Jumaat, 21 Mei 2010

Boleh Tak Lelaki Bermadu?

KULIM - Seorang pekerja swasta berumur lingkungan 30an membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, kelmarin kerana mendakwa seorang lelaki menghubunginya dan memintanya menyerahkan isterinya kepada lelaki yang tidak dikenali itu.

Jurucakap polis berkata, pengadu menerima panggilan telefon kira-kira jam 10 malam pada 18 Mei lalu.

“Dalam perbualan telefon, lelaki itu mempelawa pengadu untuk datang ke rumahnya di Taman Selasih untuk membincangkan beberapa permasalahan di antara mereka. Pengadu yang tidak mengesyaki apa-apa, mengambil keputusan pergi ke rumah lelaki itu.

“Dalam perbincangan mereka, lelaki itu memaklumkan kepada pengadu bahawa dia sangat menyukai isteri pengadu dan meminta dia menyerahkan isterinya. Sekiranya pengadu enggan berbuat demikian, lelaki itu sanggup bermadu semata-mata kerana menyukai dan mahu bersama isteri pengadu. Lelaki itu sanggup memberikan sejumlah imbuhan wang kepadanya sekiranya mangsa bersetuju menyerahkan isterinya, ”katanya.

Mangsa yang terkejut dengan pengakuan dibuat oleh lelaki itu membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana khuatir berlaku sebarang kejadian tidak diingini kepada keluarganya.

Ketua Unit Penguat Kuasa, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) Azmi Rejab berkata, ini merupakan antara kes ganjil dan beliau beranggapan lelaki sanggup bermadu itu merupakan seorang yang terlalu jahil terhadap hukum agama.

“Saya hairan mengapa kes seperti ini boleh berlaku sedangkan seluruh dunia dan semua agama tahu, lelaki tidak boleh bermadu. Apa yang lebih menyedihkan lelaki yang menyukai isteri pengadu itu beragama Islam. Dia sanggup mempelawa mangsa datang ke rumahnya semata-mata untuk menyatakan dia menyukai isterinya dan sanggup bermadu. Ini jelas menunjukkan lelaki itu tidak waras dan terlalu jahil tentang agama...baca lagi...

Aduhhh.. nak ketawa pun ada bila baca berita ni. Bayangkan kalau perempuan boleh memadukan suaminya... hancur generasi. Keturunan atau nasab tentu sukar ditentukan.. nak binkan kpd siapa?

Tapi terasa sedih juga sebab ada lelaki yg sebegitu. Agama Islam hanya agama warisan keturunan dan bukan agama yg menjadi ikutan dan amalan hidupnya. Terbayang anak2 didik di sekolah yg masih ramai tak melakukan solat baik lelaki mahu pun perempuan ..tidak terkecuali guru juga. Bila agama tiada di jiwa, hidup ibarat layang2 yg terputus talinya..tanpa arah dan tujuan.

9 ulasan:

kak Erna berkata...

salam acik..macam2 kesah kan..macamana seorang lelaki islam bolih..berfikiran begitu..

kakcikseroja berkata...

Hmmmm.. dia terpengaruh dengan cerita Laksamana Do Re Mi kotttt...

(makin bercelaru jadinya bila hukum hakam diambil mudah)

cemomoi berkata...

mamai sungguh manusia nih agama dah hilang adab pon terbang akhlak terjun ke longkang

Abd Razak berkata...

Salam..

Jahil sangat nampaknya...

nd.artcreative berkata...

adusss...tak dak akai punya org. jika gama diketepikan inilah jadinya, ini baru di zaman kita di zaman ank2 kita esok wallahu'alam apa lagi perkara pelik yg akan terjadi.Na'uzubillah.....

Acik berkata...

To kak Erna..
salam.. bila Islam tak diamalkan gitulah jadinya..

To kakcikseroja..
hi..hi.hi..laksmana do re me, 3 berebut 1 kan. Lagi parah..

To cemomoi..
Kena dakwah dia ni.. kesian.

To Abd Razak..
salam..
Org jahil kena diajar agar tak terus berada dlm kejahilan..

To nd.artcreative..
Kadangkala takut tengok manusia zaman sekarang..tak tahulah zaman seterusnya. Semoga Allah melindungi generasi mendatang dr segala kecelaruan dan kejahilan agama..

Faridrashidi berkata...

Salam,

Padah bila manusia meninggalkan agama. Segalanya zulmat dengan kejahilan.

Jemput ke blog saya.

Werdah berkata...

Salam Acik.

Ini kali kedua datang tadi dah tulis komen tp dik krn slow sgt, dua tiga kali tekan tak juga kuar2. Ni dtg lagi.

Beginilah jadinya jika mengikut nafsu yang membawa kepada jatuhnya harga diri.

Mudah2an kita terpelihara daripada menurut nafsu yg tidak baik.

maiyah berkata...

ya Allah.. dah x beriman ke.. mesti cetek tul pengetahuannya ttg agama.. ataupun dlm otaknya dah bergayut ngan setan jek kot..