Ahad, 23 Mei 2010

Riadah Di Denai Larian Sungai Perlis.

Hari cuti ni bolehlah kita melakukan aktiviti riadah bersama2 keluarga. Disamping mengeluarkan peluh dapat juga merapatkan hubungan kekeluargaan. Janganlah asyik menatap facebook dan lupa sekeliling kita. Jom kita ke Denai Larian Sungai Perlis yang terletak di Jalan Pengkalan Assam dan berada di kawasan Sungai Perlis.

Denai Larian Sungai Perlis sejauh 6 km ini merupakan denai larian yang sering digunakan oleh orang awam untuk aktiviti rekreasi seperti berjogging, bersenam, bersiar-siar, refleksologi dan lain-lain.

Kawasan rekreasi ini turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada para pengujung seperti trek jogging, titi gantung, tempat refleksologi, taman permainan kanak-kanak, gazebo, wakaf, 'outdoor gym', chalet, surau, tandas awam dan sebagainya.


Laluan masuk dari sebelah kanan Denai.


Jumlah Chalet yang ada untuk sesiapa yang ingin menginap adalah 3 unit ( 1 unit banglow & 2 unit berkembar) dengan harga berpatutan.


Bahagian tepi sungai (boleh memancing) atau bersiar2.


Sungai Perlis yg bersambung hingga ke Kuala Perlis.


Titi gantung dibina merentasi sungai dan jika sesiapa yang ada penyakit lemah jantung atau masalah kesihatan, dinasihatkan tidak menaikinya.


Pemandangan sebelah kanan dari atas Titi Gantung.


Pemandangan sebelah kiri dari atas Titi Gantung.


Pandangan menunjukkan kawasan masuk dari sebelah kiri (ada papan iklan besar) dan Jalan Pengkalan Assam.

6 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...

Indah dan cantik tempatnya..
Rihatkan minda..:)

penjejak maya berkata...

salam,

eloklah berekreasi tu tapi biasa hujung minggu lepas subuh tarik selimut balik..

terokai seni berkata...

suka nengok pemandangan sawah kat perlis sebab ada bukit batu kapur

kalau kat wang kelian tu cantik tul

Werdah berkata...

Salam Achik.

MasyaAllah, tempatnya cantik, menarik dan bersih.

Dapat jamu mata sekejap di sini..alhamdulillah. Nak pergi berekreasi jauh juga ni..

Guru berkata...

kalau dapat menjenguk ke chalet tu bagus juga achik... rekomen kat orang

ummu berkata...

salam sis achik
Ya Allah makin cantik tempat ini.:)
tahniah...
p/s;tempat jatuh lagi kan dikenang,inikan ula tempat menadah ilmu.