Jumaat, 18 Jun 2010

Akibat Santau

Ketika senario hiburan Indonesia kecoh mengenai tiga klip video seks yang menampilkan pasangan mirip vokalis kumpulan Peter Pan, Ariel dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari, keluarga Ariel pula mengatakan bahawa dia mungkin terkena santau sejak beberapa hari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

“Beberapa hari lalu, seorang rakan Ariel memberitahu saya, dari dalam perut Ariel keluar bermacam-macam benda termasuk keris dan batu,” kata kakak Ariel, Nazlin Fachridzal kepada wartawan di kediaman penyanyi itu di Jalan Tanjungsari, bandar ini semalam..baca lagi di sini

Santau ni adalah sihir manusia yg bertuhankan syaitan. Sebenarnya cerita tentang santau ada acik letak dlm entry di blog lama acik ( klik sini )

Arwah kakak acik dan abang acik terkena santau jenis 'tuju' atau yg diarahkan terus kpd mereka. Sewaktu sakit beberapa hari ni, acik asyik teringatkan arwah kakak acik yg telah meninggal dunia. Mungkin Allah beri ujian ni agar acik dpt rasa sedikit kesakitan yg arwah kakak acik rasakan dulu.

Betapa dia menanggung derita dan kesakitan yg amat sangat hingga mengakibatkan tubuh badannya menjadi kurus kering kerana santau tersebut telah masuk ke saraf dan tulangnya. Bila doktor scan, nampak tompokan putih yg sering berubah kedudukan di dada atau di kepala. Pening kepala doktor nk kenalpasti penyakitnya.

Doktor sebenarnya tak ada ubat utk penyakit ni, kecuali rawatan secara ISLAM sahaja dan bukannya berjumpa BOMOH!!! Sesiapa yg berjumpa bomoh santau atau yg seumpamanya sebenarnya tanpa sedar telah menduakan Allah..nauzubillah!

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 21 hingga 22, terjemahannya;
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."

Firman Allah s.w.t.: “Bahawa ada beberapa orang laki-laki dari manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin, maka jin-jin itu hanya menambah dosa dan kesalahan” (QS. Al jin, 6)

3 ulasan:

kak Erna berkata...

Acik..semoga acik cepat semboh dan dijauhkan dari mala petaka..

Abd Razak berkata...

Salam..

Moga acik dikembalikan Allah kesihatan dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..

cemomoi berkata...

santau ni memang bahaya, orang yang menyantaunya pon dalam bahaya erana telah hilang iman sampai sanggup menginaya orang... baca le surah 3 qul semoga Allah melindungi kita daripada kejahatan jin dan manusia