Khamis, 22 April 2010

Rogol rakan sekelas..manusia @ binatang?

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah. Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas. Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.

“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya. Baca lagi di sini

Salah siapa perkara ni boleh berlaku? Masalah ni cuma akan selesai jika semua kembali kepada Allah dan mengikut suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Bermula drp pemerintah sehinggalah diri pelajar tersebut. Kenapa pemerintah? Sbb mereka yg buat dasar dan punya kuasa utk laksanakan. Kita ambil contoh di zaman khalifah Umar bin Abd Aziz, semua hidup dlm rukun mengikut lunas2 Islam sehinggakan kambing pun boleh lepas bebas tanpa perlu takut pd serigala...baca sini

Dorongan ingin hidup berpasangan sememangnya naluri semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada seluruh manusia. Namun, cara dan tindak tanduk yang tidak diiringi dengan akal dan iman boleh melunturkan pegangan apabila berdepan dengan ujian terbabit.

Individu lain pula tidak boleh mendabik dada jika mereka tidak pernah diuji sedemikian rupa. Jadi berhati-hatilah dengan percakapan serta tindak tanduk kita kerana tidak mustahil Allah akan memberikan pula dugaan itu kepada kita pada bila-bila masa. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang yang melampaui batas. (Surah al-Mukminun ayat 5 hingga 7).

Ada sesetengah mereka menerima hubungan seksual sebelum kahwin itu sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan. Maka amat beruntung dan bertuah sekali buat remaja yang tidak pernah terjebak atau jauh sekali mendekati zina. Semua tahu berzina adalah satu dosa besar yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan kelak. Mereka yang kini menjadi tunangan orang sekalipun bukan tiket bagi memadu kasih kerana syaitan sentiasa akan 'menyerang' mereka sehingga tertewas.

Kejahatan yang pernah dilakukan walaupun dengan 'ringan-ringan' ketika bercinta akan memberi kesan buruk selepas mereka mendirikan rumah tangga serta kepada zuriat yang bakal mereka lahirkan...fikir2kan lah.

Kenapa ada gambar beruk ni? Apabila nafsu haiwan diambil pakai oleh manusia, apa beza manusia dengan haiwan?

9 ulasan:

cemomoi berkata...

apa nak jadik dengan bebudak sekarang.. ada satu kes.. budak sekolah rendah ditangkap cekgu kerana juala gambar lucah yang diphotostat rm2 sekeping.. haru betui

a kl citizen berkata...

masalh yang tak nampak hujungnya kan.

aidah berkata...

Salam Acik,

Hmmmm tak tahu apa nak komen. Info yg patut diambik iktibar oleh semua

Abd Razak berkata...

Salam...

Bila manusia sudah tidak boleh mengawal nafsunya maka tindakannya seperti haiwan malah lebih rendah daripada itu...

Werdah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Werdah berkata...

Salam Achik.

Risau sungguh dengan hal-hal yang semakin menjadi-jadi ni, pelbagai peristiwa yang menjengkilkan berlaku sana sini.

Mohon agar kita dan keturunan kita diberi perlindungan oleh Allah SWT daripada berperangai sedemikian.

anismi berkata...

Salam akak,

Budak sekarang memang teruk akhlaknya... ini semua hanya dapat dibendung dengan pegangan agama yang kuat... ..

Arianni berkata...

Salam,

Bila undang2 ciptaan manusia sudah tidak digeruni inilah akibatnya..

Acik berkata...

To cemomoi..
Gamaknya berjayalah dasar kerajaan melahirkan usahawan kecil..program usahawan muda di sek..haru biru!

To a kl citizen..
hujung yg gelap gulita..kecuali kembali kepada jalan Allah.

To aidah..
salam..
terkedu dan rasa lelah dgn masalah begini..

To Abd Razak..
Salam..
Nafsu buas tak kan dpt ditundukkan kecuali kembali mentaati Allah dan rasul-Nya.

To werdah..
salam..
Semoga Allah memberi perlindungan kpd semua drp keburukan hawa nafsu. semoga kita menjadi umat yg patuh kpd suruhan dan menjauhkan larangan-Nya.

To anismi..
salam..
Budak ibarat kain putih.. tp jd kotor sbb kecuaian ibubapa dan dasar yg tak memihak kpd Islam.

To Arianni..
Salam..
Undang2 Allah pun manusia tak patuh inikan pula undang2 manusia..