Selasa, 13 April 2010

Aku Manusia Biasa...

Aku terpaksa menutup blog ku yg utama kerana ada manusia2 berhati busuk yg amat dengkikan aku dan hubungan baikku dengan kawan2. Aku telah minta maaf dan bos aku kata dia tak simpan dendam....tapi hati manusia Allah saja yg tahu.

Ada kalangan guru yg asyik mencari kesalahan aku dan kawan2ku semua jadi mangsa hinaan dan perli... teruk betul hati manusia bila busuk!

Aku punya pendirian dan sebab tu aku akan terus tegak memperkatakan perkara yg benar dan paling penting aku bukan jenis bodek dan tikam kawan untuk naik.. Biarlah mereka dengan 'keseronokan' mengata dan mencari kesalahan org utk tutup kelemahan mereka sendiri. Aku doakan agar mereka diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku dan mereka semua.



13 ulasan:

Werdah berkata...

Salam Acik.

Mudah2an tabah menghadapi ujian. Itulah asam garam hidup. Mudah2an mereka diberi hidayah petunjuk dan kita semua diampunkan segala dosa.. Amiin

Kakcik Seroja berkata...

Salam Niza..

begitulah manusia.. adakalanya kita pun tak tahu apa salah kita (kalau ada, bukan mereka ingin memberitahu).. tahu2nya berbagai umpat keji berlegar2 di udara..

Sabarlah.. itu juga ujian.

Arianni berkata...

Salam,

Satu hari nanti mereka akan sedar dan insaf juga..kebenaran pasti terserlah..Moga akak tabah dan sabar dgn dugaan ini..

Aidah berkata...

Salam Shaniza,

Biasalah hidup ni. Kalau org yg jenis tak makan bodek ni memang org tak suka. Sesungguhnya kalau kita memperkatakan sesuatu yg benar orang mesti tak suka. Macam suami saya la, dia ni jenis kalau tak suka dia cakap direct je , takde selindung2 , tu sebab dia lambat nak naik. Tapi saya selalu kata , sabar je lah kalau dah rezeki tak kemana

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

salam ummi..
hmm.. ada juga guru yg cenggini ek.. kena didik semula klu camni.. huhu

xper ummi sha.. sabar je ye.. kebenaran tu akan menjatuhkn yg batil.. insAllah..

fighting!! ^_^'

Unknown berkata...

sabar..

Acik berkata...

To kak Werdah, kakcikseroja, Arriani, Aidah, Norulisza dan en Lana bulu...terima kasih banyak2 krn masih sudi berkawan dgn saya dan linkkan blog...

InsyaAllah..mudah2an Allah tenangkan hati dan buka hijab yg menutup hati sanubari kita semua.Terima kasih krn masih menyokong saya..

Sedih krn guru sendiri bersikap buruk, mcmana nk ubah pelajar jika diri sendiri pun tak boleh diubah..

Maiyah berkata...

jgn mengalah.. kalo bleh teruskan berblog.. bos pun x simpan pape pun, biarkan org berckp

nz berkata...

0o0o0o0

ade yg nak cari gado ye......

dia Allah turunkan hidayah.
ameen.

muraisenja berkata...

Begitulah kerenah manusia yang tidak sedar bahawa betapa kerdilnya mereka di sisi Allah... Usah dipedulikan mereka yg spt itu... buat sakit jiwa jer... Lebih baik tumpukan kpd ibadah dan amanah yg dipertanggungjawabkan kepada kita sbg hamba Allah semoga kita tergolong dalam golongan para solihin/solehah...Insya Allah.

Teringatkan kata-kata Imam Al-Ghazali:

Hidup jasad kerana roh
Hidup roh kerana ilmu
Hidup ilmu kerana akal
Hidup akal kerana amal
Hidup amal kerana ikhlas
Hidup ikhlas kerana sabar

Tanpa Nama berkata...

salam...
sabar banyak2...semua yang terjadi sebenarnya untuk mendidik hati-hati kita...

anismi berkata...

Salam,

Kita dapat menilai yang mana satu intan dan yang mana satu kaca.. apa pun bersyukur kerana telah menyedarkan kita bahawa di mana sahabatan yang benar2 sejati dan dapat dijadikan kawan..
Untuk menegakkan kebenaran itulah perkara yang paling sukar untuk dilakukan... semoga tabah menghadapinya..

Acik berkata...

To maiyah..
Terima kasih atas sokongan. Insyaallah akan terus berblog sbb dgn blog saya ada ramai kwn tanpa 'suara', tanpa 'wajah' tp rapat dan boleh nasihat menasihati...

To inas..
Entah la, hati manusia bukan semuanya sama.

To muraisenja..
Betul..insyaallah saya akan tetap dgn tugas dan amanah. Benarlah nukilan Imam Al-Ghazali tu..

Teringat kata2 Hamka..
Org buat baik, kita balas baik.. biasa
org buat jahat, kita balas jahat.. biasa
org buat baik, kita balas jahat.. biasa
org buat jahat, kita balas baik.. luar biasa.

to Tanpa nama...
Waalaikumusalam..
Insyaallah..semoga hati2 kita menjadi seperti hati2 org yg soleh dan zuhud kpd Allah. Lain kali letak la nama, tak pa..insyaAllah depa tak dpt kesan.

To anismi..
Alhamdulillah..Allah Maha Pengasih krn tu Dia beri petunjuk agar dpt menilai ikhlas atau tidak seseorg tu. InsyaAllah..