Ahad, 18 April 2010

Letusan Gunung Berapi Iceland Kian Memburuk.

Semalam sepatutnya suami kepada kawan acik berlepas ke London daripada KLIA. Tetapi penerbangannya ditunda gara-gara debu. Rupanya akibat letusan gunung berapi di Iceland telah menyebabkan partikal-partikal debu berterbangan dan mencemarkan sebahagian besar negara Eropah. Lihat sini dan di sini


SATU imej radar menunjukkan gambar seperti muka hantu pada kawasan kawah di glasier Eyjafjallajokull yang mengeluarkan abu semalam.

Debu kawah gunung berapi yang dikeluarkan di bawah glasier Eyjafjallajokull telah menyelubungi kawasan luar bandar Iceland sekali gus menyebabkan hampir kebanyakan penerbangan di Eropah ditangguhkan sehingga hari ini. Baca lagi di kosmo.


Debu yang berwarna kemerahan masih menyelubungi ruang udara.


Debu gunung berapi di atas manakala ais glasier berada di bawah.




Kelmarin, seketul ais sebesar sebuah rumah runtuh dari kawah di bawah glasier Eyjafjallajokull di Iceland.

Menurut seorang pegawai di Jabatan Perlindungan Sivil, Rognvaldur Olafsson, banjir dijangka berlaku ekoran kecairan ais.

Ruang udara Britain, Ireland, Perancis. Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Belgium ditutup ekoran debu yang dikeluarkan oleh kawah gunung berapi itu.

Langit di Lapangan Terbang Heathrow dan beberapa kawasan di Britain turut menjadi jingga ekoran debu tersebut.

Bila lihat gambar2 bencana alam sebegini mengingatkan acik akan kiamat yg hampir tiba. Tanda2 kiamat dah banyak. Adakah bekalan kita telah mencukupi untuk kita ke sana?

Dan diriwayatkan dari Salamah bin Nufail As-Sukuni , Ia berkata : Kami sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam lalu beliau menyebutkan suatu hadis yang antara lain isinya :
"Ertinya : Sebelum terjadinya hari Kiamat akan terdapat kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi"

Ibnu Hajar berkata, "Telah banyak terjadi gempa bumi di negara-negara bagian utara, timur dan barat, tetapi yang dimaksud oleh hadits ini ialah gempa bumi secara merata dan terus menerus" [Fathul Bari 13 : 87].

8 ulasan:

maiyah berkata...

bumi semakin panas

kakcikseroja berkata...

Subhanallah.. sehebat manakah 'kuasa' manusia hendak dibandingkan dengan Yang Maha Berkuasa? ..

anismi berkata...

Salam akak,

Allahuakbar....Allah yang Maha Esa mampu menciptakan segalanya.... semoga kita diberi keinsafan di atas kejadian ini.

Abd Razak berkata...

Salam..

Subhanallah...

Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang-orang yang beriman. (QS Al Jaatsiyah 45:3)

Werdah berkata...

Salam Acik.

Sungguh peringatan Allah kepada kita agar sentiasa bersiap sedia dengan bekalan. Dunia hampir musnah dan kiamat semakin hampir.

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Al-Anbiya' [21] : 1)

Mudah2an kita ambil iktibar.

aidah berkata...

Salam Acik,

subhanallah........... semakin hari bumi semakin panas. Tiada yg dapat menandingi kuasanya.

cemomoi berkata...

ciptaan Allah yang menakjubkan tapi sangat menakutkan... amaran dah banyak bekalan tak penah cukup.. tapi masih alpa

Acik berkata...

to maiyah..
Betul..kipas pusing ligat walaupun mlm.

To kakcikseroja..
Manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan.

To anismi..
Salam..
Mudah-mudahan... amin.

To Abdul Razak..
salam..
Semoga kita tergolong di dlm org yg beriman itu.

To kak Werdah..
salam..
InsyaAllah..mudah2an menjadi ikhtibar.

To aidah..
salam..
Semoga kita tidak lalai dan leka dgn dunia lagi.

To cemomoi..
Semoga kita tak terus lalai dan leka..