Ahad, 27 Jun 2010

Kembali Ke Rahmatullah.

Maaf kepada semua......

Pada pagi hari Jumaat lepas 25hb Jun 2010, mak acik telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan mendapat rahmat Allah...al-Fatihah.

p/s Acik tak dpt ziarah blog kawan2 utk sementara, maaf...

Rabu, 23 Jun 2010

Bonus Dua Bulan Gaji Utk Penjawat Awam.

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh CUEPACS kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

Kini keadaan ekonomi kembali pulih dan beliau berharap kerajaan akan memberikan bonus dua bulan gaji tersebut.

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata CUEPACS akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen CUEPACS yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.
"Ramai anggota CUEPACS bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.
- BERNAMA

Betul ke boleh dapat bonus 2 bulan tu? Gamak2nya betul ke kerajaan nak layan permintaan CUEPACS ni? Silap2 takat 500 hinggit je dan dibayar ansuran sebanyak 2 kali !!.

PTK tu patut ditukarkan saja. Mcm ada kuota saja mengikut DG dlm sesuatu jabatan tu. Contohnya, tiap tahun ( tempat kerja acik ) akan terdpt 2 atau 3 org yg lulus 4,4 bagi setiap gred DG termasuklah staf pejabat. Bila tanya kerani, mereka pun mengakuinya..bayangkan kalau semua diberi lulus 4,4. Tentu kena bayar kenaikan yg banyak kan!

Apa pun, semoga usaha CUEPACS ni berhasil!! InsyaAllah.

Selasa, 22 Jun 2010

Misteri Bunyi Pelik Di Ruang Enjin Kereta.


GAMBAR menunjukkan Smith (kiri) dan seorang mekanik yang memegang seekor anak kucing.

COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunyi ganjil tersebut muncul di depan bonet kereta yang berkuasa tinggi itu tetapi pemiliknya gagal mencari dari arah mana suara tersebut datang selepas dia membuka bonet keretanya.

Akibat kebingungan, pemilik kereta itu memandunya ke sebuah pusat servis dan mengadu kepada seorang mekanik di pusat perkhidmatan Cooper, BMW di sini mengenai bunyi ganjil tersebut.

Selepas membuka bonet kereta, mereka terkejut apabila melihat terdapat anak kucing betina berada dalam keadaan ketakutan di palang sokongan di dalam ruang enjin.

"Saya rasa kucing itu masuk ke ruang enjin itu dari bawah kereta," kata Smith.

Anak kucing itu dikeluarkan manakala kakitangan pusat servis itu memberi anak kucing itu susu.

Menurut Smith, dia berharap pemilik anak kucing itu akan dapat ditemui. - Agensi

Cerita di atas mengingatkan acik tentang seekor anak kucing yg masuk ke ruang enjin kereta kelisa acik (dah jual ). Rupa anak kucing tu lebih kurang mcm kucing di atas...hitam bertompok putih. Kucing tu sebenarnya tak bertuan (waktu tu kami tinggal di kuarters sekolah suami).

Bila suami acik hidupkan enjin kereta pd waktu pagi, tiba2 terdengar bunyi kucing 'menjerit' kesakitan dan dia segera menutup suis kereta. Selepas diperiksa, terdapat seekor anak kucing yg mungkin tidur di ruang enjin. Kesian kucing tu...ekornya putus!!

Terketar2 anak kucing tu menahan sakit. Kesian sungguh tengok keadaan kucing tu. Acik letakkan minyak gamat pada ekor yg putus dan letakkan dia dalam kotak. Walaupun acik dan suami tak nak bela kucing (sbb tak nak anak2 main - tak tahan bulu dan beraknya) tapi kerana kucing tu sakit, terpaksa bela juga..

Kucing tu bertahan hampir seminggu tapi selepas tu mati juga bila dia tak nak makan langsung makanan yg diberi...

Ahad, 20 Jun 2010

Binatang Apa Ni?



V

V

V

V

V

V

V

V

V


Karangan Pelajar Yang Mencipta Sejarah.

Sesi persekolahan bermula semula. Bagi negeri2 yg cutinya pada hari Jumaat dah pun memulakan kembali persekolahan setelah bercuti panjang. Tetapi kebanyakkan negeri akan memulakan persekolahan pada esok hari.

Sudahkah siap semua kerja sekolah yg diberikan? Buat guru2, dah siap ke markah peperiksaan lepas? Rasanya cuti panjang pun kadangkala tak cukup juga masa utk menyemak kertas, tambahan jika byk kursus terpaksa dihadiri atau sibuk dgn aktiviti lain.

Bayangkan kalau ada pelajar yg menjawab kertas soalan seperti di bawah... boleh 'pitam' cikgunya atau tak pun 'pecah perut'... bacalah. Kalau tak jelas klik pd gambar..






Sumber di sini