Selasa, 8 Jun 2010

Bercerai Kerana Hutang.

Hutang antara punca perceraian di Perlis

KANGAR - Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama berlaku penceraian di kalangan pasangan Islam di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata, berdasarkan kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya di kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.

"Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah kepada rumah tangga," katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini, semalam.

Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan tahun lalu.

Katanya, bagi tahun ini sehingga 15 Mei lalu, seramai 120 pasangan Islam dilaporkan bercerai di negeri ini, katanya.

“Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka yang berpisah,” katanya.

Beliau berkata, sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan bebas namun pada masa sama ikatan itu tidak harus dibubarkan dengan mudah.

Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 anak tidak sah taraf kelahiran sepanjang tahun lalu.

"Oleh itu ibu bapa hendaklah sentiasa awasi pergaulan anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial itu yang akan memberi kesan buruk bukan saja kepada keluarga, tetapi masyarakat dan negara, katanya. - Bernama

Sabda Rasulullah SAW: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."
www.familiazam.com
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
www.familiazam.com
Rasulullah SAW sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah SAW satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah SAW menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Sumber: Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya. Terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.



7 ulasan:

cemomoi berkata...

hutang?

camana tak berhutang, abih blaja nak baya hutang ptpn,

tak abih ptpn, nak keja hutang moto lak

nak kawen cagar bakal bini kat bank, hutang lagik

dah ramai, motor tak muat beli kancil, hutang jugak

takan nak menyewa sampai mati, hutang lagik beli rumah

tak kira hutang kutu lain-lain sudahnya sampai mati tak abih hutang

susahnya jadik orang susah.. senang lagi jadik orang susah

kak Erna berkata...

acik sha..betul kata cemomoi tu..susah betul nak hindarkan diri dari hutang zaman ni..
tadi..baru dengar bos cerita..kawan dia dah bercerai..kerana isterinya tak sanggup ..banyak sangat hutang..
walaupun tak dapat lepaskan diri dari hutang.cuma janganlah sampai kita terbebankan...

Abd Razak berkata...

Salam..

Islam tidak melarang seseorang itu berhutang, samada sedikit atau banyak. Cuma islam sangat mengambil berat dalam soal pembayaran hutang.

Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya bahawa orang yang berhutang terikat dengan pembayaran yang mesti dijelaskan. Seseorang yang meninggal dunia, sedangkan dia masih menanggung hutang, rohnya akan tergantung-gantung sehinggalah dijelaskan hutangnya.

n0vemBer zuLu berkata...

hutang, janji bayar balik.

ansuran pon x pe la..

klu org yg bg hutang tu kata 'no hal, aku halalkan', ah.. lega nya.. hehhe

kereta, rumah, loan itu loan ini, sume tu kena byr ansurannya once dpt gaji. heh.

ummu berkata...

salam acik
sayang kan rumahtangga roboh disebabkan hutang...sungguh berbisa hutang ini.bermula dari hantaran yang tak termampu dan pada sesetangah tempat ada adat tol...semua tu kena guna duit,kalau memang mampu tak apa.kalau terpaksa bergolok gadai,kesan selepas majlis dan beranak pinak,hidup masih tinggang langgang lagi disebabkan bebanan hutang..

Acik berkata...

To cemomoi..
Rasanya ramai yg kena bayar hutang keliling pinggang sampai mati..

To kak Erna..
Desakan hidup kadangkala membuatkan seseorg berhutang tanpa berfikir.. jgn hutang pd along, bertambah susah.

To Abd Razak..
Waalaikumusalam
Ya betul tu. Bila berhutang kena bayar sebelum ajal datang. Takut keluarga yg tinggal, susah sbb hutang kita.

To Inas..
Banyaknya nk kena bayar bila hujung bulan ye..last2 tinggal seposen je dlm poket!

To Ummu..
Waalaikumusalam..
Betul tu..kadangkala adat ni menyusahkan. Sepatutnya buat yg wajib sj bukannya menyusahkan pengantin dan keluarganya. Mentaliti masyarakat kena tukar baru hal nikah kawin tak membebankan.

Tanpa Nama berkata...

Suka ke tidak, memang kena berhutang. Kerja sorang. tak sapa membantu, walaupun anak dah kerja. semua perbelanjaan, bil kena bayar. Isteri pun berhutang sebab nak tolong suami.Isteri berhutang, suami jugak yg kena bayar. petrol kena isi. takda duit kena hutang. nak makan, nak beli lauk bagi anak isteri makan. kerja gomen ni, N22! namun tetap bersyukur sebab mampu bayar. hidup ni jgn berlagak! beli baju bundle je..pakai keta kecik...janji sihat anak beranak...