16 Mei setiap tahun akan disambut perayaan Hari Guru di Malaysia. Berbagai program dirancang bagi memeriahkannya oleh GURU. Mesyuarat khas biasa dibuat memanggil GURU-GURU membincangkannya. Tahun ni mungkin hebat lagilah sebab telah keluar arahan 15 Mei hari Sabtu semua GURU kena datang sekolah bagi menjalankan Gotong Royong Perdana sempena hari GURU. Oleh kerana 16 Mei jatuh hari ahad maka semua sekolah kena sambut perayaan Hari GURU pada hari Isnin 17 Mei. (kecuali Perlis sebab cuti sempena Hari keputeraan Raja ) Semuanya GURU jugak kena jalankan. GURU-GURU takde rehatkah? hingga sambutan hari GURUpun GURU juga kena jalankan? baca lagi..
KUALA LUMPUR: Jilat dan lekat. Itulah permainan yang disediakan penganjur untuk pengkid dan lesbian yang menghadiri satu pesta khusus untuk golongan itu di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.
Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya turut dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial facebook di Internet.
Pesta terbabit bermula kira-kira jam 11 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah permainan jilat dan lekat yang bermula kira-kira jam 1 pagi... baca lagi di sini
Berita 2. KUALA LUMPUR: Seorang lagi lelaki yang menukar jantina sama dengan Lisa Aziz menyifatkan dirinya bertuah kerana dilahirkan tanpa ‘asam boi’.
Apabila ditanya apa dimaksudkan ‘asam boi’, sambil ketawa kecil dia yang mahu dikenali sebagai Juliana berkata, istilah itu merujuk kepada halkum.
Menurutnya, bagi golongan mak nyah, ketiadaan halkum adalah sesuatu yang istimewa kerana membuatkan mereka lebih sempurna dan proses mengubah suai identiti daripada lelaki ke wanita menjadi lebih mudah dan murah.
“Kalau ada asam boi, nak buang secara kikis perlukan belanja besar. Ramai juga rakan segolongan saya buang asam boi di Bangkok, tetapi saya dikira beruntung kerana sejak kecil tidak nampak asam boi.
“Lalu tidak hairan jika kali pertama bertemu lelaki, mereka sangka saya wanita asli. Tanpa asam boi, rakan segolongan meletak saya pada prestij tersendiri. Mereka menggelarkan saya NB, singkatan kepada natural beauty,” kata Juliana yang mendakwa sudah berkahwin... baca lagi di sini
Entry acik sebelum ni cerita pasal nenek omputih tak bermoral, berhubungan sumbang... Kita tak hairan sangat sbb bukan seagama kita. Tapi dua paparan berita yg tersiar ni benar2 berlaku di Malaysia dan perlaku2nya sudah tentu melibatkan bangsa kita malah mungkin seagama.
Hal berkaitan pengkid dan mak nyah/pondan merupakan isu lama yg tak selesai malah makin berkembang biak sehinggakan aktif di dalam sekolah. Mungkin golongan pengkid di sekolah tak nampak ketara dan sukar dikesan kerana kesemua mereka bertudung. Tetapi pengaruh mereka amat besar dan kadangkala melibatkan kejadian buli sesama jenis. Memburukkan keadaan, terdpt juga pengkid dewasa dikalangan pekerja di sekolah antah berantah...
Kegiatan pondan lebih mudah dikesan kerana sikap 'lembut' dan tingkah laku yg over drp perempuan. Di sekolah antah berantah pun, fenomena ni berlaku. Hampir setiap tahun ada yg jadi "auw" dan salah seorang staff pun berkeadaan begitu... Mungkin org bertanya, "tak ditegurkah dia?". Memang ada yg menegur tetapi masih kekal begitu...Moga Allah memberi hidayah pdnya agar terbuka hatinya utk berubah seratus peratus kpd lelaki.
Haramnya homoseksual dan lesbian ini, sudah menjadi Ijma’ (ketetapan ) ulama Islam. Artinya, tak ada diantara mereka yang berselisih.
Homoseks dan lesbian ini ia bertentangan dengan fitrah manusia dan merosakkan kemaslahan manusia sedunia. Al-Quran menggambarkan perbuatan kaum Nabi Lut itu sebagai fasiq, jahat dan melampaui batas. Sehingga bumi diterbalikkan oleh kemurkaan Allah.
Adakah negara kita akan ditimpa musibah akibat drp kerja2 maksiat yg semakin menjadi2? Menakutkan...
Allah berfirman: “Dan Luth ketika berkata kepada kaumnya: mengapa kalian mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) yang belum pernah dilakukan oleh seorangpun sebelum kalian. Sesungguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kalian ini kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: “Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu.” [QS Al-A’raf:80-84].
Allah menggambarkan Azab yang menimpa kaum nabi Luth : “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim” [Hud : 82-83]
p/s Semoga kita semua dilindungi drp kemurkaan Allah dan menjadi umat yg berpesan2 dgn kebaikan dan melarang kemungkaran..
Seorang nenek berusia 72 tahun benar2 mengejutkan teman2 dan ahli keluarganya bila melakukan hubungan sumbang dan tidak bermoral.
Pearl Carter, 72, says she has never been happier after beginning an incestuous relationship with her 26-year-old grandchild Phil Bailey.
The pensioner, from Indiana, US, is using her pension to pay a surrogate mother so they can have a child
She said: "I'm not interested in anyone else's opinion. I am in love with Phil and he's in love with me.
"Soon I'll be holding my son or daughter in my arms and Phil will be the proud dad."
Her lover is the son of Pearl's daughter Lynette Bailey - who she put up for adoption when she was 18-years-old.
When his mother passed away, Phil tracked down his long lost grandmother and they quickly fell in love...baca di sini atau di sini.
Mungkin kita akan katakan, " org kafir, dah tak ada pegangan agama jadi begitulah." Hidup mcm haiwan dalam kandang...
Tapi jika yg lakukan hal sebegini merupakan org kita atau org yg mengaku Islam, macam mana?
Secara umum, gejala sumbang mahram adalah suatu penyakit yang amat buruk malah lebih buruk drp gejala zina biasa. Hukumannya adalah sama seperti peruntukan hukuman zina, malah boleh ke atas pemerintahan Islam untuk menjatuhkan tambahan hukuman takzir ke atas si pelaku demi maslahat ‘ammah dan maksud menghalang gejala ini dari terus menular tanpa kawalan.
Menurut kitab Al-Fiqh Ala mazahib al-Arba'ah, telah Ijma' para ulama' bahawa sesiapa yang berzina dengan mana-mana mahramnya yang diharamkan Allah secara ‘muabbad' (kekal selama-lamanya). Mereka dibunuh kerana telah melakukan perkara yang bersalahan dengan fitrah manusia dan menjatuhkannya ke martabat binatang, maka bunuh satu-satunya jalan menghentikannya...lihat sini Apa pendapat anda?
Hari pekerja adalah hari cuti utk sesetengah org. Tapi, pada acik, hari pekerja adalah hari utk kita buat kerja sendiri atau laksanakan hobi yg sering tertangguh. Sudah hampir dua minggu tanah top soil dihantar oleh kawan hubby acik. Dah hampir separuh tanah tersebut diangkut.. ada separuh lagi..aduhhh..penat!
Tanah peroi atau top soil yg masih berbaki di hadapan rumah.
Sebenarnya acik bercadang nak bina lanskap sendiri dengan mengabungkan landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut terdiri drp penggunaan elemen semulajadi spt tumbuhan dan air manakala landskap kejur menggunakan elemen buatan dan keras seperti batu, kayu, besi dan lain2.
Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada. Kawasan tepi rumah acik sederhana besar dan memanjang dari hadapan ke belakang.
Gambar ni acik ambil drp foto pakcik google..
Hubby acik bercadang nak bina sendiri taman di rumah. Sekarang acik menyemai beberapa jenis pokok dan bila kawasan taman tersebut dah siap dibina, barulah acik pindahkan pokok2 tu. Stepping stone yg disusun berselang seli dengan rumput turf adalah pilihan hubby acik mcm gambar di atas.
Pergola adalah pilihan acik dan gambarannya lebih kurang beginilah.. jika menjadi (hubby acik nk bina sendiri).
Pelan binaan pergola drp pakcik google... susah juga nak bina.
Kerja membina taman ni sering tertangguh kerana kesibukan kerja dan kadangkala faktor cuaca spt hujan atau panas terik. Kerja2 ni perlu dilakukan sedikit2 tapi berterusan... biar hasilnya tak seindah mana tapi akan puas hati sbb ianya hasil usaha sendiri.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu jika anda nak bina landskap di rumah.
Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya.
Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.
Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.
Aku tidak tahu mengapa tetapi suasana sepi itu mengundang rasa sedih di dalam hatiku. Kulihat anak perempuanku menangis teresak-esak. Suami dan ibuku duduk menunduk wajah yang sugul. Di sekeliling mereka bertiga, rakan-rakanku dan jiran turut hadir. Semuanya mempunyai gaya masing-masing. Namun gaya mereka semua bersatu atas satu perkataan. Sedih.
Tiba-tiba aku rasa takut.
Seakan-akan suasana itu meragut jiwaku.
“Semoga ALLAH rahmati arwah” Kak Siah berkata dalam keadaan matanya yang kemerahan.
Arwah?
Ada orang meninggal kah?
Tiba-tiba aku nampak wajah Ayu, sahabat karibku. Wajahnya pucat lesu. Kenapa? Dia kaku sahaja tanpa suara. Matanya terpejam.
Adakah….
****
Aku memandang wajah Ayu. Wajah itu tidak sama seperti wajah yang kelihatan dalam mimpiku. Wajahnya kini hidup, ceria, penuh cahaya. Wajah yang aku tidak pernah rasa sugul bila memandangnya. Namun hari ini, keresahan aku tidak hilang dengan memandang wajah bersih itu. Malah, semakin bertambah gelisah.
“Ni kenapa gaya nak makan orang? Angin Timur Barat?” Ayu tersenyum-senyum.
“Jalan pandang depan la” Aku memuncungkan bibir ke hadapan, ke arah jalan raya. Kami kini sedang berada di hadapan sebuah pasaraya yang menjadi tumpuan ramai. Ada jalan raya yang besar untuk kami lintasi.
Suamiku sentiasa berpesan agar berhati-hati kerana orang biasanya memandu dengan laju bila lampu isyarat bertukar kuning. Kadangkala, kita tidak dapat menjangka sikap tidak sabar pemandu bila berada di jalanraya. Menggerunkan.
“Uih, garangnya. Mood awak tak baik?” Ayu terus melangkah.
Tiba-tiba mataku terpandang sebuah kereta yang bergerak dalam keadaan laju mengejar lampu isyarat.
“Ayu!” Aku terus mencapai lengannya, menarik Ayu ke belakang semula. Kereta tadi terus bergerak membelah jalan raya.
“Kau nak mati ke? Jalan tak pandang kiri kanan?” Aku meninggi suara. Dapat kurasa wajahku tegang. Dada berdegup kencang. Bukan marah, tapi…
Ayu angkat kening. “Kau ni kenapa? Siapa tak nampak kereta tadi? Aku bukan nak melintas jalan raya. Aku baru je nak melangkah nak berdiri tepi jalan raya. Macam tak biasa pulak.”
Aku diam. Tadi, dia bukan nak melintas ke?
“Kau ni, sayang aku terlebih ni” Ayu ketawa kecil.
Muka aku merah. Aku terasa macam aku ini orang bodoh pula.
“Aku risau” Aku menjawab tanpa memandang wajah Ayu. Jalan raya sedang dipenuhi kenderaan yang lalu lalang. Kami masih belum ada peluang untuk melintas.
“Risau? Terharu sih” Ayu memaut bahuku dengan lengannya. Dia masih ketawa.
Aku diam sahaja. Mana aku tak risau? Aku mimpi kau mati!
Tidak lama kemudian, kami mendapat peluang melintas jalan. Ayu melangkah dahulu. Aku pantas bergerak agar langkah kami seiring. Pantas tangan kananku memegang tangan Ayu, memimpinnya seperti memimpin anak kecil melintas jalan.
Sampai sahaja di pintu masuk pasaraya, aku perasan Ayu memandangku. Tapi aku senyap sahaja. Beberapa orang di tepi jalan tersenyum-senyum memandang kami. Nampak pelik kah perempuan baya aku berpimpin tangan dengan kawan perempuannya?
“Kau tak sihat?” Suara Ayu agak kerisauan dengarnya.
Aku melepaskan tangannya semasa melepasi pintu masuk. Geleng kepala.
Aku perlu bagitahu kah mimpi aku?
“Kalau kau ada masalah, bagitahu aku”
Ayu, memang sahabat yang baik. Sahabat aku yang terbaik. Tapi sekarang, bukan aku yang bermasalah. Masalahnya adalah kau, Ayu. Aku rasa macam kau akan ditarik pergi. Aku tidak mahu kau pergi!
“Tiada apa-apa”
Ayu tersenyum semula. Wajah cerianya kembali bercahaya. “Kau tengah gaduh dengan suami ke?” Tangannya mencuit pinggangku.
“Banyak la kau”
****
Orang kata, kalau ada manusia nak dekat mati, biasanya dia akan ada tanda-tandanya. Tapi, selalunya tanda itu tidak akan kita perasan, melainkan selepas dia mati. Contoh yang biasa didengari adalah seperti ajak makan makanan kegemaran tapi dia makan tak habis. Contoh lain yang biasa aku dengar, arwah akan sering berkata berkenaan mati sebelum kematiannya.
“Agak-agak, umur kita ni berapa panjang lagi?”
Hampir tersembur air yang sedang kuteguk. Terkejut. Aku membesarkan mata, memandang Ayu.
“Mati-mati jangan sebut lah” Aku menegur.
Ayu tersengih. “Kenapa pulak? Mati tu bila-bila. Apa salahnya ingat mati. Mati selalu ingat kita”
Aku menghela nafas. Betul. Malah, mengingati mati adalah antara pencuci kekaratan di dalam hati.
Rasulullah SAW bersabda: “Hati itu akan berkarat seperti karatnya besi” Sahabat-sahabat pun bertanya bagaimana untuk membersihkannya. Rasulullah SAW menjawab: “Membaca Al-Quran dan mengingati mati”
“Tak ada la, hilang keindahan pagi ni” Aku memberikan alasan. Kemudian memandang mentari pagi yang redup di sebalik awan.
“Kalau aku mati, macam mana agaknya kau?” Soalan itu, mengundang pusingan pantas dari kepalaku. Pantas aku mecubit lengannya.
“Aduh, kenapa?” Ayu menggosok-gosok lengannya. Memandang aku dengan kehairanan.
“Degil ya. Kan aku dah cakap jangan rosakkan mood pagi ni” Aku cuba bergaya selamba.
Ayu mencemikkan muka, kemudian terus menyambung minum paginya.
Suasana senyap sebentar. Aku terus menghabiskan air. Cawan kuletakkan. Ayu tekun dengan makanannya. Aku rasa bersalah pula.
“Kalau kau tak ada…” Perlahan-lahan aku bersuara.
Ayu mengangkat kepala. Mata kami bertentang. Suasana senyap kembali. Kemudian Ayu mengangkat kening, isyarat agar aku meneruskan kata-kata.
“Aku akan rasa amat amat amat sedih” Suaraku perlahan.
Perlahan-lahan senyuman Ayu terukir.
“Kenapa? Lawak ke?”
“Terharu lah”
“Banyak la kau punya terharu”
“Aku saje je nak tengok kau sayang aku tak” Ayu angkat kening dua kali. Kemudian dengan selamba meneruskan sarapan.
“Ceh” Buat aku risau aje. Aku memandang langit kembali.
Adakah hidup akan sentiasa cerah seperti keadaan sekarang?
****
Hah!
Aku terbangun lagi. Mimpi itu datang lagi. Wajah teman-teman yang sugul, ada yang menangis, ucapan suamiku dan berakhir dengan wajah Ayu yang terpejam kehilangan seri.
Aku beristighfar berulang kali. MasyaALLAH… Perasaan takut menyerang.
Tubuhku rasa hangat. Kusentuh dahi, terasa basah. Aku berpeluh.
Semakin lama, aku terasa seakan-akan mimpiku akan menjadi kenyataan.
Mimpi yang sama datang dan datang lagi.
Ya ALLAH…
Kulihat jam pada telefon bimbit. 2.45 pagi. Aku terus bangun dan menuju ke tandas. Gosok gigi, dan membasuh muka. Kemudiannya aku mengambil wudhu’. Aku hendak solat tahajjud.
Semalam, Ayu mengadu kepadaku bahawa dia sakit. Dia rasa lemah-lemah badan. Hidung pula sentiasa berdarah.
Aku amat risau. Dia telah berjumpa doktor pada waktu malam, tetapi doktor hanya berkata bahawa itu keadaan biasa apabila perubahan cuaca. Memang biasanya pada musim panas, badan akan terasa lebih lemah dan kadangkala untuk beberapa orang, darah akan keluar dari hidung.
Keterangan doktor tidak membuatkan aku lega. Mungkin aku juga akan menganggap ini biasa, kalau aku tidak didatangi mimpi aneh itu. Tapi, setelah berulang kali mimpi itu hadir, aku rasa teramat risau. Adakah pemergian Ayu memang tidak dapat dielakkan? Adakah mimpi aku itu, benar-benar satu kepastian?
Aku menangis dalam sujudku.
Ya ALLAH, sesungguhnya KAUlah yang menguasai nyawa, maka panjangkanlah nyawa sahabatku itu!
****
Aku, memang amat sayang dengan Ayu. Sayang kerana ALLAH. Ukhuwwahfillah. Seluruh kehidupan ini sebenarnya perlu berada di dalam ISLAM. Hal ini kerana, ISLAM itu syumul, meliputi segala perkara. Semua itu aku fahami dan begitu juga Ayu. Perlahan-lahan, dia menjadi kawan baikku kerana persefahaman tersebut.
“Ni kenapa tengok aku macam aku dah nak mati je ni?” Ayu memandang kepadaku.
Aku tersedar dari lamunan panjang. Perkataan ‘mati’ membuatkan aku sedikit rasa tidak senang.
“Kau sakit, aku tengok-tengokkan la” Aku menjawab selamba.
Ayu tersenyum. “Kut la nak ubatkan”
“Aku bukan doktor lah”
“kawan boleh jadi penawar pada kawannya”
Kata-kata Ayu mengoyak sengihku. “Masalahnya, kalau bab sakit macam kau ni, kawan tak boleh nak ubatkan. Doktor la kena bagi ubat”
Ayu menggeleng. “Kawan, boleh beri harapan kepada pesakit macam aku ni, untuk menjalani ujian sakit itu dengan penuh keimanan”
Aku tersenyum. Ada-ada sahaja. Tak mahu kalah juga.
“Jadi, bersabarlah kau dengan ujian ni. Ini baru sakit sikit. Kemungkinan, ALLAH akan uji dengan benda yang lebih besar”
“Apa agaknya benda yang lebih besar tu?”
“Aku kahwin dengan orang yang kau suka”
Terkeluar tawa kami berdua.
“Berani la” Ayu menunjuk penumbuk.
“Just a joke”
Ayu mengangguk. Aku tahu, dia faham. Kami bukan sekali dua bergurau. Entah, sudah kali ke berapa ribu kami bercanda. Kadang-kadang, tanpa bersuara pun, aku seakan dapat menjangka perasaannya, dan dia pula seakan dapat menjangka keadaan aku.
“Aku rasa, aku dah hampir sihat dah ni” Ayu memegang dahinya.
“Kau rehat cukup, okaylah kut”
“Darah pun dah tak keluar dah sehari dua ni”
“Esok boleh pergi kerja”
“Kau mesti sepi pergi kerja sorang-sorang”
“Bajet macam aku ni jiwang plak”
“Ha ha…”
Senyap sebentar selepas itu. Tiga hari ini, aku sering berlang alik ke rumahnya.
“Tapi, memang sepi pun tak ada kau”
“Ha… tau tak pa!”
“Banyak la” Aku menolak Ayu. Kami ketawa lagi. Nampaknya, Ayu memang benar-benar sihat.
Aku rasa lega.
Mungkin, mimpi aku itu hanya mainan sahaja.
Mungkin, aku ini terlalu banyak fikir.
“Hei Ayu” Aku memandang Ayu. Mata kami bertemu.
“Em?” Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan.
Aku cintakan kamu kerana ALLAH sangat-sangat.
Ayu senyap sebentar. Kemudian ketawa.
Aku hairan. Kenapa?
“Kau memang dah jadi kawan jiwang seh. Gaya macam nak tinggal aku jauh je”
Aku tersengih. Aku yang takut kau tinggal aku jauh. Aku yang tak mahu kau pergi jauh tinggalkan aku.
Kemudian tawa Ayu mengendur. Dia memandang aku.
Aku cintakan kamu kerana ALLAH juga.
Aku tersenyum.
Hati lapang.
****
Aku terbangun.
Aku tidak tahu sama ada aku patut tersenyum, atau terus bimbang.
Aku bermimpi mimpi yang sama. Tetapi, mimpiku bertambah. Semuanya sama, hingga ketika wajah pucat Ayu yang terpejam matanya. Namun, kali ini, sebelum berakhir, mata Ayu yang terpejam itu, terbuka, dengan mata yang bergenang.
Adakah ini tandanya, dia tidak akan mati?
Ataupun, adakah ini tandanya, Ayu hanya berada dalam kesedihan?
Aku tidak tahu.
Ya ALLAH, lapangkanlah kehidupan sahabatku Ayu, permudahkan segala urusannya, ampunkan segala dosa-dosanya….
Aku berdoa.
Semoga ALLAH pelihara sahabatku Ayu.
Sekurang-kurangnya, dalam diriku sekarang, ada perasaan bahawa, Ayu tidak akan pergi meninggalkan aku.
Tapi…
****
Kehidupanku seakan kembali seperti biasa. Pergi ke tempat kerja bersama sahabat tercinta, Ayu.
Pagi tadi, selepas bersarapan, aku teringat akan ibuku. Aku bersembang lama juga. Sempat berkirim salam kepada semua keluarga. Agak lama juga tidak menghubungi mereka.
“Ni kenapa muka macam orang baru kahwin ni?”
Aku tersengih. Sebab aku senang hati. Aku dapat telefon ibuku pada pagi hari, dan sahabatku kembali sihat. Malah, aku dapat rasa bahawa kerisauanku macam berterbangan hilang. Mungkin selepas aku kembalikan bahawa, hidup dan mati itu susunan ALLAH.
Semalam, sebelum tidur, aku bermuhasabah.
Mungkin, kalau benar mimpi-mimpi aku selama ini benar adalah tanda bahawa Ayu akan ditarik pergi, maka aku pun tidak akan mampu menghalang kehendak-Nya. Mati itu adalah urusan-Nya. Kita tidak boleh mengelak, jauh sekali hendak melarikan diri. Cuma, tugas kita adalah hidup dengan nyawa yang masih ada, dan cuba menjaga diri sebaik mungkin.
Setiap yang bernyawa akan mati. Tiada keraguan akan hal itu. Maka tidak perlu dipertikaikan. Pokok persoalan sekarang adalah, bagaimana kita menjalani kehidupan.
Dikejutkan mimpi semalam, aku solat tahajjud, solat taubat dan melakukan solat hajat. Aku mendoakan agar aku termasuk dari kalangan yang beriman dan diberi rezeki untuk masuk syurga. Aku berharap agar, aku termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat redha ALLAH. Aku juga mendoakan semua ahli keluargaku, dan rakan-rakanku. Semestinya, aku tidak lupa mendoakan sahabatku Ayu.
Aku menggeleng. Aku mimpi kau hidup. “Mana ada apa-apa”
Aku terus berjalan. Ayu menepuk-nepuk belakang tubuhku. “Takpe…”
“Jangan ambil hati seh” Aku meniru ‘seh’ yang selalu diucapkannya.
“Aku ambil jantung je seh” Ayu membalas canda.
Kami ketawa.
Kami sampai di tepi jalan raya.
“Tak sibuk seh pagi ni”
Aku mengangguk. Walaupun ada kenderaan lalu lalang, tapi tidak sesibuk seperti biasa.
Ayu terus melintas. Aku mengikuti dari belakang.
Poooooooooonnnnn!!!!
Aku menoleh. Sebuah lori bergerak laju ke arah kami. Mataku membesar. Spontan aku menolak Ayu dengan kuat. Sahabatku itu terkeluar dari jalan raya.
Jarak lori denganku tidak lebih dari sedepa.
Ketika ini, keadaan sekeliling aku seakan menjadi perlahan. Aku sendiri jadi pelik. Aku sempat memandang Ayu yang hendak membuka mulut untuk menjerit.
Aku sempat pula teringat akan mimpiku.
Tangisan ahli rumah, kesugulan kenalan-kenalan, kata-kata suamiku, kemudian wajah pucat Ayu dengan mata terpejam yang akhirnya terbuka dalam keadaan mata bergenang.
Patutlah…
Aku tersenyum.
“Oh, rupanya bukan Ayu. Tetapi aku…”
Alhamdulillah. ALLAH Maha Besar. Ternyata ilmu berkenaan kematian ini tidak tersampai pada insan untuk menjangkanya.
BAM!
Seluruh alam macam berputar berulang kali.
Dan yang terakhir aku dengar adalah suara jeritan Ayu yang panjang, sebelum segalanya menjadi gelap, dan senyap.
ALLAH… Aku naik saksi bahawa tiada ILAH selainMU, dan Muhammad itu adalah RasulMU.