Rabu, 4 Ogos 2010

Sekolah untuk Remaja Mengandung?

2010/08/04
MELAKA: Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membenarkan remaja lelaki termasuk pelajar, di bawah umur 18 tahun dan 16 tahun bagi pelajar perempuan di negeri ini untuk bernikah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata keputusan itu diambil bertujuan mengurangkan kes kelahiran bayi luar nikah di negeri ini, sekali gus membendung kes zina, semakin menular kebelakangan ini.
Katanya, kelonggaran itu bagaimanapun hanya akan diberikan selepas mendapat keizinan daripada Mahkamah Syariah, selain restu keluarga.

"Keputusan ini dicapai hasil resolusi yang dihantar perwakilan pada persidangan menangani gejala sosial yang dilangsungkan, baru-baru ini. Kerajaan negeri berpendirian adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak remaja mereka berkahwin pada usia muda.

Sebelum ini, Mohd Ali berjanji memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga, disusuli dengan penubuhan sebuah sekolah khusus kendalian Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk menempatkan remaja hamil meneruskan persekolahan.
Baca lagi di sini..



Begini la kot gamaknya sekolah untuk remaja yang mengandung... aduhhh.. mesti penat cikgu2 di situ. Bayangkan tengah mengajar tiba2 anak murid nak bersalin. Boleh kelam kabut jadinya kelas..Dan bayangkan kalau si bapanya pula baru je nak ambil SPM...tengah nak jawab paper exam tiba2 ada call isteri nak bersalin....

Dan bayangkan juga, sapa nak tanggung semua perbelanjaan dan sara hidup suami isteri yg masih bersekolah ni? Mak bapak juga la yang nak kena tanggung. Bayangkan susu cucu, pampers cucu, sakit demam cucu semua 'tok dan tok wan' nak kena tanggung kesemuanya. Kesian tok dan tok wan.. Kalau anda, nak tak dapat menantu remaja sebegitu?

9 ulasan:

kak Erna berkata...

salam acik..aduhai..akak tak boleh bayangkan..buatnya tok dan tok wan dah pencen..nak kena pulak mula balik beli pampers..susu bagai..
akak tak boleh tahan gelak juga tengok gambar murid2 tu..memang kelam kabut kalau satu kelas bawak perut..

mah berkata...

kan lagi bernas kalau mencegah dari mengubat..ye,ada betulnya menubuhkan sekolah utk pelajar mengandung dan membenarkan mereka2 berkahwin utk kurangkan dan m'elakkan zina,,tapi..untuk jangka panjang..rasanya,ianya bukan jalan terbaik.. hanya pandangan

Idalara berkata...

seperti menggalakkan remaja melahirkan anak diluar nikah saja cadangan ini..apa susah..mengandung ada sekolah...lepas tu ada pulak tempat yg nak terima anak2 tu..subhanallah..

n0vemBer zuLu berkata...

..andai masyarakat islam kita dibiasakan dgn perkara2 kebaikan, maka semua ni x kan terjadi.

cemomoi berkata...

jangan cekgu hamil pon kena hantar ngajo sini sudah.. guru besar lelaki yang rasa perut boroi baik waspada takut anda termasuk dalam kategori nih

Abd Razak berkata...

Salam...

Takutlah pulak dengar cadangan ini, bimbang semakin ramai pelajar perempuan mendaftar di sekolah tersebut..

tajnur berkata...

Assalamualaikum wbt
Boleh ke budak2 tu belajar? Biasa2nya kalau dah mrk lalui keadaan sebegitu, traumanya sekejap sahaja lepas tu macamana ya? Ini menyentuh soal `felt needs and unfelt needs`. Cdgn terburu2 tanpa kajian penghujungnya aka timbul masalah berterusan yg tidak kesudahan

Werdah berkata...

Salam Acik.

Bagaimana terfikir nak bina sekolah begini. Dalam keadaan pelajar sekarang yang tak hamil pun terlalu banyak perkara-perkara yang perlu dititikberatkan.

Tanpa Nama berkata...

sememangnya ade prons dan cons... mmg ape dorng dh buat tu salah... mmg xperlu dipertikaikan lagi, hukum tuhan kate zina tu dosa besar... tp apa yg dh berlaku ttp berlaku... daripada kita hentam mereka atas kesilapan mereka, lebih baik kita bantu apa termampu... sbb kite bertuah benda nie tak terjadi dekat kita... jadikan perkara nie pengajaran... bukan kita letak tanggapan negatif... bukan semua yang masuk sekolah ni sbb dorng saje2 berzina dan megandung... ada juga yang kena rogol... kita x tahu apa sebenarnya yang terjadi... lebih baik kite buang jauh2 pandangan negatif... dan doakan ada sinar untuk mereka... malu pada diri kita, sbb kita xde dalam keadaan mereka...