Ahad, 25 April 2010

Kawan Punca Remaja Terjun Bangunan?

Kes terjun lagi di Kangar, Perlis...kali ni cubaan saja. Hampir dua bulan lepas, sekolah antah berantah lebih gempar dengan kejadian terjun2 ni. Masuk berita utama...pemberita mcm paparazi je halakan kamera cari sudut yg menarik (sbb pagar ditutup). Pelajar tu terjun dan patah beberapa tempat tapi sekarang dah semakin sembuh. Pelajar ni pun tak punya ramai kawan.

Kes kali ni diulas sebagai kes putus cinta. Difahamkan remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek rakan2nya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya...baca di sini.

Tapi apa yg acik dengar, pelajar ni baru kematian ayahnya hampir sebulan lepas. Disebabkan tak tahan dengan tekanan perasaan dan ejekan, maka dia bertindak begitu.



Kawan ni banyak jenisnya. Ada yg suka memperkecil2kan kawan, mencari kesalahan dan kelemahan kawan, mengejek dan menyakiti hati kawan. Pada acik, orang sebegini tak layak dijadikan kawan. Kawan mcm ni banyak di pasar malam, gitulah kata hubby acik..

Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

13 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Salam Niza..

ada kawan yang tidak layak pun untuk dipanggil kawan.. di hadapan dia memuji, di belakang dia mencaci.. hmmm...

^inas^ berkata...

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

nak cari bakal suami cam ni.. tgk je rasa mcm ade hidayah Allah nak turun.

;-p

amin~

a kl citizen berkata...

acik

kesian juga kat budak tu
kena hantar kaunselor lah lepas ni
cikgu2 pun mesti urut dada banyak2, klau jadi lagi terjun bangunan, pengetua mesti panas punggung, silap2 heart attack

Idalara berkata...

salam acik..
sebenarnya mlm td bila tguk berita ni kak ida menangis dan sekarang pun airmata dh ke tepi2 je,ntah mcne lah perasaan dia saat itu.....kesian dan rasa sedih sgt kat remaja tu..rasa mcm anak2 kak ida juga..kehilangan ayah dalam usia begitu tentu sgt menekan jiwanya apalagi bila mendapat kwn2 yg tk memahami..mudah2an dia akan pulih dr tekanan yg dia hadapi.

Nida berkata...

Salam Acik..

Teringat Nida masa mengajar dulu.. ada seorang anak murid Nida ni sakit thalassemia major.. agak serius juga. Kesian dia, mata dan badan warna kuning.. tapi yang geramnya kawan2 dia suka mengejek dengan menggelarkan anak murid Nida ni "mat gian".. yang paling sedih, adik beradik dia semuanya umur tak panjang akibat penyakit ini...

Abd Razak berkata...

Salam...

Kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

aidah berkata...

Salam Acik,

Sesungguhnya sukar untuk mencari kawan sejati, yg sangguh ketawa dan nangis bersama. Yang nk menjatuhkan mmg senang dicari. Kwn masa senangpun senang nk cari, tp kawan masa susah...

Dahlia Nawi berkata...

salah satu punca seseorang itu rosak adalah kawan.klu berkawan dgn org baik, baikla jadinye, jd bila berkwn dgn yg tak baik, maka x baik la jdnye. melainkan kita yg mengubah diri sendiri kearah kebaikan.

Werdah berkata...

Salam Acik.

Tak tahu apa yang harus dikatakan, ramai sungguh orang-orang jiwanya tak harmoni sekarang ini, ditimpa masalah yang sedikit mencari masalah yang lebih besar. Tidakkah jika kematian sampai di saat itu apakah kesusahan yang sedikit itu akan berakhir di situ sahaja.

Mudah2an kita terpelihara daripada berbuat seperti ini.

shameel Iskandar berkata...

kawan amat diperlukan dlm hidup dan kehidupan. ada kawan yg mmepengaruhi kawannya agar menajdi baik dan ada kawan yg mmepengaruhi kawannya mnjadi jahat.

Sabda Nabi s.a.w “ Bandingan teman berbual yang baik dan buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi , sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

cemomoi berkata...

hilang pertimbangan ketika hilang kawan? usia masih muda perjalanan masih jauh tai dah hilang pedoman... moga jadi pengajaran

Acik berkata...

To kakciks..
Salam..Kwn jenis makan kwn, bukan kwn sbenarnya.

To inas..
Semoga dipertemukan Allah jodoh yg sesuai..

To cikgu Normah..
Memang panas..tp tak sepanas isu pelajar meninggal jatuh gaung di Bkt Air (ponteng sek). MB pun turun..

To Kak Ida..
Salam..semoga pelajar tu dpt ketenangan semula. Anak yatim, sepatutnya tak diperlakukan sedemikian.

To Nida..
Salam.. kesian pelajar tu,tentu tekanan keluarganya hebat.

To Abd Razak..
Salam..kawan yg baik dpt membahagiakan dan membimbing kita menuju Ilahi.

To aidah..
Salam.. susah ibarat mencari mutiara dicelahan kaca..

To Dahlia Nawi..
Semoga dipertemukan Allah dgn kwn yg membawa kita ke jln Allah.

To kak Werdah..
Salam.. Ujian Allah sebenarnya utk mendekatkan kita kpd Allah. Hanya yg ampu berfikir akan dpt mengerti..

To Shameel Iskandar..
Semoga kita tak salah memilih kawan..

To cemomoi..
Remaja yg tak dpt redakan tekanan perasaan bertindak mengikut nafsu..

'Hurun-Ein' berkata...

cinta ditolak terjun bangunan tingkat 3? xjadi pe.. dengan izinNya hanya patah tulang aje..lebih terseksa idup..budak skrg ni makin pandai makin tak tau berfikir..mane yg haq mana yg batil...jalan shortcut aje dipilih...Astaghfirullah

~Dunia skrg sahabat perlu btl dipilih..kebanyak skrg kawan'makan' kawan...Nauzubillah..Bersahabatlah dengan ikhlass kerana Allah..