Sabtu, 8 Mei 2010

Guru Bunuh Diri??



KUALA PERLIS - Seorang guru yang didakwa merajuk selepas kecewa kerana ditukarkan ke sekolah baru ditemui mati lemas apabila terjatuh ke dalam laut di Kuala Sungai Baru di sini semalam.

Mayat Zuki Ibrahim, (gambar) 40, ditemui pukul 1.20 petang, enam meter dari tebing pantai.

Sebelum kejadian, Zuki dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya, Noriza Kassim, 37, yang memberitahu dia mahu terjun ke laut pada pukul 9 pagi.

Zuki ditukarkan ke sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi sejak dua bulan lalu selepas dinaikkan pangkat menjadi guru kanan mata pelajaran Kemanusiaan.

Sebelum itu, dia mengajar mata pelajaran sama di SMK Padang Siding manakala Noriza pula guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah di sini.- kosmo lagi berita di sini

Benarkah guru tersebut membunuh diri seperti yg diheboh-hebohkan di sekitar Perlis? Pada acik, belum tentu guru tersebut membunuh diri sbb kita tak tahu niatnya dan apa yg menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Ada juga maklumat yg menyatakan guru tersebut sedang dalam rawatan psikiatri.. waulahualam.

Semoga guru tersebut meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah dan kejadian tersebut hanyalah kemalangan dan bukan membunuh diri. Semoga rohnya dicucuri Rahmat oleh Allah dan semoga segala tomahan yg diterima oleh isteri beliau dan keluarga dpt dihentikan...
-----------------------------------------------------------------------------------
Sekadar perkongsian maklumat, bahawa apapun alasan dan caranya membunuh diri hukumnya adalah syirik. Sedangkan pelakunya syirik tidak akan diampuni dosanya oleh Allah, bahkan kekal disiksa dalam api neraka. Bunuh diri dengan cara meminum racun, gantung diri, terjun bebas, melukai diri, atau dengan bom dan seterusnya adalah sama saja hukumnya. Islam tidak mengenal dan mengajarkan bunuh diri.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (Qs.an Nisa : 29)

"Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)." (QS. Al-Kahfi ; 6)

Dari Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda :
“Siapa yang bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata itu akan ditusuk-tusukannya sendiri dengan tangannya ke perutnya di neraka untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan racun, maka dia akan meminumnya pula sedikit demi sedikit nanti di neraka, untuk selama-lamanya; dan siapa yang bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka dia akan menjatuhkan dirinya pula nanti (berulang-ulang) ke neraka, untuk selama-lamanya.”

Adakah beban kerja guru yg terlalu berat ditambah dgn tekanan drp penguasa atau org yg berkuasa di sekolah menyebabkan bilangan guru yg 'sakit jiwa' bertambah dari hari ke hari. Satu saja jalan yg acik nampak iaitu kembali kepada Allah.

Perbanyakkan amalan berzikir, solat sunat dan membaca Al-Quran setiap hari agar ketenangan diri dapat diperoleh. Ingatlah bahawa kesibukan kerja yg dilakukan tak akan berakhir dan ada ketikanya boleh menjauhkan diri seseorang drp mengingati Allah.

"...Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
(QS. Ar Ra’d, 13:28). Alasan mengapa orang-orang yang beriman kepada Allah, yang berdoa dan berharap kepada-Nya, lebih sihat secara rohani dan jasmani adalah kerana mereka berperilaku sesuai dengan tujuan penciptaan mereka. Falsafah dan sistem yang tidak selaras dengan penciptaan manusia selalu mengarah pada penderitaan dan ketidakbahagiaan.

22 ulasan:

shameel berkata...

Kes bunuh diri dah menjadi2 sejak akhir2 ni. Tak kira islam atau bukan. Tak kira lelaki atau perempuan.


Tapi ttg guru ni, hanya Allah Maha Mengetahui. Semuanya bergantung kepada niat dan keadaan sewaktu berlaku. Mungkin niat nak mandi tapi tiba-tiba lemas. Mungkin juga ada bsikan iblis.

TTg bisikan iblis/jin , Ustz Hassan Din al-hafiz mengakui ada kemungkinan ia boleh berlaku. macam kes melibatkan surirumah terjun perigi kat kelantan.

Saya harap guur tersebut meninggal dlm keadaan beriman. saya sayang guru sebab saya juga seorg guru.

Idalara berkata...

Hanya Allah yg tahu apa niat arwah guru tersebut..mudah2an dia tiada niat membunuh diri..mungkin hnaya kebetulan kejadian itu berlaku.

penjejak maya berkata...

salam ziarah,

terkejut baca berita ni sebab daripada laporan cekgu ni dah pun ada anak isteri. tak masuk akal kalau bunuh diri semata-mata ditukarkan sekolah. pun begitu kalau seberat mana masalah pun pastinya ada jalan penyelesaian. Allah itu Maha Mengetahui...

ummu berkata...

salam Achik

"Pada acik, belum tentu guru tersebut membunuh diri sbb kita tak tahu niatnya dan apa yg menyebabkan kejadian tersebut berlaku. "

setuju tu achik.kita tidak tahu apa perkara yang berlaku sebenarnya.sedih juga,kerana kejadian ini berlaku pada bulan sambutan hari guru....

apapun bunuh diri perbuatan yang ditegah Allah...terima kasih atas komen achik di teratak saya pada 'patah hati' ini. berdasarkan pengalaman saya jua, anak2 yang baru kehilangan / kematian ibubapa memeang memerlukan sokongan kuat dari semua pihak. insyaAllah jika diizinkan Allah nanti ingin saya catatkan pengalaman saya itu nanti..

Abd Razak berkata...

Salam..

Semoga kematiannya tidak seperti yang dilaporkan.

Maiyah berkata...

ya Allah.. moga rohnya di rahmati

mamawana berkata...

Al Fatihah...

muraisenja berkata...

MasyaAllah hilang akal apa... hanya pada Allah sahaja tempat kita mengadu .... biar sekalipun nyawa diambang maut jgn sekali2 menyerah kepada kebatilan dan kemungkaran. Semoga rohnya dicucuri ramhat dan diampuni Allah.

anismi berkata...

Salam,
Al-fatihah..
Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya niatnya itu.... Semoga dicucuri rahmat dan diampuni Allah.

Tanpa Nama berkata...

Dia tertekan sebab dipindah sekolah..dah lebih 3 tahun dia dirawat di unit Psiktirik HTF. Pengarah JPN Perlis, Pengetua dan PK SMK Syed Sirajuddin patut di ambil tindakan kerana menukar guru ni tanpa kerelaan. sepatutnya ambil berat la kat dia dan bantu la dia..Pengarah JPN Perlis perlu di dakwa

Dia guru SMK syed Sirajuddin di paksa pindah ke SMK padang siding atas alasan konon naik pangkat. sebenarnya dia kat syed sirajuddin pun dah DG44. tapi ada skendal nak naikkan kroni Penlolng Kanan ke post guru tingkatan 6. depa tendang dia yang sakit di ke padang siding..

Werdah berkata...

Salam Acik.

Apa-apapun kita yang tidak mengetahui hal sebenarnya mendoakan agar tidak seperti yang dilaporkan.

Walaupun demikian, tindakan membunuh diri ini seolah2 nak ambil alih kuasa Allah. Mohon perlindungan agar tidak terjadi sedemikian

Nida n' Hanafi berkata...

Adakah beban tugas guru sekarang terlalu berat sehingga tidak upaya untuk diselesaikan.. wallahualam..

p/s; al-Fatihah buat arwah

Adilah Mnor berkata...

salam..
Hanya Allah yang maha mengetahui di sebalik apa yang terjadi...

Rohani M.U berkata...

Salam.
Al-Fatihah buat yang pergi.
Sungguh menyedihkan.

Tanpa Nama berkata...

Pengetua org BN, Pengarah JPN org BN, Menteri Pelajaran lagi BN, kesimpulan BN perompak, perogol, perasuah, perampas, penjenayah... lanyak BN pada PRU13, jgn bagi muka lagi pada BN di bumi malaysia... Allahu Akbar 3X

nana berkata...

salam..

Fakta yang ditulis pada surat khabar adalah kurang tepat yang mana ada mengatakan arwah ditukarkan ke sekolah men.keb syed saffi,padahal yang sebenarnya ialah arwah daripada sek.men.keb.syed sirajuddin dan kemudiannya ditukarkan ke sek.men.keb.padang siding.

arwah mengalami tekanan dan masih dalam pemantauan pakar psikitari. Apa yg terjadi kepada dia, adalah antara Dia dan Allah. Wallahu'alam..

Tanpa Nama berkata...

Allahyarham, seorang sahabat yang sukar di cari ganti,seorang sahabat yang sering membantu rakan2 ,yang didalam kesusahan…kerana penyakitnya ,beliau telah diletakkan dalam keadaan yang sebegitu…,berhentilah membuat spekulasi yang tidak benar tentang beliau..pohon , rakan2 di luar sana menyedekahkan AL FATEHAH buat arwah.,semoga ALLAH Taala mencucuri rohnya dan di tempatkan orang2 yang soleh..sesungguhnya setiap kejadian itu ,hanya penciptaNYA sahaja yang mengetahuinya…Hari ini kami semua kehilangan seorang seorang bapa,seorang guru dan seorang sahabat…AL- FATEHAH…

Acik berkata...

Buat semua yg memberi komen..
Terima kasih atas keprihatinan anda semua terhadap isu ini. Apa yg penting kita sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah dan doakanlah agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.
Bagi sesiapa yg terasa dirinya telah melakukan kesalahan terhadap beliau, bertaubatlah dan mohon keampunan kepada Allah..
giliran kita entah bila pula.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang bertanggungjawab? Pihak mana yang perlu dipersalahkan? Pentadbir di JPN Perlis dan Pentadbiran SMK Syed Sirajuddin perlu jawab soalan cepu emas ini – Adakah wajar sesorang guru yang di bawah selian atau rawatan Jabatan Psikitri Hospital Kangar dinaikkan pangkat? Apakah ada udang di sebalik kendong kroni warga SMK Syed Sirajudin? Nampaknya apa yang berlaku adalah penafikan hak orang lain demi memenangkan hati kroni-kroni pentadbir JPN maupun Pentadbir SMK Syed Sirajuddin. Dengar khabar pengetua ditukarkan ke sekolah lain. KP perlu siasat dan perlu ambil tindakan wajar supaya perkara ini tidak berlaku di masa hadapan.

Leave a Reply

Tanpa Nama berkata...

"Ya arwah seorang yang baik dan sering bantu orang dalam kesusahan…dah lama dia sakit. dia dalam pemantauan Jabatan Pskitri Hospital Kangar…Dia makin tertekan apabila ditukar tanpa rela ke sekolah padang siding dari sekolah syed sirajuddin..Puas dia merayu pada PK Ustaz Din dan pengetua azni man…tapi jawab mereka mudah arahan JPN..senang je cuci tangan..Saya harap PK dan pengetua ni bertaubat ” Ingat doa orang teraniya dimakbulkan” pertukaran kononnya naik pangkat adalah muslihat je sebab nak naikkan orang lain sebagai guru form 6. sekolah padang siding sekolag grade B so jadi guru kanan bukan ada apa kelebihan pun..

Niat jahat kunco kunco ni pecah apabila selepas zuki di pindah, mereka naik kan syed lok lok jadi guru form 6. jahat puak ni sanggup mati kawan demi pangkat"

1.Betulkah fakta diatas?
2.Kalau betul?bertaubatlah anda yang terlibat.
3.Semoga Allah merahmati roh insan yang bernama cikgu Zuki Bin Ibrahim.

Tanpa Nama berkata...

1.Yang berlalu!biarkan ia berlalu…
2.Semoga Allah mencucuri roh Cikgu Zuki Bin Ibrahim…semoga dimasukkan dikalangan orang-orang yang beriman…
3.Pada yang bernama guru!berbaloikah dengan apa yang terjadi..berapa sangatlah ganjaran serta pangkat yang dikejar..berapa kupang jee nilainya….
4.Pada empunya blog…buang saja cerita ini..andai ini terjadi pada keluarga anda..sanggupkah anda dimalukan sebegini….tenteramkah roh cikgu Zuki disana..fikir-fikirlah bersama..
5.InsyaAllah..Alah itu Maha segalanya…tiap perbuatan ada balasannya..jika bukan hari ini…mungkin esok…mungkin tidak dibalasNya pada kita…mungkin pada anak kita…mungkin jua pada anak cucu kita….

Unknown berkata...

Saya kenal arwah...dah saya harap cikgu syed sirrjjudin yg terlibat di terima karma...aminnn...