Selasa, 4 Mei 2010

Guru Oh..Guru..

16 Mei setiap tahun akan disambut perayaan Hari Guru di Malaysia. Berbagai program dirancang bagi memeriahkannya oleh GURU. Mesyuarat khas biasa dibuat memanggil GURU-GURU membincangkannya. Tahun ni mungkin hebat lagilah sebab telah keluar arahan 15 Mei hari Sabtu semua GURU kena datang sekolah bagi menjalankan Gotong Royong Perdana sempena hari GURU. Oleh kerana 16 Mei jatuh hari ahad maka semua sekolah kena sambut perayaan Hari GURU pada hari Isnin 17 Mei. (kecuali Perlis sebab cuti sempena Hari keputeraan Raja ) Semuanya GURU jugak kena jalankan. GURU-GURU takde rehatkah? hingga sambutan hari GURUpun GURU juga kena jalankan? baca lagi..


Orang kata jadi guru sungguh penat

Kerja menimbun gaji terikat

kerja kerani semua dibuat

imbuhan pula disekat-sekat.


Guru memegang amanah yang berat

Ikhlas mengajar penuh berkat

Ilmu dicurah tanpa disekat

pelajar belajar penuh berminat.


Orang kata guru itu sungguh bosan

melihat muka yang sama setiap bulan

pelajar bermasalah ambil kesempatan

Harap tak ada guru yang masuk Tanjung Rambutan.


Aku kata guru itu sungguh riang

sekali bercanda pelajar ketawa girang

bila pelajar berjaya semua menjulang

semoga jasa bakti guru tetap dikenang....

11 ulasan:

Guru berkata...

nasib guru..
apa pun kita mengharapkan ganjaran yang lebih baik di sana

Abd Razak berkata...

Salam...

Sungguh beruntung jadi guru, seperti mana yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. "Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah segala amalnya kecuali 3 perkara, sedekah jariah yang berterusan, anak yang soleh dan ilmu yang dimanfaatkan."

Maka sebagai guru selagi mana ilmu yang dicurahnya kepada pelajar dan dimanfaatkan terus terusan utk agama dan umat manusia maka pahalanya akan berterusan hingga berakhirnya dunia ini.

Cikgu Zam berkata...

salam,
cabaran menjadi guru dan pendidik pada hari ini dan masa akan datang adalah satu cabaran yang menggila.

Faridrashidi berkata...

Salam tuan blog, saya nak jemput baca blog dan bertukar link.. KLIK

http://www.faridrashidi.com/2010/05/05/jangan-berhukum-dengan-emosi/#more-1527

Nida n' Hanafi berkata...

Inilah kita sebagai guru..
Moga keikhlasan mendapat berkat
Moga jasa dikenang selalu.

Unknown berkata...

Selamat hari guru buat semua guru2..samada yg masih atau dah pencen..jawatan tu tetap disandang forever..

shameel Iskandar berkata...

Bagus entry ni sebabnya saya juga guru dan bakal bergotong royong perdana nanti. hehehe.

Sejujurnya, jika dibandingkan dgn guru tahun 80-an dan 90-an, guru harui ini lagi banyak tugas, bebanan dan dugaan. Tahun 90-an tika bergelar pelajar, saya dapat lihat betapa mudahnya hidup sebagai seorg guru.

Dulu saya mengajar di sekolah berasrama penuh( Sek men sains lahad datu sabah) . seronak mengajar kt sana sebb pelajanrya terpilih dan pandai. sekarang mengajar kat chemor perak. kat sini pun gagus juga tapi tak sebagus di sabah dulu.


saya ade luahkan dunia guru dalam cerpen saya. http://bicaradariaku.blogspot.com/2010/01/dalam-hati-seorang-guru.html

Acik Erna berkata...

selamat hari guru akak ucapkan..tahniah untuk guru..serba serbi bolih dibuat..bukan hanya setakat mendidik anak2 bangsa..

Acik berkata...

To Cikgu Normah..
Amin..semoga Allah memberkati kita semua.

To Abd Razak..
salam..
Alhamdulillah, jika ada keikhlasan ada ganjaran drp Allah..

To Cikgu Zam..
salam.. itulah manisnya dunia guru..

To Faridrashidi..
salam...insyaAllah dan terimakasih.

To Nida..
Amin.. insyaAllah, jaji Allah Maha Benar.

To LB..
Selamat hari guru jua buat saudara LB..

To shameel iskandar..
Dulu lain, sekarang lain.. dulu sikap hormat pelajar kpd guru tinggi tp sekarang dh mula terhakis

To kak Erna..
Terima kasih..jawatan guru ni ibarat seribu kerja dalam satu jawatan...memang kena serba boleh.

Masih guru berkata...

Dah link keFB saya.Maaf link dulu baru minta izin.menarik dan ingin kongsi dgn rakan2 guru lain

Werdah berkata...

Salam Acik.

Selamat menyambut Hari Guru, biarpun penat dalam tugas, kadang-kadang ada manisnya juga. Dalam pahitnya ada kemanisan, InsyaAllah.