Ahad, 30 Mei 2010

Remaja 19 tahun kalah judi 8 juta!!



Seorang remaja berusia 19 tahun terpaksa kerugian 8 juta akibat kalah judi yang menjadi hobinya sejak berusia 16 tahun.

Remaja itu yang merupakan anak jutawan, mengikut jejak langkah bapanya yang mempunyai hobi yang sama, menghabiskan wang kekayaan bapanya dengan bertaruh dalam perlawanan bolasepak luar negara melalui internet.

Disebabkan hobi berjudi itu, remaja itu terkenal dengan gelaran ‘Little Dragon’. Remaja tersebut membesar dalam keadaan melihat bapanya berjudi seawal usia 16 tahun. Suatu hari, beliau berjudi dengan had yang dikenakan oleh ejen perjudian sebanyak RM100,000. Setiap kali beliau kalah teruk, bapanya akan membayarnya. Selama tiga tahun beliau berjudi, sudah beberapa kali bapanya terpaksa menjamin beliau akibat ditimbus hutang judi yang melambung tinggi.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Klang, Datuk Teh Kim Poo. Teh berkata remaja terbabit sedang melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya yang mengadakan program ijazah berkembar dengan Universiti di Australia.

Sudah beberapa kali remaja itu terpaksa menggunakan wang yuran kolej untuk bayar hutang judi. Beliau sanggup membohongi bapanya dengan mengatakan kolej minta wang yuran lagi untuk mendapatkan duit untuk bayar hutang judi.

Apabila remaja itu tidak mampu lagi bayar hutang, Ejensi perjudian akan hantar along meminta wang dari bapanya.

Sumber berita feryco.com

"Bahawa judi hukumnya haram ia adalah alat permainan syaitan yang kotor, ini disebut oleh Allah dalam al-Quranul Karim surah al-Maidah ayat 90 dan 91. Jadi orang Islam dilarang berjudi dan dengan itu dilarang juga apa yang dikaitkan dengan judi, seperti membeli, menjual, tuan punya kedai judi, pekerja kedai judi dan lain-lain. Pihak berkuasa telah faham benar-benar bahaya judi, untuk menyelamatkan orang-orang Islam khasnya, maka diadakan undang-undang keatas orang-orang Islam menjadi satu kesalahan jika berjudi dan lain-lain yang ada kaitan dengannya."...Pejabat Mufti Negeri Melaka.

7 ulasan:

n0vemBer zuLu berkata...

pehhhh....

dasat ah.

allah, selamatkan kami...
pelihara kami...

amin.

kak Erna berkata...

salam acik sha..
semoga keluarga kita semua dilindongi dari perkara2 keji..

LanaBulu berkata...

Sesapa yg berani mencadangkan judi ni ternyata sekali mmg berani orangnya..
berani menentang hukum tuhan..
Undang2 judi tu dibuat oleh Yg mencipta kita..so kalau lakukan jugak kerja judi mmg akan lingkop..
p/s-inilah bila dok pakai hukum akai dalam hal ehwal kehidupan fana ini..tanpa merujuk agama

cemomoi berkata...

bakal kelangsungan raja judi

kita hanya pemerhati nampaknya bila kerajaan menjadi penaja judi

jangan anak-anak kita juga menjadik taik judi pulak.. masalahnya gaji kita ni dibayar dari sumber mana nanti.. tak ke tempiasnya kita juga yang merasa

penjejak maya berkata...

salam,

pelik manusia ni mana ada org kaya dengan berjudi dan berjudi boleh menghancurkan kehidupan sebab itu dalam Islam judi tu tetap haram..

aidah berkata...

Salam Acik,

8 juta tu banyak nya. betul lah kata pepatah dulu2 Bapa kencing berdiri anak kencing berlari.

Abd Razak berkata...

Salam..

Judi itu mengundang banyak masalah dan bahana