Isnin, 24 Mei 2010

Rasulullah SAW dihina, apa tindakan kita?


SEATTLE: Seorang kartunis Amerika Syarikat yang mencetuskan kempen melakar gambar Nabi Muhammad SAW di Facebook, meminta maaf kepada umat Islam atas peranannya dalam isu berkenaan.

Molly Norris memohon kemaafan orang Islam yang marah dengan kartun di blog miliknya meskipun karikatur itu berunsur satira, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam.

Tindakannya menyebabkan orang lain membuka laman di Facebook sebagai menyokong kempen digelar ‘Everybody Draw Muhammad Day’ (Hari Melakar Nabi Muhammad SAW) hingga mencetuskan bantahan di Pakistan yang mengarahkan laman web itu disekat...baca lagi di sini

Di Pakistan rakyatnya bangkit berdemo menentang penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan kerajaan Pakistan telah menyekat halaman tersebut. Tapi di negara kita tak la sehebat begitu. Hanya terdapat segelintir blogger yg menyiarkan kisah ini dan meminta semua yg terbaca agar menghantar report ke facebook agar laman tu di sekat.

Masalah melakar dan menghina Rasulullah SAW sebenarnya akan terjadi secara berterusan jika umat Islam sendiri tidak mengambil tindakan tegas menanganinya. Org2 yg menghina Rasulullah SAW adalah org2 mencari-cari kesalahan, menganggap pd diri Rasulullah SAW ada kekurangan serta mencela nasab (keturunan), perlaksanaan agamanya dan sebagainya. Org sebegini adalah org yg telah menghujat Rasulullah SAW dan seharusnya dibunuh (Ibn Taimiyah, ash-Sharim al-Maslul ala Syatimi ar-Rasul, hlm 528)

Terdapat juga golongan khususnya di Iran yg mendakwa terdapatnya lukisan wajah Rasulullah SAW. Sebenarnya tidak terdapat satu pun lukisan yg boleh menggambarkan rupa Rasulullah SAW.

Gambar dilukis semula yg didakwa sebagai 'Nabi Muhammad SAW' dan banyak terdapat di Iran... sumber sini

Foto sebenar hasil karya Lehnert dan Landrock.
Kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW sewajarnya bersatu dan berusaha mempertahankan agama kita sendiri dari segala anasir yg ingin merosakkan. Sesungguhnya musuh2 Islam termasuk syaitan tidak akan diam diri untuk melemahkan semangat dan perjuangan menegakkan Islam di seluruh dunia.

Firman Allah yang bererti:
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya" (Q.S. Al-Ahzab 33:56)

Semoga dengan memperbanyakkan selawat akan menumbuhkan cinta kasih sayang kita terhadap Baginda SAW dan memohon agar mendapat syafaat Rasulullah SAW di Akhirat nanti.

10 ulasan:

LanaBulu berkata...

Teman ada terbaca tadi ttg pihak yg berkenaan dari usa telah meminta maaf secara terbuka terhadap umat Islam seluruh dunia..Alhamdulillah.
Tapi yg bunuh orang free2 kat Malaysia ni ada ke demo dengau bunyi minta maaf?

penjejak maya berkata...

salam,

umat Islam kalau kuat siapa pun tak berani nak mencemarkan kesucian Islam..

Nida berkata...

Kenapalah mereka suka sangat membakar semangat umat Islam ye..

Tak puas lagi ke mereka melihat islam ditindas dimuka bumi ni... :(

tcmy_00 berkata...

Cik Nida:mereka(org2 kafir,org majusi,org2 yahudi,org2 nasrani dan sebagainya tak akan pernah redha dengan Islam,ini ada tercatat di dalam Al-Qur'an.Maaf saya tak ingat di bahagian surah mana mahupun ayat berapa(boleh belek Al-Quran balik).Itulah,jangankan membunuh dan menganiayai ummat islam,membunuh nabi2 kita pun diorang dah buat..setakat aksi2 provok keji(spt melukis gambaran Nabi Muhammad S.A.W)adalah sengaja nak menaikkan darah ummat Islam..
adios--saya yg masih hijau---

kakcikseroja berkata...

Kita diinjak kerana kita lemah dan terlalu 'takutkan mereka' melebihi takut dan cintanya kita kepada Allah dan Rasul. :(

cemomoi berkata...

saja dengki lepas tu mintak maaf dan buat lagi... tah sampai bila

selagi kita lemah kita akan terus dipermainkan

maiyah berkata...

mrk mmg berusaha menegangkan suasana dgn mnghina.. kita xkan terpengaruh..

a kl citizen berkata...

dah memang perangai pengikut syaitan begitu rupa...
suka mengapi2

shameel Iskandar berkata...

kuasa kuffar tak pernah redha dgn umat islam. tapi memboikot teknologi spt youtube dan facebook gara-gara isu ini adalah tak wajar pada pandangan saya. Dulu salman rushdie tulis buka satanic verses, jadi adakah perlu kita boikot buku dgn tidak membaca buku.

umpama dlm kes kemalangan jalan raya. tak wajar kita boikot kenderaan tapi yg perlu ialah perbetulkan sikap pemnadu.

^inas^ berkata...

islam akan terus dipijak kalu penganut nya sendiri tak endah kan islam..