Sabtu, 22 Mei 2010

Baik Sangka Pada Jenazah

Tentu kita sering menziarahi orang yg meninggal dan mengucapkan takziah. Tapi kebanyakan orang yg bertakziah itu tertawa saja. Yang mereka perkatakan hanya soal warisan. Tidak ada yang memikirkan bahawa dirinya akan menjadi jenazah juga. Ini semua disebabkan kerasnya hati mereka, memperbanyakkan maksiat dan dosa sehingga melupakan Allah SWT dan hari akhir serta kepedihan yang akan dihadapi. Oleh kerana diri hanya sibuk dengan hal yg tidak boleh menolong walauppun sedikit. Semoga Allah menjauhkan kelalaian ini drp kita semua..



Adab orang bertakziah hendaklah mahu merenungkan dan bersiap-siap serta berjalan di depannya dengan tawaduk. Di samping itu hendaklah bersangka baik kepada mayat meskipun dia fasik serta menyangka dirinya tidak walaupun lahirnya nampak baik. Sebab kita tidak tahu akhirnya.

Pernah Umar Ibnu Dzar, ketika salah seorang tetangganya yg keterlaluan dan dibenci orang itu meninggal, dia mendatangi dan mensolatinya. Setelah sampai, dia berdiri di kuburannya dan berkata, " Semoga Allah mengampuni mu wahai si fulan! Sewaktu hidup kau telah bertauhid dan bersujud. Meskipun orang2 mengatakan kau banyak dosa. Siapakah orang yg tak ada salah dan dosa?"

Seorang lelaki yg keterlaluan fasiknya mati di Basrah. Isterinya tidak menemukan org yg mahu menguruskan jenazahnya. Lalu isterinya mengupah dua org utk membawanya ke mussola. Namun tidak ada yg mahu mensolatinya. Selanjutnya si isteri hendak membawa jenazah itu ke suatu padang utk dikuburkan. Dia melihat di gunung sebelahnya ada seorang zahid (org yg zuhud kpd Allah) telah menunggu jenazah. Org itu hendak mensolatinya. Segera khabar itu tersebar ke seluruh kampung.

Orang merasa hairan mengapa org zahid itu mahu mensolatinya. Setelah ditanyakan, dia menjawab," Dikatakan kepadaku dalam mimpi: "Turun lah ke tempat ini. Kau akan melihat jenazah yg dihantarkan oleh seorang perempuan. Solatilah jenazah itu! Dia telah diampuni." Orang2 bertambah kehairanan. Si zahid itu memanggil isterinya dan menanyakan keadaan suaminya. " Sepanjang hari dia minum arak," jawab isterinya. "Cubalah ingat2kan lagi," desak si zahid. " Barangkali sedikit amal baik diperbuatnya."

Isteri menjawab," Memang ada tiga hal. Bila dia sedar dari mabuknya di waktu subuh, segera ia salin baju, berwuduk dan solat subuh berjemaah, lalu kembali ke kedai araknya. Kedua, dirumahnya selalu ada satu atau dua anak yatim. Dia sangat mengasihinya melebihi anaknya sendiri. Ketiga, bila dia sedar dari mabuknya di tengah malam, dia menjerit; " Ya Tuhanku, ke jurang jahanam yg mana hendak Engkau lemparkan hamba-Mu yg busuk ini?" Kemudian zahid itu berlalu dan hilanglah kemusykilannya.

Rupanya amalan lelaki tersebut bersoalt jemaah, mengasihi anak2 yatim dan sentiasa menganggap dirinya termasuk ahli neraka telah menyebabkan dosa2nya diampun Allah...

Ad-Dahak berkata: "Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: " Siapa manusia paling zuhud itu?" Baginda SAW menjawab: " Ialah orang yang tidak pernah melupakan kubur, meninggalkan kelebihan perhiasan dunia, serta mementingkan yang kekal fana, tidak pernah memimpikan hari esok dan menganggap dirinya termasuk ahli kubur."

7 ulasan:

nz berkata...

klu selalu ingt mati mesti susah nak delay waktu solat kan..

Acik Erna berkata...

acik..mati itu pasti kan..semoga kita diampuni dan berada dikalangan orang2 yang beriman..

penjejak maya berkata...

salam,

segala penerimaan amalan seseorang di dunia ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu..

Cetusan berkata...

setakat nak beri ingatan dan renungan dalam hati seorang diri kira OK laa kan...


kenapa jenayah begitu kenapa begini kenapa itu kenapa..hhee

tetapi jika bercerita kepada orang ketiga dah masuk bab lain..umpat orang yang dah meninggal..cian ..

terokai seni berkata...

semoga Allah ampunkan dosa kita ketika manusia masih lagi tak henti mencela

Abd Razak berkata...

Salam...

Dirikan solat, tunaikan zakat, kerjakan puasa, sahutkan panggilan haji jika mampu, istiqamah dlm semua amal ibadah, jaga mulut dan lidah dari umpat dan keji, jgn buat fitnah dan perkara2 yg bersangkutan dgn dosa2 besar & kecil, insya Allah akan Allah permudahkan semuanya

ummu berkata...

salam achik
sorry baru harini sempat mnjelajah ke sini.habis entry ni pun saya nak komen,takpe kan?

sungguh Allah maha pengampun maha penyayang,kan..lautan rahmatnya amat luas.siapalah kita nak menilai hambaNya yang lain