Sabtu, 7 Ogos 2010

Hujan, suatu anugerah..


Firman Allah s.w.t Yang Bermaksud:

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-tumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir." (An-Nahl:10- 11)

Betapa cantik titisan air hujan yang jatuh ke bumi kemudiannya bersatu kembali dan mengalir menuju sungai dan lautan tanpa menganggu penghidupan manusia. Inilah satu cara terindah yang dilakukan oleh Allah bagi memenuhi keperluan hamba-hambaNya. Oleh itu hendaklah kita sedar terhadap rahmat Allah. Zat yang Maha lembut kepada hamba-hambaNya dan sentiasa mengatur kerajaanNya dengan penuh kebijaksanaan.

Kita juga hendaklah menyedari bahawa rahmat yang agung ini ada-lah kurnia Allah yang sangat besar yang dapat kita rasakan dan kita renungi keluasan nikmat serta keagungan ciptaanNya.

4 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...

Subhanallah, sungguh Dia Maha Pencipta dan amat kasih kepada sekalian makhluk ciptaan~Nya.

R berkata...

Entri kamu... saya suka... =)

Werdah berkata...

Salam Acik.

Hujan dikumpul menjadi awan, awan pula seakan kapas mengapung di udara, sedangkan beratnya bertan-tan.

Allah turunkan mengikut kadar yang tetap apabila angin bertiup, sejak dulu hingga kini turunnya tetap tidak berubah.. bayangkan jika Allah jatuhkan sebesar biji guli dengan kelajuan yang deras ke manakah kita akan lari untuk berlindung.. Subhanallah.. Allahu Akbar.

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Apabila Allah SWT menurunkan air dan menimpa biji2an, ia akan masuk kedalam testa gegarkan koleoptil dan mengaktifkan t/bls enzim2 dlm endosperm serta menumbuhkan radikel dan plumule . ٱهۡتَزَّتۡ bermakna gegaran dan teruja spt dlm Surah AlFussilat:39
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنَّكَ تَرَى ٱلۡأَرۡضَ خَـٰشِعَةً۬ فَإِذَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡہَا ٱلۡمَآءَ ٱهۡتَزَّتۡ وَرَبَتۡ‌ۚ Dan sebagian dari tanda-tanda [kekuasaan]-Nya bahwa kamu melihat bumi itu kering tandus, maka apabila Kami turunkan air di atasnya, niscaya ia bergegar dan tumbuh subur.