Jumaat, 14 Mei 2010

Guru KBSM: Kerja Berat Sampai Mati??

Kuala Lumpur ; Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji beban tugas guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipetik sebagai berkata jawatankuasa itu yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, dan dianggotai beberapa pegawai pelajaran dan wakil NUTP akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta diberi tempoh dua bulan untuk menyelesaikannya. Lok berkata, masalah berkenaan ialah antara beban kerja guru yang dibangkitkan dalam mesyuarat antara NUTP dan Muhyiddin yang berlangsung lebih sejam di Bangunan Parlimen.

Selain itu pada pertemuan berkenaan, katanya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dimaklumkan mengenai masalah kekurangan waktu untuk guru berehat apabila dipanggil menjalankan pelbagai aktiviti pada setiap Sabtu, justeru NUTP mencadangkan supaya kementerian menetapkan peraturan bahawa guru hanya dipanggil bertugas pada Sabtu kedua dan keempat dalam sebulan...sumber Berita Harian Online.

Kajian tentang beban kerja guru dah pun dilakukan oleh kumpulan sumber manusia beberapa tahun lalu, tetapi keputusan kajian tersebut tidak diketahui dan janji hanya tinggal janji. Sewaktu 'jalan2' ke blog kawan2 yg lain, acik terjumpa cerita ini...

Seorang rakan sejawat yang bertugas berlainan sekolah telah pergi menyahut panggilanNYA. Dari berita yang didengari guru berkenaan meninggal akibat tertekan dengan bebanan kerja yang melampau. Guru yang berusia dalah lingkungan 20an itu dikatakan tidak mampu lagi untuk memikul beban kerjanya yang semakin bertambah dari hari ke hari.
.. lagi cerita di sini

Bila terbaca artikel tersebut, acik teringat kata2 yg sering diucapkan dulu.. KBSM, kerja berat sampai mati.. KBSR, kerja berat sampai rebah.

Seorang guru bukan sahaja mendidik dan membimbing tapi harus berusaha membentuk peribadi pelajar itu. Hal ini merupakan cabaran emosi kepada guru kerana pelajar itu telah ada sikap sedia ada yang dibentuk sejak kecil dalam keluarga kemudian diadun dengan pengaruh luar...lalu guru pula yang dipertanggungjawabkan mengubah perangainya....

Tambahan kerja guru bukan hanya mengajar tetapi menjadi apa sahaja di sekolah termasuklah kerani, jururawat (bila pelajar sakit atau luka), tukang sapu, tukang kebun (esok semua guru kena bersihkan sekolah), tukang cat, tukang baiki kerosakan peralatan/elektrik/paip, jaga lalulintas, polis atau pencegah maksiat dan macam2 lagi... termasuk jadi ibubapa angkat!

Apapun cabaran dan tekanan yg dihadapi, kekuatan iman sajalah yg dapat mengawal dan menghadapi dengan sabar pelbagai dugaan tersebut. Kekuatan iman melahirkan kekuatan jiwa..

Jika kesyukuran ku adalah nikmat Allah jua
Wajiblah aku mengimbangi-Nya dengan syukur pula.
Bagaimana dapat bersyukur kecuali dengan fadhal-Nya
Meski hari demi hari dan sampai habis umurnya
Jika ditimpa kesulitan, diberi pahala sesudahnya
Dalam keduanya terdapat nikmat
Kadang dugaan menyempitkannya.


Sabar itu tali iman yang terkuat
Benteng pertahanan dari tipuan syaitan
sabar punya akibat terpuji
akibat tergesa-gesa adalah rugi
Jika kau bertemu saat menyedihkan
itu biasa tabiat zaman
kenakan baju kesabaran.



5 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam..

Buat guru-guru, hadapilah hari-harimu dengan penuh tabah dan sabar.

Selamat Hari Guru

Nida berkata...

Salam..

Selamat Hari Guru..

Inilah yang dikatakan guru umpama lilin.. sanggup membakar diri untuk menerangi insan lain

penjejak maya berkata...

salam,

benar kasihan tengok rakan guru yang berhempas pulas dengan pelbagai beban sepatutnya tugas utama guru ialah mengajar sebab itu di negara maju terdapat jawatan pembantu guru..

Aidah berkata...

Salam Acik,

Betul apa yg diperkatakan. Dulu sy kurang memahami masalah ni, tapi bila dh join PIBG baru sy faham sekarang ni bukan mudah nk jadi guru. Betul lah org dok kata Guru ni umpama lilin yg membakar diri untuk memberi sinar pada yg lain.Apa2 pun SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.

cemomoi berkata...

sedih baca kisah cekgu tu harap dia pergi bukan seperti yang difikirkan ramai...

slamat hari guru untuk semua