Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa... lagi berita baca di sini
Tiba-tiba teringat lagu Dato' M. Daud Kilau tentang orang yg gila berjudi.
"Banyak orang gila judi
banyak orang gila judi
hai judi merosak diri
merosak diri
banyak yang setengah mati
akibat judi........."
Sekalipun hiburan dan permainan itu dibolehkan oleh Islam, tetapi ia juga mengharamkan setiap permainan yang dicampuri perjudian, iaitu permainan yang tidak luput dari untung-rugi yang dialami oleh si pemain.
Tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat untuk menghibur diri dan mengisi waktu senggang. Begitu juga tidak halal seorang muslim menjadikan permainan judi sebagai alat mencari wang dalam situasi apapun.
Islam, di balik larangannya ini ada terkandung suatu hikmah dan tujuan yang tinggi sekali, iaitu:
1. Hendaknya seorang muslim mengikuti sunnatullah dalam bekerja mencari wang, dan mencarinya dengan dimulai dari pendahuluan-pendahuluannya. Masukilah rumah dari pintu-pintunya; dan tunggulah hasil (musabbab) dari sebab-sebabnya.
Sedang judi --di dalamnya termasuk undian-- dapat menjadikan manusia hanya bergantung kepada pembahagian, sedekah dan angan-angan kosong; bukan bergantung kepada usaha, berkerja dan menghargai cara-cara yang telah ditentukan Allah, serta perintah-perintahNya yang wajib diturut.
2. Islam menjadikan harta manusia sebagai barang berharga yang dilindungi. Oleh kerana itu tidak boleh diambilnya begitu saja, kecuali dengan cara tukar-menukar sebagai yang telah disyariatkan, atau dengan jalan hibah dan sedekah. Adapun mengambilnya dengan jalan judi, adalah termasuk makan harta orang lain dengan cara yang batil.
3. Tidak menghairankan, kalau perjudian itu dapat menimbulkan permusuhan dan pertentangan antara pemain-pemain itu sendiri, kendati nampak dari mulutnya bahwa mereka telah saling merelakan. Sebab bagaimanapun akan selalu ada pihak yang menang dan yang kalah, yang dirampas dan yang merampas. Sedang yang kalah apabila diam, maka diamnya itu penuh kebencian dan mendongkol. Dia marah kerana angan-angannya tidak dapat tercapai. Dia mendongkol kerana taruhannya itu sial. Kalau dia ngomel, maka ia ngomeli dirinya sendiri kerana derita yang dialami dan tangannya yang menaruhkan taruhannya dengan membabi-buta.( sumber di sini )
Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.
Firman Allah swt:
"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh kerana itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh kerana itu apakah kamu mau berhenti?!" (al-Maidah: 90-91)
sekadar hiasan... (gambar dr pakcik google).
8 ulasan:
Mudah2an Allah tidak menurunkan balaNya yang maha dahsyat atas kemungkaran yang tidak henti2 dilakukan oleh sebahagian kita..
Salam..
Kalau diluluskan maknanya sama seperti menghalalkan yang haram...boleh jadi gugur aqidah
Salam Acik.
Bersetuju sangat dengan Abd Razak, jika membenarkan yang haram boleh menjejaskan aqidah. Sedangkan seseorang berbuat baik jika niat untuk menunjuk-nunjuk pun sudah dikira syirik kecil. Inikan pula halalkan yang haram.
mana ader benda haram dalam malaysia ni.... semuanya halal belaka.... rasuah halal, rompak duit rakyat halal, rampas negeri org halal, tipu rakyat halal, bunuh org halal, fitnah org halal, bawak lari anak org halal, boleh kata halal sehalal-halalnye kecuali satu jer yg haram memang haram iaitu ceramah agama samada di masjid mahupun surau waimah di mana2 sahaja... itulah hakikatnya yg sedang berlaku mahupun yg telah berlaku dan yang bakal akan berlaku mungkin lebih dahsyat lagi dari apa yg kita nampak sekarang... UNDILAH UMNO/BN a.k.a APCO
banyak menda haram yang dihalalkan sekarang ni.. pelikkk
acik..berpegang teguh pada keyakinan diri kita sendiri..yang haram tetap haram..
seram pulak tengok gambar en.google tu..
salam sis
pasti Allah tahu yang terbaik untuk makhlukNya.apa yang termaktub dalam Al Quran adalah petunjuk sepanjang zaman...
To kakciks..
amin..semoga Malaysia secara Islam satu hari nanti.
To Abd Razak..
Salam..
Kadangkala menteri2 ni bercakap tanpa rujuk alim ulama dan mufti..
To kak werdah..
salam.. ya, haram tetap haram!
To tanpa nama..
PRU mendatang...tukar!
To cemomoi..
Dunia dipenuhi oleh org yg bukan ahli memegang amanah..
To kak Erna..
Ya..biar org nk bg alasan apa, haram memang tetap haram. Nk jaga pandangan manusia @ nk jaga pandangan Allah pd kita?
To qaseh mas..
Salam..
Segalanya dalam pengetahuan Allah jua. Siapa yg mengikut suruhan Allah dan mejauhkan larangan-Nya terselamatlah drp azab neraka..
Catat Ulasan