Selasa, 22 Jun 2010

Misteri Bunyi Pelik Di Ruang Enjin Kereta.


GAMBAR menunjukkan Smith (kiri) dan seorang mekanik yang memegang seekor anak kucing.

COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunyi ganjil tersebut muncul di depan bonet kereta yang berkuasa tinggi itu tetapi pemiliknya gagal mencari dari arah mana suara tersebut datang selepas dia membuka bonet keretanya.

Akibat kebingungan, pemilik kereta itu memandunya ke sebuah pusat servis dan mengadu kepada seorang mekanik di pusat perkhidmatan Cooper, BMW di sini mengenai bunyi ganjil tersebut.

Selepas membuka bonet kereta, mereka terkejut apabila melihat terdapat anak kucing betina berada dalam keadaan ketakutan di palang sokongan di dalam ruang enjin.

"Saya rasa kucing itu masuk ke ruang enjin itu dari bawah kereta," kata Smith.

Anak kucing itu dikeluarkan manakala kakitangan pusat servis itu memberi anak kucing itu susu.

Menurut Smith, dia berharap pemilik anak kucing itu akan dapat ditemui. - Agensi

Cerita di atas mengingatkan acik tentang seekor anak kucing yg masuk ke ruang enjin kereta kelisa acik (dah jual ). Rupa anak kucing tu lebih kurang mcm kucing di atas...hitam bertompok putih. Kucing tu sebenarnya tak bertuan (waktu tu kami tinggal di kuarters sekolah suami).

Bila suami acik hidupkan enjin kereta pd waktu pagi, tiba2 terdengar bunyi kucing 'menjerit' kesakitan dan dia segera menutup suis kereta. Selepas diperiksa, terdapat seekor anak kucing yg mungkin tidur di ruang enjin. Kesian kucing tu...ekornya putus!!

Terketar2 anak kucing tu menahan sakit. Kesian sungguh tengok keadaan kucing tu. Acik letakkan minyak gamat pada ekor yg putus dan letakkan dia dalam kotak. Walaupun acik dan suami tak nak bela kucing (sbb tak nak anak2 main - tak tahan bulu dan beraknya) tapi kerana kucing tu sakit, terpaksa bela juga..

Kucing tu bertahan hampir seminggu tapi selepas tu mati juga bila dia tak nak makan langsung makanan yg diberi...

4 ulasan:

penjejak maya berkata...

salam,

setakat ni belum lg alami kucing tido kat enjin tu tapi tido bawah kete tu selalu saja..

Abd Razak berkata...

Salam...

Saya pun pernah mengalami perkara yang sama, dalam perjalanan balik dari masjid, dengar suara kucing. Bila sampai kat rumah memang betul ada kucing kat ruang injin. Selepas dikeluarkan dan diberi makan, kemudian ia terus hilang...tak tahu ke mana ia pergi

cemomoi berkata...

waa camni bule buat rumah kucing le time dorang nak tido malam takyah tido dalam rumah dah

kakcikseroja berkata...

Kesiannnn kat anak kucing tu...