Selasa, 11 Mei 2010

Basikal: Produk kreatif @ sukan?


Minat Luqman-Nul Hakkim Misiri, 22 tahun, terhadap basikal benar-benar beliau manfaatkan sehingga menjadi sumber inspirasi bagi projek tahun akhirnya. Pelajar kursus reka bentuk dalaman, jurusan reka perabot, itu menggunakan beberapa bahagian basikal dalam projeknya - sebuah meja makan bernama 'Fixie Table'.

Kaki meja makan tersebut dibuat menggunakan rangka basikal. Apa yang membezakan meja 'Fixie Table' daripada meja makan yang lain ialah ia boleh diubah mengikut cita rasa pengguna - boleh dipanjang atau dipendekkan. Baca lagi di sini.

Jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Kadangkala apa yg kita minati boleh diubahsuai agar menjadi produk kreatif yg boleh dipasarkan. Terpulanglah kepada kemampuan,usaha dan juga kewangan.

Anda ada basikal? Nak jadikan produk kreatif atau nak melibatkan diri dengan sukan berbasikal? Ingat tak lagi nostalgia basikal tua? Pasti anda pernah naik keliling kampung kan? Masa tu dapat naik basikal mcm dpt lesen motorsikal je...



Tapi sekarang basikal dah berubah....


Fixie
Basikal jenis satu 'gear' yang dibina secara unik untuk setiap individu ini popular di kalangan pekerja penghantar pesanan di kota besar New York. Aura kepantasan dan budaya jalanan yang mengiringinya bermakna ia semakin menjadi pilihan anak-anak muda yang turut mengutamakan imej, selain daripada keselesaan menunggangnya.



Cruise (untuk bersiar2)
Ringan dan mudah dikayuh, basikal satu 'gear' ini adalah antara pilihan yang terbaik untuk kegunaan di kota.


Chopper
'Handle bar' basikal ala motosikal chopper ini mungkin kelihatan janggal pada mulanya, ia amat selesa digunakan dan tidak pernah gagal menarik perhatian orang.


Tour
Basikal jenis 'Tour' atau jelajah seperti ini berat tetapi selesa dikayuh untuk perjalanan jarak jauh. Ia juga boleh menanggung beban beg dan barangan anda yang biasanya disangkutkan di bahagian roda depan.

Acik pun suka berbasikal utk mengeluarkan peluh. Tapi basikal acik lebih kurang seperti di bawah ni je... (kadangkala kayuh, tapi kerap tak kayuh dah...)



Sumber gambar2, drp pakcik google...

7 ulasan:

kakcikseroja berkata...

Masa 'muda2" dulu, kakcik ada basikal chopper warna merah. Wah! bukan main bangga bila mengayuhnya.. :)

penjejak maya berkata...

salam,

teringat lagu basikal tua masa tu arwah sudirman nyanyi lepas tu arwah yusni jaafar naik basikal tu..

Acik berkata...

To kakcik..
saya mula belajar naik basikal dengan basikal berpalang tapi tertenggek sebelah je..hi..hi..hi.

To penjejak maya..
salam.. ya..lagu nostalgia dan adegan yg lucu.

Idalara berkata...

salam acik..
kak ida smpai skrg tk reti naik basikal..

kak Erna berkata...

acik..basikal la satu2nya kenderaan akak dulu..kemana2 naik basikal..dah kerja pun basikal..sebab yang lain tak pandai bawak..

adilah berkata...

salam..
Kenapa tak ambik gambaq basikal kami skali, syok gak masuk blog...

Acik berkata...

To Kak Ida..
salam..
Saya rasa ada satu basikal yg kak Ida boleh naik... basikal mcm gambar plg bawah tu..jgn mare.

To kak Erna..
Bagus la tu..jimat duit dan boleh mengeluarkan peluh..

To adilah..
salam..
hemm.. nk ambik celah mana? Basikal u pun tak nampak.. letak la dlm blog u, tentu adam suka!