Rabu, 5 Mei 2010

Amar Makruf Nahi Mungkar.



Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Kamu menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar, serta beriman kepada Allah..." (Q.S Imran:110)

Jika kita meninggalkan amar makruf nahi mungkar, maka hilanglah kebaikan kita. Namun jika kita beramar makruf dan nahi mungkar serta memerangi orang kafir agar masuk Islam, maka manfaat kita bagi manusia jua.

Rasulullah SAW bersabda;
" Sebaik manusia adalah orang yang bermanfaat bagi manusia dan seburuk-buruk manusia orang yang membahayakan manusia."

Sabda Baginda SAW yang lain:
" Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan secara hikmah iaitu dengan kuasanya, jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidak mampu lagi dengan hatinya. Yang demikian itu iman yang lemah."

Ulama mengatakan, " Mengubah dengan kekuasaan itu bagi penguasa. Adapun mengubah dengan lisan itu bagi ulama dan mengubah dengan hati itu bagi orang awam. Pendeknya barangsiapa mampu wajiblah bagi dia mengubahnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya (permusuhan)."

Tolong menolong yang diperintahkan adalah dalam hal menyediakan perkara kebaikan, menghindarkan kejahatan dan permusuhan sesuai dengan kemampuan. Malah dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda;
" Barangsiapa membetulkan orang bid'ah, Allah akan memenuhi hatinya rasa aman dan iman. Barangsiapa menghinakannya, Allah akan menyelamatkannya di hari Kiamat. Barangsiapa melakukan amar makruf nahi mungkar, dia khalifah Allah di muka bumi, malah khalifah kitab dan khalifah rasul-Nya."

Abu Zar al Ghifari ra berkata: Telah berkata Abu Bakar As Shiddiq ra:
" Ya Rasulullah, adakah jihad selain memerangi kaum musyrikin?" Rasulullah SAW menjawab, "Sesungguhnya Allah punya para pejuang di muka bumi lebih utama dari para syuhada. Mereka hidup diberi rezeki, dimuliakan Allah dan para malaikat langit menghias Syurga untuk mereka. Abu Bakar bertanya, "Siapa mereka?" Rasulullah SAW menjawab," Orang yang memerintahkan kebaikan melarang kemungkaran serta suka dan benci kerana Allah. Demi Zat yang diriku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya seorang hamba dalam bilik di atas bilik-bilik para syuhada. Tiap bilik ada tiga ratus pintu dari yakut dan zamrud hijau dan di atas tiap pintu ada nur. Tiap lelaki dari mereka dikahwinkan dengan tiga ratus bidadari bermata indah. Bila dia memandang salah seorang dari mereka, bidadari itu berkata, "Ingatkah di hari itu kamu memerintahkan kebaikan dan melarang kemungkaran?" Jika dia menoleh kepada bidadari, yang lain pun berkata, "Ingatkah di tempat itu kamu amar makruf dan nahi mungkar?"

Sumber: Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub karya Imam Al-Ghazali.

5 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam..:)

Moga sihat hendaknya

Umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah umat yang terbaik, kerana selain mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. mereka juga melakukan amar makruf nahi mungkar, ada sebuah ayat yang menerangkan kewajiban tentang beramar makruf nahi mungkar, yang tertuang pada surat Ali Imran ayat 104 yang ertinya, “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”

Maiyah berkata...

kemungkaran hnya akan merosakkan jiwa

Guru berkata...

amar ma'ruf nahi mungkar ni perlukan kekuatan dalaman
bukan calang-calang orang boleh melaksanakan sebaik mungkin
apa pun ia satu kewajipan yang perlu kita usahakan

Werdah berkata...

Salam Acik.

Jika semua melaksanakan tanggungjawab ini, berkuranglah masalah sosial pada hari ini.

Nida n' Hanafi berkata...

Salam..

Alhamdulillah.. saling ingat mengingati..

Kadang2 rasa musykil.. dah terang2 dalam Al-Quran menyebut batas pergaulan antara bukan muhrim, tapi cerita Melayu kita yg ditv2, bukan muhrim bebas berpelukan...