Sabtu, 1 Mei 2010

Landskap Impian...menjadi tak?

Hari pekerja adalah hari cuti utk sesetengah org. Tapi, pada acik, hari pekerja adalah hari utk kita buat kerja sendiri atau laksanakan hobi yg sering tertangguh. Sudah hampir dua minggu tanah top soil dihantar oleh kawan hubby acik. Dah hampir separuh tanah tersebut diangkut.. ada separuh lagi..aduhhh..penat!


Tanah peroi atau top soil yg masih berbaki di hadapan rumah.

Sebenarnya acik bercadang nak bina lanskap sendiri dengan mengabungkan landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut terdiri drp penggunaan elemen semulajadi spt tumbuhan dan air manakala landskap kejur menggunakan elemen buatan dan keras seperti batu, kayu, besi dan lain2.

Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada. Kawasan tepi rumah acik sederhana besar dan memanjang dari hadapan ke belakang.


Gambar ni acik ambil drp foto pakcik google..

Hubby acik bercadang nak bina sendiri taman di rumah. Sekarang acik menyemai beberapa jenis pokok dan bila kawasan taman tersebut dah siap dibina, barulah acik pindahkan pokok2 tu. Stepping stone yg disusun berselang seli dengan rumput turf adalah pilihan hubby acik mcm gambar di atas.


Pergola adalah pilihan acik dan gambarannya lebih kurang beginilah.. jika menjadi (hubby acik nk bina sendiri).



Pelan binaan pergola drp pakcik google... susah juga nak bina.

Kerja membina taman ni sering tertangguh kerana kesibukan kerja dan kadangkala faktor cuaca spt hujan atau panas terik. Kerja2 ni perlu dilakukan sedikit2 tapi berterusan... biar hasilnya tak seindah mana tapi akan puas hati sbb ianya hasil usaha sendiri.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu jika anda nak bina landskap di rumah.
  • Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya.
  • Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan rekabentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni.Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.
  • Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
  • Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.

6 ulasan:

terokai seni berkata...

waamesti kawasan rumah luas nih... kalo ada kolam ikan sure akan damai dan tenang dok kat laman tu

pandai hubby bertukang yea...

Abd Razak berkata...

Salam...

nanti dah siap leh ambik gambar dan tayang kat kita orang erk

aidah berkata...

Salam Acik,

Sy ni memang pelik, jenis dalam jiwa takde taman. Sy suka nengok rumah org punya lanskap dan bunga2an tapi sy tak minat langsung tanam bunga. Rumah sy kat luar tu terang benderang tanpa bunga. Kawan2 kata pelik tapi sy kata sebab sy tak minat langsung, hehehe.

nz berkata...

wohooo
nak buat pondok ek.

buat la satu lg, tmpt bebudak main masak2.

;-p

muraisenja berkata...

wow boleh tahan kreatif jugak.... semoga berjaya

Acik berkata...

To cemomoi..
Kolam ikan dah ada tepi rumah.. hubby memang boleh bertukang tp lambat siapnya...sibuk selalu.

To Abd Razak..
Salam..
InsyaAllah..setakat sekarang baru peringkat mula.

To Aidah..
Salam.. dulu masa duduk rumah yg tak ada laman, memang tak minat tp bila duduk rumah sekarang, terminat pula...

To inas..
Buat pondok tempat main masak2.. ingat zaman dulu2..

To muraisenja..
Hubby memang kreatif dan selalunya nk kelainan drp yg lain.. pagar pun design sendiri.. sbb tu lambat siap!