Khamis, 20 Mei 2010

Merindukan Allah SWT

Seorang kekasih punya tanda
Punya hadiah untuk Kekasihnya
pahit bala-Nya dirasa nikmat
diterima gembira apa pun yang Dia perbuat
Tidak diberi pun tidak mengapa
Kefakiran dianggap penghormatan saja
Kau lihat keinginannya
Hanya mentaati Kekasihnya
Kau lihat mukanya berseri
Hanya Dia yang ada di hati
dia taat segala ucapan-Nya.


6 ulasan:

^inas^ berkata...

Jika cinta mu benar, pasti engkau mentaatiNya, kerana kekasih patuh kepada yang dikasihinya..

penjejak maya berkata...

salam,

Rasulullah SAW itu merupakan kekasih Allah SWT seharusnya kita banyakkan selawat ke atasnya..

cemomoi berkata...

pelik tapi benar ramai kata menjadi kekasih dan pemuja-Nya tapi alpa mengingkari-Nya

maiyah berkata...

itulah sebaik-baik kekasih..

Acik berkata...

To Inas..
Semoga kita tergolong di dlm org yg mengasihi dan mentaati Ilahi..

To Penjejak maya..
Ya..Sentiasa berselawat ke atas Rasulullah SAW krn Allah mengasihi org yg mengasihi Baginda SAW.

To Cemomoi..
Sifat manusia sentiasa lalai dan leka tp Allah Maha pengampun dan Maha mengasihi..

p/s byk kali cuba masuk ke blog cemomoi tp asyik di serang dgn hacker

to maiyah..
Ya..

Abd Razak berkata...

Salam..

Tanda kasih taat dan patuh padaNya