Rabu, 14 April 2010

Petua...

Ada dua petua yang acik ingin kongsi dengan anda semua...

1. Bagi menghilangkan bau cat (jenis minyak).
- Jika kita hendak mengecat rumah kadangkala bau cat amat busuk dan memeningkan kepala. Ada satu petua yg boleh menghilangkan bau busuk cat tersebut. Ambil esen vanilla yg selalu diguna utk buat kek. Campurkan separuh daripada esen vanilla ke dalam tin cat (kalau byk, lebihkan esen vanilla tersebut) dan kacau sebati. Anda akan dapati bau cat tersebut akan hilang dan tidak meninggalkan kesan bau...macam cat nippon odor less gitu! InsyaAllah berkesan sbb acik dah guna banyak kali petua ni..




2. Bagaimana nak hilangkan kesan daki degil pada baju sekolah?


Ini petua daripada kawan acik.. dia kata letakkan sabun buku cap kapak (jenis panjang) tak byk buih. Letak pada kolar baju dan kawasan berdaki. Biar seketika dan kemudian cuci mcm biasa. Hasilnya, insyaAllah kotoran akan tanggal. Kalau tak berjaya juga....beli saja baju sekolah yg baru senang cerita!

5 ulasan:

a kl citizen berkata...

assalammualaikum sha

aii... mesti teruk kesnya, sampai kena bukak blog baru pula ya..
apa pun semoga terus berblog

maiyah berkata...

bgus tip ni..

anismi berkata...

Salam akak...

tak selesai lagi masalah hari tu...tetiba je tukar blog....kesian..

nak cuba lah pada baju sekolah budak2 ni...susah sangat nak tanggalkan kotoran.

Werdah berkata...

Salam Acik.

Boleh bagitahu asband ni fsl bau cat tu.. insyaAllah.. sbb dia kdg2 ada ambil kerja cat mengecat ni.

Ttg baju tu pula boleh bagi tahu anak-anak.. insyaAllah.

Dulu2 masa kecik.. basuh dan mandipun guna sabun cop kapak.. hehe

Acik berkata...

To Cikgu Normah..
Waalaikumusalam..
Bos kata dia x dendam dan maafkan. Tp ada yg ambil kesempatan sbb irihati. Kalau mrk ni tak kacau kwn2 saya dgn kata2 hinaan (sbb dlm blog dulu byk gambar kwn2 terutama dila) dan x kacau sampai hal peribadi kwn2, saya tak tutup blog tu. Sbb nk elak benda ni jd bahan kutukan mrk, saya buka blog baru.

To maiyah..
Try la..

To anismi..
X selesai sbb ada org yg sengaja pjgkan. Habis 'digeledah' blog lama hinggakan pantun akak pun dijadikan bahan mengejek kwn akak..

Cubalah..lebih baik kalau berus dgn tangan.

To kak Werdah..
Waalaikumusalam..
Tips ni diberi oleh seorg kawan asband gak.. dan kalau berus cat yg habis cat, nk guna lagi..bungkus berus cat tu dgn kertas surat khabar. Berus tak keras dan mudah nk sambung mengecat.