Ahad, 1 Ogos 2010

CUTI

Lama dah tak berkesempatan nak update blog ni.. sebenarnya acik sangat sibuk menyiapkan kajian dan tugasan kawan acik. Kawan acik tu sebenarnya tengah 'pening' dan 'tak boleh fikir' tentang benda lain... dia sibuk menyiapkan diri utk majlis akad nikahnya di kampungnya. Alhamdulillah segalanya dah selesai dan majlis berjalan lancar. Oleh sebab tu la acik tolong siapkan kerjanya.

Cuti ni dapat la rehatkan sikit minda dan badan. Boleh 'malas-malas' sikit sbb hubby acik pun keluar kawasan. Rupa-rupanya penyakit 'malas-malas' ni pun berjangkit pada anak2 sehinggakan nak mandi pun 'liat'..maklumlah hari cuti. Bab solat acik tak kasi muka pada anak2.

Tapi anak lelaki bongsu cuba protes bila disuruh solat. Katanya, "kenapa mak tak marah kak odah tak sembahyang? Yang lain mak marah?" Acik diamkan saja. Dia ulang lagi soalan tu dan dijawab oleh abangnya... "kak Odah, cuti." " Kenapa kak Odah boleh cuti...adik pun nak cutilah. Adik nak cuti sepuluh hari." Alahai...hi..hi..hi..acik pun jawab, " adik lelaki mana boleh cuti" Dia jawab, " "mana aci macam tu".

Teringat masa dulu2.....
Masa tu acik dalam tingkatan 3. Waktu pelajaran agama dan ustazah Kamaliah sedang mengajar ayat hafazan. Bila ustazah minta seorang kawan perempuan baca, kawan acik tu bagitau tak boleh dan geleng kepala. Ustazah pun suruh yg lain, pun begitu..geleng dan kata tak boleh.

Sebenarnya acik tak hafal lagi ayat tu dan tengah fikirkan apa alasan kalau ustazah panggil suruh baca. Tiba2 ustazah panggil nama acik dan acik panik, terus geleng dan kata tak boleh. Nasib baik ustazah tak kata apa2 dan minta seorang kawan lelaki pula yang baca. Dia pun geleng dan kata tak boleh. Muka ustazah dah merah padam dan terus berkata, tak kan lelaki pun 'tak boleh'. Tak kan kamu pun cuti juga!!

Begitulah istimewanya ciptaan Allah pada orang perempuan... boleh cuti solat dan tak payah ganti tapi orang lelaki, tak ada cuti2 tau...

9 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Acik,

Susah juga ya nak terangkan pada adik bongsu tu ya...

kak Erna berkata...

salam acik ..yang lelaki tu..terikut tu..orang geleng..dia pun ikut sama geleng..manalah ustazah tak marah kan...

Idalara berkata...

salam acik
alhamdulillah anak2 kak ida sejak kecil lagi dah faham bila kak ida kata 'ibu cuti solat dn puasa'kak ida berterus terang dgn diaorg...

Abd Razak berkata...

Salam..

Moga sihat hendaknya..

Insya Allah suatu hari nanti dia akan faham kenapa perempuan boleh cuti

cemomoi berkata...

cuti gak, kerajaan bagi tapi macam tak cuti sebab kena keja

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Dlm seusia begini, ttntu anak2 ada perasaan `ingin tahu` dan merasa sudah cukup dewasa utk menerima teguran. Disinilah ptgnya, peranan ibubapa yg menjadi `uswaton` kpd anak2 mrk krn mrk sdg dlm proses `peniruan` tingkahlaku. Sbg ckg & ibu, tentu dpt memberi jwpn mengikut `aras kognitif` spy mrk boleh menerima kenytaan. Tak mungkinlah kita menceritakan kesemuanya krn Rasulullah saw pernah bersabda,`Sekiranya kamu menceritakan kpd seseorang, semua perkara yg kamu dengar dariku, seolah2 kamu tela melempar kulit kering kpdku` Riwayat Muslim.
Lebih jelas lagi, kalau nak sampaikan sesuatu, lihatlah `siapa`, `bila` dan suasana yg hendak disampaikan. Wallaualam

shameel Iskandar berkata...

begitulah keadilan islam. Islam sejak dahulu lagi memuliakan perempuan cuma dlm kes tertentu berlaku kezaliman terhadap wanita atas nama agama.

penjejak maya berkata...

salam,

tapi cuti puasa kena ganti tau hehe...

Uncle Lee berkata...

Hello Acik, nothing like having your batteries recharged.
Relax....have fun.....and keep a song in your heart, best regards, Lee.