Selasa, 18 Mei 2010

Nak Ikut Siapa?

Kebanyakan sekolah di Perlis menyambut hari guru pada hari ini kerana 17hb merupakan cuti sempena hari keputeraan DYTMM Raja Perlis. Rasa bangga juga kerana menjadi seorang guru kerana sedikit sebanyak membantu membina generasi negara..

Tapi bila pulang tengahari ni dan memulakan jelajah blog utk melihat perkembangan semasa, hati terasa 'panas' membaca berita yg cukup memalukan kaum guru apabila tersiar di akhbar seorang 'ustazah' dan pasangannya melakukan hubungan terlarang di asrama sekolah. Sebelum cerita tu, ada juga kisah guru yg mencabul kehormatan 5 org pelajarnya di Sarawak dan mungkin ada lagi kes yg tel tersenarai di sini.

Bagaimana nak membentuk generasi jika seorang 'ustazah' atau guru juga melakukan perbuatan keji? Bagaimana generasi muda nak dididik dgn ajaran agama jika 'role model' sendiri terpesong drp landasan agama? Cabaran hebat buat guru2 disamping membetulkan generasi muda, kena juga betulkan rakan sekerja yg nampak menyeleweng drp landasan agama dan norma masyarakat...

Ada juga berita berkaitan artis yg mabuk di kelab gay...Benar ke cerita yang Mangga Muda dengar pasal seorang pelakon muda yang sedang meningkat naik ni? Ada kawan Mangga Muda nampak si pelakon wanita ini mabuk-mabuk pada malam minggu lalu...nak baca lagi? Di sini..

Dua berita yg agak kontra.. seorang 'ustazah' atau guru dikira 'beragama' atau terpelajar dan artis pula mungkin kurang sikit pegangan agamanya. Tapi kalau dua-dua tak boleh 'dipakai' nak ikut siapa?

Jawapannya... kembalilah kepada Allah. Iman tak boleh diwarisi dan iman akan berkurang jika tidak diamalkan dengan bersungguh-sungguh. Allah SWT telah berfirman :

Ertinya: "Maka barangsiapa yang derhaka. Dan mengutamakan hidup di dunia. Maka sesungguhnya nerakalah tempat diamnya. Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat diamnya." (Q.S An Nazi'at: 37-41)

Waktu terus berlalu
sedangkan dosa kian bertambah
Malaikat Maut datang bertamu
namun hati tetap lalai
Nikmatmu di dunia
hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupmu di dunia
adalah muhal dan batil.



Ku fikirkan hari perhimpunan dan akhirat
juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya.
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
kurenungkan panjang dan lebarnya hisab
juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai Tuhanku
Wahai penciptaku
Engkau ampuni kesalahanku.

11 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

'Letih' dan 'sedih' dengan berita2 begitu. Semakin ngeri memikirkan keadaan anak2 di masa akan datang. Seolah2 agama tak boleh lagi menjadi 'benteng'. Sedangkan yang salah bukan agama, tapi nafsu yang mengatasi akal..

Abd Razak berkata...

Salam...

Sukar bagi saya untuk menerima ceritanya. Adakah ianya betul atau tidak. Agak hairan camner ada rakaman videonya. Kemudian disebar pulak di internet. Apa motifnya? Bukankah Allah melarang menyebarkan aib orang.

Werdah berkata...

Salam Acik.

Zaman fitnah (ujian) berleluasa, bermakna akhir dunia kian hampir. Semua tak dapat nafikannya!!

Mudah2an kita terpelihara daripada fitnah dunia, fitnah azab kubur dan fitnah akhirat.

shameel Iskandar berkata...

memang memalukan apabila ustazah/ org agama berkelakuan begini.

Sering saya katakan kpd pelajar2 saya, jadilah org beragama walaupun kamu tak jadi org agama.

Ada beza amat ketara antara org beragama dgn orang agama. org agama hanya merujuk kpd ustaz, ustazah, Kia, tok guru, dan macam2 istilah. Org beragama pula merujuk kpd sesiapa sahaja baik petani, nelayan, jurutera dll ttp mempunyai roh kerohanian yg tinggi.

Jadi, jangan kita jadikan ustaz atau ustazah sbg panduan/contoh secara mutlak.(w/pun mrk sepatutnya jdi contoh yg baik)tetapi jadikan firman Allah dan sabda Nabi sebagai
panduan dalam melayari kehidupan.

terokai seni berkata...

susah nak cakap...

percaya le lagi kuat dan dekat kita dengan Allah lagi kuat dan hebat godaan syaitan. bukan nak mempertahankan ustazah, tapi jangan sampai mencelanya sebab setiap yang berlaku ada hikmah untuk disingkap dan ditauladani... bimbang nanti Allah uji kita pulak

Acik berkata...

To kakciks..
Saya pun kadangkala 'letih' bila nk tarbiah pelajar @ tolong pelajar bermasalah, ada guru malah ustaz sendiri kurang beri kerjasama..

To Abd Razak..
Salam..
Kalau dr segi cerita, waulahualam.. tp acik memang byk berjumpa dgn ustaz yg hidung belang, ustazah yg makan sambil berjln/pakai baju lengan pendek, ustaz yg 'rosakkan' guru lain tp tak nk bertanggungjawab, pakai tangkal, tarik duit dll. Sebab apa perkara tu berlaku ialah mrk hanya ada ilmu tapi tak mengamalkannya malah ilmu mrk boleh menjadi hijab apabila ditarbiah oleh org lain terutama yg tak ada title ustaz/ustazah...

To kak werdah..
Salam..
Fitnah dunia semakin byk yg muncul.. kebenaran kadangkala disangka palsu dan kepalsuan dianggap benar malah diikuti pula.. Hanya Allah sebaik2 tempat berlindung..

To Cikgu Shameel..

Org yg tahu ilmu agama tapi tak amalkan, sia2 saja hidupnya. Kadangkala sbb title ustaz/ ustazah menyebabkan mrk terhijab dgn ilmu tersebut. Bukan semua ustaz/ustazah yg ambil pendidikan belajar semua aspek dlm Islam malah ada yg hanya belajar Bahasa Arab/lingustik, Ilmu Wahyu, Usuluddin dll. Ini diakui sendiri oleh kwn acik yg juga ustazah (belajar ilmu wahyu)tak meliputi aspek penting iaitu syariat, tarekat, hakikat dan makrifat.

Tarekat adalah satu bahagian daripada syariat. Demikian juga hakikat dan makrifat. Syariat adalah umpama air yang mengalir dan menghidupkan tarekat, hakikat dan makrifat. Tarekat, hakikat dan makrifat yang tidak dibasahi oleh air syariat adalah umpama pokok yang ditanam di atas batu, tidak ada air menghidupkannya. Syariat adalah umpama nyawa yang memberi kehidupan kepada tarekat, hakikat dan makrifat. Jika salah satu ditinggalkan maka pincanglah kekuatan iman di hati..

Acik berkata...

To cemomoi..
Betul..semakin kita hampir kepada Allah semakin kuat gangguan syaitan yg ingin merosakkan amalan kita. Sbb tu Allah adakan TAUBAT agar kita semua sentiasa bertaubat dan mohon perlindungan Allah drp tipu daya syaitan yg telah berjanji akan merosakkan kita dlm pelbagai bentuk...

penjejak maya berkata...

salam,

nafsu serakah tak mengenal sape..

Guru berkata...

acik

tak boleh nak kata apa..
geram

admin@ndartcreative berkata...

Nak kata apa lagi, cuma kita berdoalah agar semua saudara saudara kita yg seagama sentiasa menghayati ajaran islam berlandaskan Al-Quran dan Hadis bukan nafsu semata-mata...

Idalara berkata...

salam acik..
Amat menakutkan keadaan yg berlaku sekarang..berdoa sentiasa supaya kita dan anak2 serta saudara se Islam kita terhindar dr melakukan perbuatan keji itu..nauzubillah..