Rabu, 28 April 2010

Kuda laut, haiwan unik.

Kuda laut adalah jenis ikan yang hidup di laut dari genus Hippocampus dan famili Syngnathidae. Haiwan dengan ukuran yang bervariasi antara 16 mm (untuk spesies Hippocampus denise) sampai 35 cm ini dapat ditemukan di perairan tropika dan di seluruh dunia. Kuda laut merupakan satu-satunya ikan yang spesies jantannya boleh hamil.

Tetapi bukan bererti yang jantan mengeluarkan telur. Telur tersebut tetap dihasilkan oleh betina tetapi dibuahi dan dijaga antara 10 hari hingga 6 minggu hingga telur menetas. Kuda laut dilahirkan oleh si jantan, dalam erti lain telur-telur yg dihasilkan ibu kuda laut dipindahkan ke kantung sang jantan sekitar tiga minggu telur-telur kuda laut yg berjumlah ratusan akan tinggal dalam perut si jantan.

Pada Minggu ketiga, satu persatu anak kuda laut akan lahir dan tumbuh dewasa menjadi kuda laut yang cantik. kuda laut jantan memerlukan 30 untuk melahirkan anak2nya. Dalam sekali melahirkan, dapat mencapai jumlah 15 hingga seribu ekor, tergantung pada jenisnya.

Kuda laut adalah pasangan yang setia. Kebanyakan spesies dari Kuda Laut dikenal merupakan pasangan sehidup semati. Mereka hanya akan kawin dengan pasangannya. Hal ini merupakan sesuatu yang jarang terjadi di dalam dunia ikan.

Sirip dorsal pada kuda laut terletak pada bahagian bawah sedangkan sirip pektoralnya terletak pada bahagian kepala, hampir insang. Beberapa spesies kuda laut berwarna transparent sebahagian, sehingga tidak mudah terlihat.





4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Menarik info ni.. Terima kasih Acik :)

Abd Razak berkata...

Begitulah indah dan agongnya ciptaan Allah SWT

Werdah berkata...

Salam Acik.

Alhamdulillah dapat tengok kuda laut, dirakam di akuarium mana ya.

Sekecil2 kehiduapan citaanNya menunjukkan bukti keEsaanNya, keAgunganNya, bagi yang mahu berfikir.

Acik berkata...

To kakciks..
sama2..

To Abd Razak..
Ya..Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui.

To kak Werdah..
salam..
Kuda laut ni ada di underwater world langkawi. Ada byk lg koleksi hidupan laut dlm btk video. Sangat cantik dan hebat ciptaan Allah.