Rabu, 23 Jun 2010

Bonus Dua Bulan Gaji Utk Penjawat Awam.

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh CUEPACS kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

Kini keadaan ekonomi kembali pulih dan beliau berharap kerajaan akan memberikan bonus dua bulan gaji tersebut.

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata CUEPACS akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen CUEPACS yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.
"Ramai anggota CUEPACS bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.
- BERNAMA

Betul ke boleh dapat bonus 2 bulan tu? Gamak2nya betul ke kerajaan nak layan permintaan CUEPACS ni? Silap2 takat 500 hinggit je dan dibayar ansuran sebanyak 2 kali !!.

PTK tu patut ditukarkan saja. Mcm ada kuota saja mengikut DG dlm sesuatu jabatan tu. Contohnya, tiap tahun ( tempat kerja acik ) akan terdpt 2 atau 3 org yg lulus 4,4 bagi setiap gred DG termasuklah staf pejabat. Bila tanya kerani, mereka pun mengakuinya..bayangkan kalau semua diberi lulus 4,4. Tentu kena bayar kenaikan yg banyak kan!

Apa pun, semoga usaha CUEPACS ni berhasil!! InsyaAllah.

10 ulasan:

penjejak maya berkata...

salam,

mudah-mudahan ada berita gembira nanti..

LanaBulu berkata...

Kerajaan sebenarnya masih ditahap kurang berduit..dalam erti kata lain..masih belum boleh bermewah...namun lambaian pilihahraya..memungkinkan..penjawat awam akan dapat bonus tersebut..

Abd Razak berkata...

Salam..

Harapannya begitu..namun kita tidak mengharapkan sangat

a kl citizen berkata...

kalau dapat best jugak...
tapi macam angan2 je..

cemomoi berkata...

ohhh bertuahnya badan... kerajaan bukan ada duit tapi najib kena bagi kalu tanak jadik cam paklah dulu langsung tak bagi hangin je orang gomen

kakcikseroja berkata...

Salam Niza..

Doa-doakanlah semoga tuntutan CUEPACS itu berjaya.

Tentang PTK.. kalau dah dapat tahap 3, memang susah sangat nak dapat tahap 4... entahlah...

Nida berkata...

setuju sesangat PTK itu dimansuhkan atau ditambahbaik... tidak adil bagi mereka yg mempunyai keluarga yg ramai, masa nak membaca amat terhad berbanding mereka yg bujang...

Arianni berkata...

Salam Acik..

Mudah-mudahan tuntutan itu berjaya..InsyaAllah

kak Erna berkata...

Acik..sebagai penjawat awam..memang teringin bonus tu..tapi rasanya..macam dulu2 juga..

shameel Iskandar berkata...

bonus 2 bln gaji tu hanya mimpi di siang hari. dah lama dah CEUPACS mintak tapi tak pernha daoat. Kalau dpt 1 bln gaji pun dh syukur. saya pun setuju agar PTK dimansuhkan dan diganti dgn sistem lain yg lebih baik.