Ahad, 13 Jun 2010
Luahan Rasa Seorang Pemuda
Bacalah... kalau tidak kau akan menyesal
Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...
Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..
Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie l ain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...
Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... k ain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...
Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...
Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...
Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...
Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..
Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
sumber: forwarded email
Jumaat, 11 Jun 2010
Buat Suamiku
yang menerima setulus hati
seorang suami.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita lapan belas tahun yang lalu.
Salam kauhulur
buat menyapa hatiku dengan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
Suami…
tidak kutagih setia, sesetia Adam.
Atau kerinduan menggila Qais
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.
Wahai Allah,
Engkau-lah saksi ikatan hati ini...
Aku telah jatuh cinta kepada lelaki
pasangan hidup ku,
jadikanlah cinta ku pada suamiku ini
sebagai penambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu. Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu, hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang semu,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu. Jika ia rindu,
jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu
lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku,
jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap surga-Mu. Bila cintaku padanya telah mengalahkan
cintaku kepada-Mu, ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
Amin ya rabbal alamin.
Khamis, 10 Jun 2010
Lelaki bakar Masjid kerana bekas isteri nak dirikan 'masjid'.

SEPANG: Akibat kecewa apabila mengetahui bekas isterinya akan berkahwin, seorang lelaki bertindak nekad membakar sebuah masjid di Kampung Limau Manis, dekat sini, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, lelaki berusia 30-an yang dipercayai mabuk bertindak demikian semata-mata untuk melepaskan geram.
Kejadian itu menyebabkan keseluruhan ruang sembahyang utama Masjid Jamiurrahmah terbakar.
Lelaki itu dipercayai menggunakan petrol untuk memulakan kebakaran sebelum tidur di ruang sembahyang utama tanpa menghiraukan keselamatan diri.
Imam masjid berkenaan, Samsudin Mat Daud, berkata kejadian itu disedari selepas ternampak api dan asap dari masjid berkenaan sebelum meninjau untuk mengetahui apa yang berlaku.
“Saya cuba buka pintu utama, tetapi ia dikunci dari dalam. Kemudian saya cuba masuk menerusi pintu belakang dan mendapati seorang lelaki sedang tidur nyenyak berhampiran pintu di ruang sembahyang utama.
“Ketika itu, api marak. Saya tidak berani mendekati lelaki itu kerana bimbang dia mempunyai senjata.
“Saya ke kedai makan berhampiran untuk meminta pertolongan penduduk sebelum bergegas semula ke masjid untuk memadamkan api,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam...baca lagi
Tindakan 'gila' hanya kerana marah dan geram. Tapi kenapa masjid yg dibakar? Adakah kerana masjid tersebut adalah masjid yg bakal jadi tempat majlis akad nikah bekas isterinya? Waulahualam..
Tapi yg menyedihkan tindakan lelaki tersebut membakar Al-Quran dengan sewenang2nya dan merosakkan masjid tempat org ramai bersolat.
Semoga Allah membuka pintu hati lelaki tersebut, agar dia menyesali tindakannya dan semoga dia menjadi ahli masjid yg taat selepas ni...
Rabu, 9 Jun 2010
Ilusi Optik
Kadangkala mata kita boleh tertipu oleh otak sendiri. Tak caya? Cuba sebut warna di bawah... sebut dalam Bahasa Inggeris tau.

Apa macam? Nak tersasul menyebut ejaan juga kan?

Tengok gambar ni lama-lama..

Nampak seolah-olah ia bergerak-gerak.

Tengok gambar hitam putih ni, akan nampak mcm ada titik2 hitam putih berkelip2..

Orang dalam gambar ni ada di atas atau bawah?

Cuba tengok susunan dadu ni..boleh pening kepala kan?..
Jika anda alami apa yg acik sebutkan di atas, maka anda seharusnya merehatkan mata dan otak secukupnya kerana dah penat tu..asyik renung laptop berjam2, mata jadi letih! Hi..hi..hi.. Pi la keluar jalan2 sambil hirup udara segar..
Sumber : Halaqah.net
Selasa, 8 Jun 2010
Bercerai Kerana Hutang.
KANGAR - Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama berlaku penceraian di kalangan pasangan Islam di Perlis.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata, berdasarkan kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya di kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.
"Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah kepada rumah tangga," katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini, semalam.
Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan tahun lalu.
Katanya, bagi tahun ini sehingga 15 Mei lalu, seramai 120 pasangan Islam dilaporkan bercerai di negeri ini, katanya.
“Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka yang berpisah,” katanya.
Beliau berkata, sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan bebas namun pada masa sama ikatan itu tidak harus dibubarkan dengan mudah.
Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 anak tidak sah taraf kelahiran sepanjang tahun lalu.
"Oleh itu ibu bapa hendaklah sentiasa awasi pergaulan anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial itu yang akan memberi kesan buruk bukan saja kepada keluarga, tetapi masyarakat dan negara, katanya. - Bernama
Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."
www.familiazam.com
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
www.familiazam.com
Rasulullah SAW sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah SAW satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah SAW menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.
Sumber: Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya. Terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.
