Rabu, 12 Mei 2010

Perlis, Wilayah Iskandar ke dua??


PUTRAJAYA, 13 Mei — Perlis juga mahu dimajukan seperti Wilayah Iskandar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sains dan Teknologi, Pembangunan Usahawan dan Hubungan Antarabangsa Perlis Datuk Seri DiRaja Syed Razlan Jamalullail.

Bercakap kepada Bernama di Birmingham baru-baru ini, Syed Razlan berkata satu kehendak politik yang sama kuat diperlukan bagi memajukan negeri Perlis, sama seperti yang dilakukan terhadap sebahagian wilayah Johor itu.

Syed Razlan ditemui di luar Seminar mengenai “Peluang Perdagangan dan Pelaburan dalam Kejuruteraan Maju dan Industri Sains Hayat di Malaysia”, yang diadakan di pinggir bandar London itu.

Walaupun keluasannya satu pertiga dari Wilayah Iskandar, katanya Perlis juga harus mendapat layanan seperti wilayah ekonomi itu kerana ia mempunyai semua kemudahan yang setanding.

Malah, Perlis juga berjiran dengan sebuah negara yang sedang berkembang pesat iaitu Thailand, seperti juga Johor dengan Singapura.

Katanya, Perlis lebih mudah dihubungkan ke negara jiran itu melalui jalan darat, malah boleh melepasi ke negara-negara Indochina yang lain yang bersempadan dengan Thailand, melalui laluan yang sama.

Perlis dihubungkan dengan laluan keretapi ke Singapura di selatan dan ke Bangkok, Thailand di sebelah utara.

Lebuhraya Utara-Selatan juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Padang Besar, Perlis di sempadan Thailand..baca lagi di sini.

Kalau Perlis dibangunkan seperti di Wilayah Iskandar, mungkin wajah Perlis akan berubah. Pembangunan akan jadi makin pesat dan memerlukan kawasan yg luas utk dibangunkan. Tanah sawah akan mengecil dan mungkin terpaksa dikorbankan utk beri laluan kpd pembangunan.


Gambaran Wilayah Iskandar di Johor


Cantikkan kawasan berhampiran Ocean Glow ni.. (sumber gambar2 di atas, drp pakcik google). Adakah akan wujud pembangunan seperti wilayah Iskandar di Perlis?

Perlis perlukan hubungan baik dengan Thailand kerana jalan darat, jalan air dan udara adalah bersambungan dengan Thailand. Tapi kalau kejadian bas pelancong Malaysia dihalang drp memasuki Thailand baru2 ni, sikit sebanyak boleh mencalar industri perlancongan negara. Para pengusaha van dari Thailand bertindak menyekat kira-kira 30 bas dari Malaysia memasuki negara itu sebagai bantahan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara ini terhadap mereka.

Mereka mendirikan khemah di atas jalan raya dan meletakkan puluhan van di sepanjang laluan masuk bagi menghalang bas yang membawa penumpang Malaysia memasuki Thailand...... sekatan berkenaan bukan dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand tetapi pengusaha van dan agensi pelancongannya...baca di sini.

5 ulasan:

Maiyah berkata...

perlu cari jln terbaik utk hubungan dua hala ni, org atasan le kene ambik peranan..

terokai seni berkata...

semua org nak pembangunan tapi pembangunan membunuh spritual dan membunuh kemanusaian

sian kat orang kampung walaupun harga tanah bole melambung tapi lambat laun tak mampu bayo parking dan keperluan hidup lain

Abd Razak berkata...

Salam..

Pendapat saya pembangunan insan lebih penting daripada pembangunan fizikal kerana kini manusia sudah byk lalai hasil daripada pembangunan fizikal, contohnya banyak seperti bandar-bandar besar di dunia semuanya menghasilkan gejala sosial yang sangat parah.

penjejak maya berkata...

salam,

teringat kali terakhir pergi Perlis 12 tahun yang lalu hari ini mesti dah banyak perubahannya..

Acik berkata...

To Maiyah..
Betul..org 'atas' kena prihatin dan pd masa yg sama jgn lebihkan rakyat sebelah sana dilokasi perniagaan kita.

To cemomoi..
Bila dh jadi bandar, org kpg pun kena bayar segalanya termasuk cukai ikut harga bandar.

To Abd Razak..
Salam..
Saya setuju dan dlm tak pesat membangun pun gejala sosial di Perlis dah semakin meningkat... anak luar nikah yg dilahirkan dihospital Kangar pun bertambah...

To penjejak maya..
salam..
Perubahan fizikal memang banyak dan dh ada lebuhraya, mat rempit pun makin ramai!