Jumaat, 23 April 2010

Shisha, kegilaan remaja masa kini.

Kelmarin pelajar2 acik menceritakan perihal seorang kawan mereka yg mempunyai masalah disiplin kepada acik. Agak terkejut bila diberitakan yg kawan mereka (perempuan) menghisap shisha... apa kebendanya shisha tu? Ni la kali pertama acik dengar perkataan tu tapi bila pelajar tersebut terangkan yg shisha adalah sejenis alat menghisap asap berperisa buah-buahan, acik pun teringat akan rokok arab.



Inilah rupanya shisha tersebut.

Shisha atau dikenali dengan nama hookah menjadi antara pilihan masyarakat urban untuk melepaskan tekanan dan bersantai. Shisha yang kian menjadi kegilaan golongan muda merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa yang telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Baca lagi di sini


FAWAZ menghabiskan antara RM150 hingga RM200 setiap bulan semata-mata untuk menghisap shisha."

Shisha mudah didapati di Perlis? Terkejut juga dengan kenyataan ini malah kedai2 makan biasa yg menyediakan hookah ini utk penggunanya. Bayangkan pelajar acik tersebut baru berusia 15 tahun dah pandai menghisap benda2 sebegini malah perempuan pula tu.. Kenapa tak ada larangan had umur terhadap penggunanya?

Laporan daripada Agensi Anti tembakau Perancis (OFT) yang memetik penyelidikan Makmal d'Essais Kebangsaan (LNE) sebelum ini juga menyebut shisha membebaskan gas karbon monoksida yang sama banyak dengan menghisap sebanyak 52 batang rokok sehari.

Menghisap shisha juga dikatakan lebih berbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok sementara asap yang dihasilkan menjadi antara sumber utama pencemaran udara di kawasan tertutup seperti restoran dan kafe.

Pegawai Inspektorat dan Pembangunan Komuniti MBMB, Mohd. Derus Tompang berkata, pengharaman penggunaan shisha telah diputuskan kerajaan negeri Melaka dalam mesyuarat Exco pada Julai tahun lalu.

"Ini kerana shisha boleh disalahgunakan dengan meletakkan campuran dadah atau bahan lain yang boleh memabukkan. (laporan penuh baca di sini )

Alahai...kenapalah remaja kita mudah meniru budaya yg boleh merosakkan minda dan diri sendiri? Aduhhh... berat betul beban tugas guru kan? Lebih malang, ibubapa lepas tangan saja dalam soal sosial remaja...

9 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam Acik..

Masalah sosial dah semakin runcing, byk tempat makan dah ada shisha

aidah berkata...

Salam Acik,

Mula2 sy nengok org berniaga shisa ni kalau tak silap kat KL uptown, dah lama dah benda ni ada di Malaysia.di Kuantan ni pun ada kedai makan yg menyediakan shisha ni.

Werdah berkata...

salam acik

semakin menjadi2 pula, maalah lama tak seselesai lagi. timbul masalah baru.

NoRuLLiSzA eL FaRiSi berkata...

salam ummi... hurmm.. kat sini, bdk2 ppuan arab pun isap sisha gak ummi..tanpa segan silu.. rokok pun sama..entahla..

Arianni berkata...

Salam,

Ada jugak yg menghisap di rumah.. siap pangggil geng lagi..sorang2 tak seronok..nampaknya ibubapa mengggalakkan aje..

Acik berkata...

To Abd Razak..
Salam..
Kalau penguasa tidak menyekat, fenomena ni boleh jd barah yg merosakkan remaja.

To aidah..
Salam.. ya, saya pun terbaca dlm blog lain tentang maklumat tu. Dulu org anggap benda ni tak bahaya tp skrg dh terbukti bahaya. Patut haramkan sj.

To kak werdah..
Masalah bertimpa2 sbb tak ada usaha berkesan nk cegahnya.

To norullisza..
Salam.. budaya yg tak elok patut dijauhi..

To Arianni..
Salam.. maka bertambahlah keseronokan dunia ciptaan manusia yg mampu melalaikan drp mengingati Allah..

Adilah Mnor berkata...

salam acik
Teringat pulak teman bila acik tulis bab shisha pd masa teman dok ulang alik Mekkah- Madinah. di saudi shisha digemari oleh driver bas utk tahan mata mereka drp mengantuk..cuba bayangkan depa boleh bawa bas sorang2 tak berganti selama 16 jam(dari jubail ke makkah),rehat hanya beberapa jam,kemudiaan meneruskan perjalanan ke Madinah yg mengambil masa 5 jam. Rehat lebih kurang 11 jam, memandu semula selama 15 jam (Madinah ke Jubail).Bayangkan hebatnye penangan shisha....

Acik berkata...

To adilah..
Salam..
power lebih ni..letak apa2 tak mcm dadah ke atau letak kopi... tahan ngantuk.

izzati berkata...

kat sini ramai sgt yg hisap shisha hohoho...

benda alah tu femes sgt kat mesir ni,
ada la jugak dak2 melayu yg terpengaruh yg hisap, tp xramai la...

kat sini, byk perisa, tu yg buat mcm best kot~