho3..
next pilihanraya,choose la dgn baik siapa yg terbaik utk menjadi pemimpin

Fasobrun jamil semoga setiap perbuatan dibalas Allah dgn adanya =)