Ahad, 27 Jun 2010

Kembali Ke Rahmatullah.

Maaf kepada semua......

Pada pagi hari Jumaat lepas 25hb Jun 2010, mak acik telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan mendapat rahmat Allah...al-Fatihah.

p/s Acik tak dpt ziarah blog kawan2 utk sementara, maaf...

Rabu, 23 Jun 2010

Bonus Dua Bulan Gaji Utk Penjawat Awam.

MELAKA: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan menimbang pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi pengumuman Bajet 2011 pada Oktober depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata permohonan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam telah dibuat oleh CUEPACS kepada kerajaan pada tahun lalu bagaimanapun ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi.

Kini keadaan ekonomi kembali pulih dan beliau berharap kerajaan akan memberikan bonus dua bulan gaji tersebut.

Beliau juga berkata pihaknya juga memohon kerajaan menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada Bajet akan datang.

Sementara itu, beliau berkata CUEPACS akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sama ada Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.

Beliau berkata satu kertas kerja mengenai PTK akan dibentangkan pada pra-konvensyen CUEPACS yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.
"Ramai anggota CUEPACS bertanya adakah dalam Rancangan Malaysia Ke-10, PTK (yang diperkenalkan pada 2002) akan diteruskan atau perlu sistem baru yang lebih baik bagi menggantikannya," katanya.

Beliau berkata sasaran kerajaan dalam RMKe-10, penjawat awam antaranya mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan berintegriti tinggi.
- BERNAMA

Betul ke boleh dapat bonus 2 bulan tu? Gamak2nya betul ke kerajaan nak layan permintaan CUEPACS ni? Silap2 takat 500 hinggit je dan dibayar ansuran sebanyak 2 kali !!.

PTK tu patut ditukarkan saja. Mcm ada kuota saja mengikut DG dlm sesuatu jabatan tu. Contohnya, tiap tahun ( tempat kerja acik ) akan terdpt 2 atau 3 org yg lulus 4,4 bagi setiap gred DG termasuklah staf pejabat. Bila tanya kerani, mereka pun mengakuinya..bayangkan kalau semua diberi lulus 4,4. Tentu kena bayar kenaikan yg banyak kan!

Apa pun, semoga usaha CUEPACS ni berhasil!! InsyaAllah.

Selasa, 22 Jun 2010

Misteri Bunyi Pelik Di Ruang Enjin Kereta.


GAMBAR menunjukkan Smith (kiri) dan seorang mekanik yang memegang seekor anak kucing.

COLCHESTER, England - Misteri bunyi pelik muncul setiap kali enjin sebuah kereta BMW dihidupkan oleh pemiliknya, Paul Smith akhirnya dapat diselesaikan oleh seorang mekanik, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunyi ganjil tersebut muncul di depan bonet kereta yang berkuasa tinggi itu tetapi pemiliknya gagal mencari dari arah mana suara tersebut datang selepas dia membuka bonet keretanya.

Akibat kebingungan, pemilik kereta itu memandunya ke sebuah pusat servis dan mengadu kepada seorang mekanik di pusat perkhidmatan Cooper, BMW di sini mengenai bunyi ganjil tersebut.

Selepas membuka bonet kereta, mereka terkejut apabila melihat terdapat anak kucing betina berada dalam keadaan ketakutan di palang sokongan di dalam ruang enjin.

"Saya rasa kucing itu masuk ke ruang enjin itu dari bawah kereta," kata Smith.

Anak kucing itu dikeluarkan manakala kakitangan pusat servis itu memberi anak kucing itu susu.

Menurut Smith, dia berharap pemilik anak kucing itu akan dapat ditemui. - Agensi

Cerita di atas mengingatkan acik tentang seekor anak kucing yg masuk ke ruang enjin kereta kelisa acik (dah jual ). Rupa anak kucing tu lebih kurang mcm kucing di atas...hitam bertompok putih. Kucing tu sebenarnya tak bertuan (waktu tu kami tinggal di kuarters sekolah suami).

Bila suami acik hidupkan enjin kereta pd waktu pagi, tiba2 terdengar bunyi kucing 'menjerit' kesakitan dan dia segera menutup suis kereta. Selepas diperiksa, terdapat seekor anak kucing yg mungkin tidur di ruang enjin. Kesian kucing tu...ekornya putus!!

Terketar2 anak kucing tu menahan sakit. Kesian sungguh tengok keadaan kucing tu. Acik letakkan minyak gamat pada ekor yg putus dan letakkan dia dalam kotak. Walaupun acik dan suami tak nak bela kucing (sbb tak nak anak2 main - tak tahan bulu dan beraknya) tapi kerana kucing tu sakit, terpaksa bela juga..

Kucing tu bertahan hampir seminggu tapi selepas tu mati juga bila dia tak nak makan langsung makanan yg diberi...

Ahad, 20 Jun 2010

Binatang Apa Ni?



V

V

V

V

V

V

V

V

V


Karangan Pelajar Yang Mencipta Sejarah.

Sesi persekolahan bermula semula. Bagi negeri2 yg cutinya pada hari Jumaat dah pun memulakan kembali persekolahan setelah bercuti panjang. Tetapi kebanyakkan negeri akan memulakan persekolahan pada esok hari.

Sudahkah siap semua kerja sekolah yg diberikan? Buat guru2, dah siap ke markah peperiksaan lepas? Rasanya cuti panjang pun kadangkala tak cukup juga masa utk menyemak kertas, tambahan jika byk kursus terpaksa dihadiri atau sibuk dgn aktiviti lain.

Bayangkan kalau ada pelajar yg menjawab kertas soalan seperti di bawah... boleh 'pitam' cikgunya atau tak pun 'pecah perut'... bacalah. Kalau tak jelas klik pd gambar..






Sumber di sini

Sabtu, 19 Jun 2010

Mata siapa yang tidak pernah menangis

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangandalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Wassallam


p/s Sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah 1000 kali lebih baik daripada sejuta mutiara di lautan...sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana kecewa cinta manusia... sedih

sumber; Halaqah.net

Jumaat, 18 Jun 2010

Akibat Santau

Ketika senario hiburan Indonesia kecoh mengenai tiga klip video seks yang menampilkan pasangan mirip vokalis kumpulan Peter Pan, Ariel dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari, keluarga Ariel pula mengatakan bahawa dia mungkin terkena santau sejak beberapa hari lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

“Beberapa hari lalu, seorang rakan Ariel memberitahu saya, dari dalam perut Ariel keluar bermacam-macam benda termasuk keris dan batu,” kata kakak Ariel, Nazlin Fachridzal kepada wartawan di kediaman penyanyi itu di Jalan Tanjungsari, bandar ini semalam..baca lagi di sini

Santau ni adalah sihir manusia yg bertuhankan syaitan. Sebenarnya cerita tentang santau ada acik letak dlm entry di blog lama acik ( klik sini )

Arwah kakak acik dan abang acik terkena santau jenis 'tuju' atau yg diarahkan terus kpd mereka. Sewaktu sakit beberapa hari ni, acik asyik teringatkan arwah kakak acik yg telah meninggal dunia. Mungkin Allah beri ujian ni agar acik dpt rasa sedikit kesakitan yg arwah kakak acik rasakan dulu.

Betapa dia menanggung derita dan kesakitan yg amat sangat hingga mengakibatkan tubuh badannya menjadi kurus kering kerana santau tersebut telah masuk ke saraf dan tulangnya. Bila doktor scan, nampak tompokan putih yg sering berubah kedudukan di dada atau di kepala. Pening kepala doktor nk kenalpasti penyakitnya.

Doktor sebenarnya tak ada ubat utk penyakit ni, kecuali rawatan secara ISLAM sahaja dan bukannya berjumpa BOMOH!!! Sesiapa yg berjumpa bomoh santau atau yg seumpamanya sebenarnya tanpa sedar telah menduakan Allah..nauzubillah!

Allah SWT berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 21 hingga 22, terjemahannya;
"Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."

Firman Allah s.w.t.: “Bahawa ada beberapa orang laki-laki dari manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin, maka jin-jin itu hanya menambah dosa dan kesalahan” (QS. Al jin, 6)

Selasa, 15 Jun 2010

Mohon maaf kawan-kawan...

Acik minta maaf pada semua kawan2 yg berkunjung ke blog acik krn acik tak dpt membalas kunjungan kawan2 semua. Sebenarnya sakit yg acik alami berulang kembali dan kali ni semua sendi terasa sakit terutama pinggang. Acik tak dpt duduk lama2 dan lihat komputer lama2. Maaf ya semua..insyaAllah bila dh ok nanti acik kunjungi blog kalian..wassalam

Ahad, 13 Jun 2010

Luahan Rasa Seorang Pemuda

Luahan rasa ini datangnya drp seorang pemuda yg sedang mencari2 pasangan utk dirinya. Ramai gadis yg cuba didekatinya tapi semuanya tak jalan... ada sesiapa yg masih 'kekosongan' dan sudi menerimanya?

Bacalah... kalau tidak kau akan menyesal

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie l ain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... k ain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah

sumber: forwarded email

Jumaat, 11 Jun 2010

Buat Suamiku

Aku hanya seorang isteri
yang menerima setulus hati
seorang suami.

Janji yang termeterai
di akad nikah kita lapan belas tahun yang lalu.
Salam kauhulur
buat menyapa hatiku dengan luhur.

Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu

sangat tinggi maharnya.

Suami…
tidak kutagih setia, sesetia Adam.
Atau kerinduan menggila Qais
yang sangat dalam.

Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.

Wahai Allah,
Engkau-lah saksi ikatan hati ini...

Aku telah jatuh cinta kepada lelaki
pasangan hidup ku,
jadikanlah cinta ku pada suamiku ini
sebagai penambah kekuatan ku untuk
mencintai-Mu. Namun, kumohon pula, jagalah cintaku ini agar tidak melebihi cintaku kepada-Mu, hingga aku tidak terjatuh pada jurang cinta yang semu,
jagalah hatiku padanya agar tidak

berpaling pada hati-Mu. Jika ia rindu,
jadikanlah rindu syahid di jalan-Mu
lebih ia rindukan daripada kerinduannya terhadapku,
jadikan pula kerinduan terhadapku tidak melupakan kerinduannya terhadap surga-Mu. Bila cintaku padanya telah mengalahkan
cintaku kepada-Mu, ingatkanlah diriku, jangan Engkau biarkan aku
tertatih kemudian tergapai-gapai merengkuh cinta-Mu.

Ya Allah,

Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.



Amin ya rabbal alamin.

Khamis, 10 Jun 2010

Lelaki bakar Masjid kerana bekas isteri nak dirikan 'masjid'.



SEPANG: Akibat kecewa apabila mengetahui bekas isterinya akan berkahwin, seorang lelaki bertindak nekad membakar sebuah masjid di Kampung Limau Manis, dekat sini, malam kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, lelaki berusia 30-an yang dipercayai mabuk bertindak demikian semata-mata untuk melepaskan geram.

Kejadian itu menyebabkan keseluruhan ruang sembahyang utama Masjid Jamiurrahmah terbakar.

Lelaki itu dipercayai menggunakan petrol untuk memulakan kebakaran sebelum tidur di ruang sembahyang utama tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Imam masjid berkenaan, Samsudin Mat Daud, berkata kejadian itu disedari selepas ternampak api dan asap dari masjid berkenaan sebelum meninjau untuk mengetahui apa yang berlaku.

“Saya cuba buka pintu utama, tetapi ia dikunci dari dalam. Kemudian saya cuba masuk menerusi pintu belakang dan mendapati seorang lelaki sedang tidur nyenyak berhampiran pintu di ruang sembahyang utama.
“Ketika itu, api marak. Saya tidak berani mendekati lelaki itu kerana bimbang dia mempunyai senjata.

“Saya ke kedai makan berhampiran untuk meminta pertolongan penduduk sebelum bergegas semula ke masjid untuk memadamkan api,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam...baca lagi

Tindakan 'gila' hanya kerana marah dan geram. Tapi kenapa masjid yg dibakar? Adakah kerana masjid tersebut adalah masjid yg bakal jadi tempat majlis akad nikah bekas isterinya? Waulahualam..

Tapi yg menyedihkan tindakan lelaki tersebut membakar Al-Quran dengan sewenang2nya dan merosakkan masjid tempat org ramai bersolat.

Semoga Allah membuka pintu hati lelaki tersebut, agar dia menyesali tindakannya dan semoga dia menjadi ahli masjid yg taat selepas ni...

Rabu, 9 Jun 2010

Ilusi Optik

Sesekali cuba kita uji mata dan minda kita dengan pandangan ilusi...

Kadangkala mata kita boleh tertipu oleh otak sendiri. Tak caya? Cuba sebut warna di bawah... sebut dalam Bahasa Inggeris tau.


Apa macam? Nak tersasul menyebut ejaan juga kan?


Tengok gambar ni lama-lama..

Nampak seolah-olah ia bergerak-gerak.

Tengok gambar hitam putih ni, akan nampak mcm ada titik2 hitam putih berkelip2..


Orang dalam gambar ni ada di atas atau bawah?


Cuba tengok susunan dadu ni..boleh pening kepala kan?..

Jika anda alami apa yg acik sebutkan di atas, maka anda seharusnya merehatkan mata dan otak secukupnya kerana dah penat tu..asyik renung laptop berjam2, mata jadi letih! Hi..hi..hi.. Pi la keluar jalan2 sambil hirup udara segar..

Sumber : Halaqah.net

Selasa, 8 Jun 2010

Bercerai Kerana Hutang.

Hutang antara punca perceraian di Perlis

KANGAR - Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama berlaku penceraian di kalangan pasangan Islam di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman berkata, berdasarkan kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya di kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.

"Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah kepada rumah tangga," katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini, semalam.

Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan tahun lalu.

Katanya, bagi tahun ini sehingga 15 Mei lalu, seramai 120 pasangan Islam dilaporkan bercerai di negeri ini, katanya.

“Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu bapa mereka yang berpisah,” katanya.

Beliau berkata, sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan bebas namun pada masa sama ikatan itu tidak harus dibubarkan dengan mudah.

Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 anak tidak sah taraf kelahiran sepanjang tahun lalu.

"Oleh itu ibu bapa hendaklah sentiasa awasi pergaulan anak mereka agar tidak terjebak dengan gejala sosial itu yang akan memberi kesan buruk bukan saja kepada keluarga, tetapi masyarakat dan negara, katanya. - Bernama

Sabda Rasulullah SAW: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya : "Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas."
www.familiazam.com
Amalan berhutang bukan saja membabitkan kehidupan dunia semata- mata, bahkan berpanjangan hingga ke hari akhirat.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)
www.familiazam.com
Rasulullah SAW sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah SAW satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah SAW menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Sumber: Petikan buku Budaya Berhutang: Amalan Dan Akibatnya. Terbitan Jabatan Agama Islam Selangor.