Khamis, 10 Jun 2010

Lelaki bakar Masjid kerana bekas isteri nak dirikan 'masjid'.



SEPANG: Akibat kecewa apabila mengetahui bekas isterinya akan berkahwin, seorang lelaki bertindak nekad membakar sebuah masjid di Kampung Limau Manis, dekat sini, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, lelaki berusia 30-an yang dipercayai mabuk bertindak demikian semata-mata untuk melepaskan geram.

Kejadian itu menyebabkan keseluruhan ruang sembahyang utama Masjid Jamiurrahmah terbakar.

Lelaki itu dipercayai menggunakan petrol untuk memulakan kebakaran sebelum tidur di ruang sembahyang utama tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Imam masjid berkenaan, Samsudin Mat Daud, berkata kejadian itu disedari selepas ternampak api dan asap dari masjid berkenaan sebelum meninjau untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Saya cuba buka pintu utama, tetapi ia dikunci dari dalam. Kemudian saya cuba masuk menerusi pintu belakang dan mendapati seorang lelaki sedang tidur nyenyak berhampiran pintu di ruang sembahyang utama.
“Ketika itu, api marak. Saya tidak berani mendekati lelaki itu kerana bimbang dia mempunyai senjata.

“Saya ke kedai makan berhampiran untuk meminta pertolongan penduduk sebelum bergegas semula ke masjid untuk memadamkan api,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam...baca lagi

Tindakan 'gila' hanya kerana marah dan geram. Tapi kenapa masjid yg dibakar? Adakah kerana masjid tersebut adalah masjid yg bakal jadi tempat majlis akad nikah bekas isterinya? Waulahualam..

Tapi yg menyedihkan tindakan lelaki tersebut membakar Al-Quran dengan sewenang2nya dan merosakkan masjid tempat org ramai bersolat.

Semoga Allah membuka pintu hati lelaki tersebut, agar dia menyesali tindakannya dan semoga dia menjadi ahli masjid yg taat selepas ni...

4 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Itu yang dikatakan gila talak agaknya..

cemomoi berkata...

pelik juga yea... gamaknya masjid tu tempat akad nikah bekas isteri dia kot? hilang akal, hilang pedoman, idop dalam khayal, mati luar iman... nauzubillah

Abd Razak berkata...

Salam..

Manusia yang punya iman yang terlalu tipis, membuatnya dikawal oleh nafsu dan syaitan, akan berbuat sesuatu luar dugaan...

maiyah berkata...

manusia yg hilang pertimbangan.. mrhkan nyamuk kelambu di bakar..